Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?

9 06 2008

oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya.

Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry,

“Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”<!–[if !supportFootnotes]–>[

Baca baki entri ini »

Advertisements




Menjawab Kenyataan TM Kesihatan dan SIS

3 06 2008

Sudah menjadi lumrah manusia sentiasa mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada kumpulan atau individu yang lebih berautoriti. Situasi ini lebih sangat jelas dalam perkara berkaitan agama. Ayat-ayat al-Quran ditolak dengan senyap-senyap, hadith disoal kesahihannya walaupun sudah ternyata kebenaran, saranan ulama’ dilayan seperti kanak-kanak. Maka golongan yang tidak arif dalam membuat keputusan bagi perkara-perkara berkaitan Islam mula menunjukkan kehebatan mereka dalam hukum-hakam syari’at Islam.

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam The Star;

In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should carry a condom with her for her own protection

Baca baki entri ini »





Latar belakang golongan berfahaman liberal dalam Islam

29 04 2008

 

Liberal bermaksud bebas dan tidak terikat dengan mana-mana ikatan ajaran keagamaan. Golongan yang berfahaman liberal ialah golongan yang ingin menggugurkan beberapa hak syariah dalam agama Islam agar agama ini sama taraf dengan gama lain di Malaysia.

 

Di Indonesia dan beberapa negara lain, ajaran Islam Liberal seolah-olah menjadi ‘agama’ baru kerana ia jelas membuang banyak sistem syariah dan aqidah. Golongan ini ditaja oleh gerakan Kristianisasi, freemason dan dan segelintir Orientalis yang bencikan kemajuan umat Islam melalui landasan agama. Baca baki entri ini »





Pengisian PRU-12: Cabaran Utama Umat Islam di Malaysia

28 03 2008

Pilihan Raya Umum yang ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac yang lalu mencipta satu iklim politik yang baru buat rakyat Malaysia. Pelbagai isu pasca PRU melibatkan persoalan perundangan serta perlantikan Menteri Besar dilihat sebagai satu rencah politik yang boleh ditafsir sebagai asam garam dunia politik. Namun perkara utama yang perlu dilihat oleh semua pihak adalah pengisian kemenangan PRU dari pelbagai sudut terutama melibatkan persoalan imunisasi aqidah serta syari’ah di Malaysia.

Baca baki entri ini »