Teknik Dakwah : daripada seorang Muallaf

7 01 2009

Di bawah adalah tulisan yang saya petik dari blog: http://kulatlapok.blogspot.com/

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!!…Baca dan Renungkanlah. …Kisah Farhan b. Abdullah, seorang mualaf yang mengisahkan perjalanannya memeluk Islam.

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Baca baki entri ini »

Advertisements




SPAQ dan dakwah lapangan

1 01 2009

Saya berpeluang mengikuti perlancaran Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar di Kolej Universiti Insaniah Alor Setar pada 27 Disember 2008 yang lalu. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dr Hamdan (exco Belia dan Sukan) Kedah. Pengisian dilakukan oleh Ustaz Kamaruddin iaitu Urusetia Gejala Sosial Kedah yang juga merupakan jurulatih sukarela LANDAS ( Latihan Dakwah Lapangan Isu Sosial). Baca baki entri ini »





Jalinan kerja bersama IPSI

28 12 2008

Aktiviti Skuad Penyelamat Aqidah

Georgetown- 26 November 2008

SPAQ telah berjaya mengadakan perbincangan bersama Bro Kamaruddin di pejabat IPSI pada pagi 26 November 2008. Pertemuan adalah khusus bagi membincangkan mekanisma yang boleh dipraktikkan oleh penggerak-penggerak SPAQ yang sebahagiannya turut sama mengikuti kelas perbandingan agama yang dijalankan oleh Bro Kamaruddin di USM. Jalinan kerjasama antara SPAQ dan IPSI dan penubuhan Anak Muda Cinta Dakwah (AMiD) oleh SPAQ diharapkan dapat mendepani isu-isu berkaitan syariah Islam yang kini kian kerap disuarakan oleh golongan bukan Islam. Dalam masa yang sama, ilmu teologi berkenaan agama golongan bukan Islam yang turut sama dipelajari adalah bonus untuk penggerak AMiD. Baca baki entri ini »





Peluang Dakwah Bersama IPSI

26 12 2008

ipsi





Perlebaran amal Islami SPAQ

25 12 2008

SPAQ sedang melebarkan kerja-kerja amal Islaminya dalam pelbagai skop untuk menvariasikan dakwah. Risalah SPAQ (Aura Islam) keluaran November berjaya disebar di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, serta hingga ke Ipoh. Malah di Ipoh terutama di Masjid Negeri, sambutan terhadap risalah amat menggalakkan. Saya selaku Koordinator SPAQ kini menjalinkan hubungan dan akan melaksanakan kerja bersama JAMAIE Perak. Baca baki entri ini »





Kelas SPAQ di USM

24 12 2008

Kelas Pengajian Kitab Aqidah Tohawiyyah anjuran SPAQ kini ditukar ke hujung minggu. Bagi  semester ini, kelas di USM akan bermula   pada :


27 Disember 2008

Sabtu

9 malam

Kelas KAFA (Belakang masjid USM)


Topik yang akan dibincangkan bersama ialah Agenda Yahudi:Freemason.

Pastikan anda membawa  Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf ke kelas. Sebarang tempahan kitab boleh dibuat melalui sms (nama dan bilangan kitab) ke nombor 012-5296690.

Sebarkan dan ajak rakan-rakan anda bersama. Semoga beroleh keberkatan dari Allah Taala.





Alih Tulisan Kitab Aqidah Tohawiyyah

20 12 2008

Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf (Bahagian 1)

‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’

Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf

oleh As-Sheikh Abdul Qadir Abdul Mutalib Al-Indunisi Al-Mandili

Muqaddimah:

Kitab Aqidah ahli Sunnah Wal-Jama’ah ini adalah karangan al-Imam Abu Ja’far Ahmad bin Muhamad bin Salamah At-Tohawi[1] juga dikenali sebagai Imam Tahawi yang lahir di Mesir dan hidup pada 239-321 H iaitu zaman puncak berlakunya perkembangan 4 mazhab, ilmu hadis dan fiqh. Matan (perkataan pengarang yang asal dalam bahasa Arab) kitab adalah berdasarkan aqidah salaf (golongan para sahabat, tabi’in dan itba’ tabi’in) tetapi dalam aliran tohawiyyah. Mazhab mereka lebih baik kerana penulisannya berlaku ketika sebaik-baik kurun. Syarahnya (penjelasan) pula ditulis oleh As-Sheikh Abdul Qadir Abdul Mutalib Al-Indunisi Al-Mandili pada 1380 H bersamaan 1961 M. Syarah ditulis berdasarkan al-Quran, kitab-kitab tafsir, hadis serta ilmu usuluddin. Baca baki entri ini »