Deklarasi Dasar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kami Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) dengan insaf dan sedar akan kebejatan aqidah umat Islam Malaysia berikrar untuk menjunjung tugas tinggalan para anbiya’, sahabat, tabiin, ulama’ dan mujahid silam demi menyambung risalah tauhid yang mulia. Dengan ini juga kami mengisytiharkan dasar-dasar dan ruang kerja kami selaku mahasiswa dan bekas mahasiswa Islam Pulau Pinang.

  • SPAQ adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak bukan sekadar ad-hoc terhadap isu semasa aqidah, sebaliknya berazam untuk terus bekerja dan berdakwah secara konsisten dan tersusun.
  • Kami menggunakan manhaj ahli sunnah wal jamaah dengan pendekatan sederhana tanpa terbabit dengan ikhtilaf ulama’ demi mengambil runag masyarakat yang lebih luas dan saksama.
  • Kami bukan kelompok ulama’ sebaliknya menjungjung tradisi ulama’ melalui pengkajian kitab-kitab aqidah silam, berusaha menyampaikan keilmuan asas aqidah serta kesedaran aqidah kepada masyarakat.
  • Dasar kami adalah sebagai kelompok penyedar kepada masyarakat Melayu agar memiliki imunisasi aqidah daripada goyak akibat serangan liberalisme, sekularisme, globalisasi dan pembangunan materialisme di negara ini.

Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan ada manfaat serta mendapat sokongan dan dokongan yang positif daripada masyarakat sekitar. Semoga Allah SWT memandang usaha kecil kami ini. La Hau La Wala Quwwata Illa Billah, La Syarikalahu Abadan Abada.

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah

7 responses

13 03 2008
Muhammad

Selamat berjuang!

14 03 2008
Khairul YUsri

Assalamualaikum warahmatullah,
Tahniah kepada penggerak SPAQ, sudah semestinya perlu ada satu gerakan yang menfokuskan tentang penyakit Aqidah yang berleluasa di kalangan masyarakat kini khususnya golongan Remaja. Kerana persoalan Aqidah ni seakan tenggelam dalam arus pengetahuan masyarakat disebalik pembohongan media yg berleluasa dan berita2 politik yang memenuhi ruang informasi masyarakat.
Ana cadangkn agar pihak kordinator boleh kupas sedikit tentang resolusi TEKAD yang telah dihasilkan daripada Kongress Umat Islam Se-Malaysia. Ada banyak perkara yang telah diperbincangkan dan dibuat satu kesimpulan untuk dilaksanakan,
Wallahualam.

14 03 2008
arin@thuaibah

allahuakbar…

14 03 2008
aieman atirah

allahu akbar..

tahniah kerana atas kesedaran ini dan terima kasih kerana menjemput ana lawati blog ini. satu blog yg penuh makna!

29 03 2008
zul

asalamualaikum…
saya mempunyai satu persoalan tentang cinta….
ramai rakan2 saya mengajukan soalan ini kepada saya…
oleh kerana saya tidak arif tentang perihal ini,
maka adalah lebih baik jika soalan ini dijawab oleh org yg lebih arif..
adakah cinta islamic i2 wujud?….
adakah salah bercinta jika niat kita baik?….
saya meminta supaya anda boleh menjelaskan permasalahan ini…

29 03 2008
Admin

waalaikumussalam…
saya sudah menjawab soalan tu di blog saya…
layari http://darahmerdeka.wordpress.com/2008/05/05/jemaah-cinta/
wassalam…

30 07 2008
husaini yusof

alhamdullilah, dan terima kasih kepada kalian kerana memikirkan masalah aqidah anak bangsa. Satu usaha yang amat terpuji dikala semua peringkat hanya membicarakan dunia dan kebendaan. Teruskan usaha kalian, semoga kalian dicucuri rahmat dunia dan akirat. Tingkatkan usaha sehinnga semua menggenal dan memahami maksud la ilaha il lallah dan muhammad da rasul lullah. Apabila ramai yang telah faham mereka akan secara automatik akan berjuang bersama. kupaskan Seterang-terangnya apa yang dikatakan iman. Kupaskan maksud kitab-kitab ulama-ulamak yang besar nusantara. Kupaskan kitab-kitab imam syafie yang kita imami. Insya allah usaha murni ini akan mendapat keberkatan
AMIN…….Ya rabal alamin……

Tinggalkan Jawapan kepada Khairul YUsri Batal balasan