Buku Kecil: Isu syariah dan fatwa

11 01 2009

Ingin menjawab isu pembelaan institusi syariah? Menjawab persoalan non muslim? Sila download bahan di bawah. Edarkan kepada sesiapa yang memerlukannya. Bekerja demi Allah!

 booklet fatwa.doc

http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1231579693

[URL=http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1231579693]booklet fatwa.doc[/URL]

Advertisements




‘Kepulangan’ Kassim Ahmad – Satu Penilaian Semula

18 09 2008

Setelah Kassim Ahmad menerbitkan bukunya bertajuk Mencari Jalan Pulang – Dari Sosialisme Kepada Islam, hati saya sedikit gembira. Namun kegembiraan tersebut hanya sementara. Bukan jalan pulang yang dicarinya, malah Kassim Ahmad masih kuat berpegang kepada fahaman anti-Hadithnya! Baru-baru ini juga Kassim Ahmad tanpa ‘segan-silu’ menyiarkan semula tulisan anti-Hadithnya dalam blognya seolah-olah dia ‘menjerit’ kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia bahawa “saya sudah jumpa jalan pulang saya!”

Jalan mana yang dipilihnya? Mari kita sama-sama menilai semula ‘kepulangannya’ tadi. Baca baki entri ini »





Menjawab Kenyataan TM Kesihatan dan SIS

3 06 2008

Sudah menjadi lumrah manusia sentiasa mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada kumpulan atau individu yang lebih berautoriti. Situasi ini lebih sangat jelas dalam perkara berkaitan agama. Ayat-ayat al-Quran ditolak dengan senyap-senyap, hadith disoal kesahihannya walaupun sudah ternyata kebenaran, saranan ulama’ dilayan seperti kanak-kanak. Maka golongan yang tidak arif dalam membuat keputusan bagi perkara-perkara berkaitan Islam mula menunjukkan kehebatan mereka dalam hukum-hakam syari’at Islam.

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam The Star;

In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should carry a condom with her for her own protection

Baca baki entri ini »





Allah Bukan nama Tuhan Kristian dan Yahudi (Bahagian Pertama)

14 05 2008

Allah Bukan nama Tuhan Kristian dan Yahudi. (Bahagian Pertama)

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Umat Islam Malaysia menjadi cemas dengan suatu fenomena baru asakan daripada gereja Katholik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi terjemahan kalimah tuhan dalam bahasa melayu. Lebih membimbangkan apabila ada umat Islam tertentu juga menyokong secara wewenang tanpa mengkaji asma’ dan sifat kesempurnaan Allah apatah lagi untuk mengaji terlenih dahulu keautentikan Bible dan autoriti gereja untuk menggunakan kalimah Allah.

Semua jelas bahawa kalimah Allah adalah dalam bahasa Arab. Dalam Islam (ilmu teologi dielektika/ilmu kalam), Allah adalah suatu zat yang Maha agung yang memilki sifat kesempurnaan dan kehebatan yang tidak sama dengan ciptaanNYa. Allah juga adalah tunggal dan tidak beranak apatahlagi memperanakkan. Berlainan dengan tuhan yang dinyatakan dalam Bible di mana tuhan adalah berasaskan triniti dimana terbahagi kepada holy Spirit, Tuhan Bapa dan Jesus sebagai tuhan anak.

Baca baki entri ini »





Allah adalah nama Tuhan yang ‘Tunggal’

21 04 2008

27 Mac yang lalu, kita dikejutkan dengan sedikit kenyataan daripada YB  Khalid Abdul Samad  yang menyatakan bahawa masyaralat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Sepertimana di Indonesia, di Malaysia juga terjemahan perkataan ’God’ dalam Bible telah diterjemahkan sebagai ’Allah’. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ’Allah’ hanya terjemahan kepada perkataan ’God’. Dalam ertikata lain sinonim bagi ’God’ adalah bermaksud ’Allah’. Baca baki entri ini »





Menjawab salah faham berkenaan 4 ayat yang digunakan dalam filem Fitna

7 04 2008

Muhammad Nuruddin bin Bashah

Bc Engineering UM

Koordinator 1 SPAQ

Umum akan bereaksi marah terhadap huraian songsang yang jelas bersifat provokasi dan prejudis terhadap maksud ayat-ayat al-Quran yang digunakan oleh pihak penerbit filem Fitna baru-baru ini. Namun begitu tidak ramai yang mengutarakan hakikat salah tafsir produser Fitna dalam membawa konotasi ayat-ayat tertentu yang telah mereka jadikan hujah. Baca baki entri ini »





Remaja: Realiti dan Fantasi

14 03 2008

Terima kasih Zul atas soalan yang diberikan. 

Secara ringkasnya remaja masa kini hilang identiti diri, tidak kira sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Mereka terbawa-bawa budaya ikut-ikutan (Gothic, Hip-hop, Punk, Skinhead, dll) yang mendokong fahaman tertentu. Fahaman sebegini lahirnya bersebab namun tidak relevan langsung untuk diikuti apatah lagi dijadikan sebagai fahaman kepada anak muda di Malaysia khususnya. Baca baki entri ini »