Bengkel Isu Kontrak Sosial

Semalam, 7 November 2008, kelas pengajian Kitab Aqidah Tohawiyyah telah berjaya dilaksanakan. Selain pengajian kitab, kupasan berkenaan isu semasa turut dibincangkan. Antara topik yang dibawakan oleh Koordinator 1 SPAQ, Muhammad Nuruddin b Bashah ialah perkara berkaitan kontrak sosial yang kini sering diperkatakan dalam masyarakat umum lebih-lebih lagi apabila menyentuh perihal perkauman di negara kita.

 

Kupasan isu dimulai dengan penceritaan sejarah bermulanya kepelbagaian bangsa yang melibatkan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kontak sosial wujud disebabkan oleh sikap British yang kononnya cuba bertolak ansur dengan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu ketika itu dengan syarat hak warganegara turut diberikan kepada penduduk bukan Melayu iaitu kaum Cina dan India.   Orang Melayu menolak hak kerakyatan ini tetapi atas persetujuan beberapa pemimpin kaum dan sikap British yang terus berkeras, kontrak sosial diwujudkan bersekali dengan jaminan ke atas hak-hak istimewa orang Melayu di dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedang dirangka ketika itu.

 

Merujuk kepada situasi negara ketika ini, kontrak sosial yang merangkumi persetujuan menegnai hak-hak keistimewaan Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta Islam sebagai agama Persekutuan telah mula dipertikaikan. Atas alasan sikap toleransi dan pensamarataan hak, kandungan kontrak ini diminta diubah. Secara tidak langsung, golongan ini sebenarnya turut meminta agar kandungan perlembagan Persekutuan yang menjamin hak-hak istimewa orang Melayu dirombak atau dimansuhkan.

 

Secara keseluruhannya, isu berkenaan kontrak sosial perlu difahami dengan jelas agar tuntutan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu boleh dinilai dan diperhalusi impak serta implikasinya ke atas hak keistimewaan orang Melayu dan Islam secara khususnya.

One response

11 12 2008
hafizhandasah

Salam ziarah, teruskan usaha memperthankan hak keostimewaan Melayu dan Islam di Malaysia🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: