Jalinan kerja bersama IPSI

28 12 2008

Aktiviti Skuad Penyelamat Aqidah

Georgetown- 26 November 2008

SPAQ telah berjaya mengadakan perbincangan bersama Bro Kamaruddin di pejabat IPSI pada pagi 26 November 2008. Pertemuan adalah khusus bagi membincangkan mekanisma yang boleh dipraktikkan oleh penggerak-penggerak SPAQ yang sebahagiannya turut sama mengikuti kelas perbandingan agama yang dijalankan oleh Bro Kamaruddin di USM. Jalinan kerjasama antara SPAQ dan IPSI dan penubuhan Anak Muda Cinta Dakwah (AMiD) oleh SPAQ diharapkan dapat mendepani isu-isu berkaitan syariah Islam yang kini kian kerap disuarakan oleh golongan bukan Islam. Dalam masa yang sama, ilmu teologi berkenaan agama golongan bukan Islam yang turut sama dipelajari adalah bonus untuk penggerak AMiD.

Aktivis kini masih kurang dalam bersuara atau mengikuti praktikal dakwah. Hal ini menyebabkan ilmu tidak tersebar dan keyakinan dalam melakukan gerak kerja dakwah gagal dibentuk dalam diri. Oleh itu, antara kaedah atau metod yang akan dilaksanakan oleh penggerak AMiD ialah turun ke Masjid Kapitan Keling dan berdepan sendiri dengan persoalan atau perbincangan yang dilakukan bersama golongan bukan Islam. Aktiviti dakwah dan penerangan berkenaan Islam ini telah lama dijalankan oleh pihak IPSI. SPAQ akan membantu dari segi promosi di samping turut sama mengikuti dakwah praktikal ini. Selain itu, pengerak AMiD juga digalakkan mempelajari ilmu perbandingan agama yang akan bermula pada minggu hadapan, di bawah seliaan Bro Kamaruddin. Secara tidak langsung, penggerak AMiD akan didedahkan tentang teknik-teknik berdakwah serta peringkat mad’u yang bakal ditemui.

SPAQ juga akan turut sama membuat kajian dan perbincangan berkenaan persoalan yang sering diajukan oleh golongan bukan Islam terutamanya yang melibatkan pertikaian terhadap sistem syariah Islam. Bro Kamaruddin akan membantu AMiD dengan menyediakan topik atau isu yang kerap dibahaskan oleh beliau bersama golongan bukan Islam. SPAQ berharap melalui usaha ini, penggerak AMiD akan lebih bersedia dan yakin untuk membela Islam.

SPAQ turut berbincang berkenaan pengguanaan nama Allah oleh pendakyah Kristian yang pernah menjadi isu umat Islam sedikit masa dahulu. Untuk pengetahuan semua, kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk diadili. Bro Kamaruddin mempersoalkan keikhlasan golongan pendakyah ini yang ingin menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu sahaja dan bukan turut sama menggantikan kalimah ‘God’ kepada Allah di dalam Bible versi Inggeris! Mengapa perkataan Isa, Mariam tidak turut sama digunakan jika benar mereka ingin kembali menggunakan maksud asal Tuhan mereka. Telah jelas agenda tersembunyi pendakyah Kristian kini adalah untuk menimbulkan kekeliruan dalam diri umat Islam khususnya kaum Melayu di Malaysia. yang sangat sinonim dengan kalimah Allah.

Bro Kamaruddin berpesan kepada SPAQ agar terus berwaspada dengan ancaman Islam Liberal. Golongan Islam Liberal ini telah mula memasuki dunia pendidikan Islam di universiti-universiti tempatan dan mengganggu pelajar dengan usaha mereka yang jelas cuba merosakkan agama Islam. Selain itu, umat Islam juga perlu sedar bahawa secara halus, pendakyah kini sudah mula secara perlahan-lahan mewujudkan keselesaan dalam diri umat Islam dari segi pakaian (terdapat penganut Kristian ke gereja dengan memakai baju kurung) , bahasa (mereka berusaha berbincang mengenai Ialam dalam bahasa yang selesa untuk kita fahami, atas alasan mereka ingin mempelajari bahasa kita) dan budaya . Tanpa ilmu pengetahuan yang jelas tentang batasan serta hukum hakam agama, kita boleh lalai dan mula membuka ruang untuk dakyah mereka.

Di akhir pertemuan kami, Bro Kamaruddin mewakili IPSI telah melantik Koordinator 1 SPAQ sebagai ahli komuniti IPSI dan Muhammad Nuruddin dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung IPSI yang akan diadakan kelak. Semoga usaha dan kerjasama yang dijalinkan oleh SPAQ dan IPSI akan menyuburkan lagi dakwah dalam kalangan bukan Muslim, insyaAllah.

Unit Media SPAQ


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: