Perlebaran amal Islami SPAQ

25 12 2008

SPAQ sedang melebarkan kerja-kerja amal Islaminya dalam pelbagai skop untuk menvariasikan dakwah. Risalah SPAQ (Aura Islam) keluaran November berjaya disebar di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, serta hingga ke Ipoh. Malah di Ipoh terutama di Masjid Negeri, sambutan terhadap risalah amat menggalakkan. Saya selaku Koordinator SPAQ kini menjalinkan hubungan dan akan melaksanakan kerja bersama JAMAIE Perak.

SPAQ akan menjalankan praktikal dakwah terhadap non Muslim. SPAQ akan mengambil juzuk dakwah terhadap kelompok bukan Islam yang ingin mendapatkan maklumat sahih berkaitan syariah Islam serta sistem teologi Islam. Mungkin ia berbeza dengan orientasi umum kerja-kerja dakwah terhadap Muslim sebelum ini yang lebih menekankan konsep perbahasan antara agama dan lebih kepada konsep dielektika aqidah antara agama. Hari ini golongan bukan Islam bukan sekadar ingin berbahas isu dalam Bible dan Veda, kini mereka inginkan kepastian terhadap isu-isu kritikal dalam Islam seperti Fatwa, kebebasan berpakaian dan hak asasi serta wanita. Dalam hal ini SPAQ menubuhkan Anak Muda Cinta Dakwah (AMiD) dan akan bekerjasama Islamic Propagation Society International (IPSI) yang dikendalikan oleh Bro Kamaruddin.

Dalam dakwah membanteras gejala aqidah seperti murtad dan black metal, SPAQ menubuhkan Anak Muda Cinta Masyarakat ( AMiM) yang akan menjalankan kajian dan kerja dakwah berteraskan kemasyarakatan. Tujuan SPAQ adalah menghasilkan aktivis dan daie yang berdikari di tempat lapangan kerja masing-masing bukan sekadar di Pulau Pinang. AMiM akan bekerjasama dengan Ustaz Kamaruddin yang mengendalikan LANDAS di Kedah.

SPAQ cukup optimis dengan dakwah melalui risalah. Risalah adalah dakwah akar umbi yang perlu dijalankan secara istiqamah. Kami menggalakkan penyertaan dan kerjasama ramai pihak dalam usaha ini.

Wacana Ilmiah (Kronologi Kejatuhan Graf Ketamadunan Islam) akan diadakan nanti bersama panel ilmuan yang berautoriti. Insya Allah, istiqamah adalah resepi utama untuk kejayaan sesuatu dakwah.


Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1 SPAQ


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: