Jalinan kerja bersama IPSI

28 12 2008

Aktiviti Skuad Penyelamat Aqidah

Georgetown- 26 November 2008

SPAQ telah berjaya mengadakan perbincangan bersama Bro Kamaruddin di pejabat IPSI pada pagi 26 November 2008. Pertemuan adalah khusus bagi membincangkan mekanisma yang boleh dipraktikkan oleh penggerak-penggerak SPAQ yang sebahagiannya turut sama mengikuti kelas perbandingan agama yang dijalankan oleh Bro Kamaruddin di USM. Jalinan kerjasama antara SPAQ dan IPSI dan penubuhan Anak Muda Cinta Dakwah (AMiD) oleh SPAQ diharapkan dapat mendepani isu-isu berkaitan syariah Islam yang kini kian kerap disuarakan oleh golongan bukan Islam. Dalam masa yang sama, ilmu teologi berkenaan agama golongan bukan Islam yang turut sama dipelajari adalah bonus untuk penggerak AMiD. Baca baki entri ini »

Advertisements




Peluang Dakwah Bersama IPSI

26 12 2008

ipsi





Perlebaran amal Islami SPAQ

25 12 2008

SPAQ sedang melebarkan kerja-kerja amal Islaminya dalam pelbagai skop untuk menvariasikan dakwah. Risalah SPAQ (Aura Islam) keluaran November berjaya disebar di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, serta hingga ke Ipoh. Malah di Ipoh terutama di Masjid Negeri, sambutan terhadap risalah amat menggalakkan. Saya selaku Koordinator SPAQ kini menjalinkan hubungan dan akan melaksanakan kerja bersama JAMAIE Perak. Baca baki entri ini »





Kelas SPAQ di USM

24 12 2008

Kelas Pengajian Kitab Aqidah Tohawiyyah anjuran SPAQ kini ditukar ke hujung minggu. Bagi  semester ini, kelas di USM akan bermula   pada :


27 Disember 2008

Sabtu

9 malam

Kelas KAFA (Belakang masjid USM)


Topik yang akan dibincangkan bersama ialah Agenda Yahudi:Freemason.

Pastikan anda membawa  Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf ke kelas. Sebarang tempahan kitab boleh dibuat melalui sms (nama dan bilangan kitab) ke nombor 012-5296690.

Sebarkan dan ajak rakan-rakan anda bersama. Semoga beroleh keberkatan dari Allah Taala.





Alih Tulisan Kitab Aqidah Tohawiyyah

20 12 2008

Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf (Bahagian 1)

‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’

Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf

oleh As-Sheikh Abdul Qadir Abdul Mutalib Al-Indunisi Al-Mandili

Muqaddimah:

Kitab Aqidah ahli Sunnah Wal-Jama’ah ini adalah karangan al-Imam Abu Ja’far Ahmad bin Muhamad bin Salamah At-Tohawi[1] juga dikenali sebagai Imam Tahawi yang lahir di Mesir dan hidup pada 239-321 H iaitu zaman puncak berlakunya perkembangan 4 mazhab, ilmu hadis dan fiqh. Matan (perkataan pengarang yang asal dalam bahasa Arab) kitab adalah berdasarkan aqidah salaf (golongan para sahabat, tabi’in dan itba’ tabi’in) tetapi dalam aliran tohawiyyah. Mazhab mereka lebih baik kerana penulisannya berlaku ketika sebaik-baik kurun. Syarahnya (penjelasan) pula ditulis oleh As-Sheikh Abdul Qadir Abdul Mutalib Al-Indunisi Al-Mandili pada 1380 H bersamaan 1961 M. Syarah ditulis berdasarkan al-Quran, kitab-kitab tafsir, hadis serta ilmu usuluddin. Baca baki entri ini »





Ulama’, Fatwa dan Syariah; huraian kekeliruan non-muslim

14 12 2008

Ulama’, fatwa dan syariah; huraian kekeliruan non-muslim.

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc (Hons) Material Engineering

University Of Malaya

Saya ada berbahas dan berbincang dengan beberapa sahabat non-muslim yang kurang memahami konsep-konsep umum agama Islam. Perbincangan hanya melalui ruang siber dan amat terbatas untuk saya jelaskan kepada mereka. Namun begitu usaha untuk menyebar pengetahuan (yatlu a’laihim ayatihi) perlu diteruskan malah ia masih berjalan lagi. Baca baki entri ini »





Kenyataan Biadab: umat Islam persiapkan diri anda

1 12 2008
Ini tulisan biadab salah seorang penggerak human right di Malaysia. Persiapkan pengetahuan anda dan jawab….
Muhammad Nuruddin Bashah
sedutan yahoogroups: Y4C
Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh Muslim sendiri.
Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut : Baca baki entri ini »