Mengapa Umat Islam Perlukan Fatwa?

26 11 2008

Sekali lagi pelbagai respon atau maklum balas diterima dari orang ramai selepas fatwa terbaru berkenaan pengamalan yoga dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Disember 2008 yang lalu. Datuk Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sekaligus merangkap individu yang bertanggungjawab mengumumkan keputusan ahli muzakarah tersebut telah menegaskan bahawa senaman yoga yang dimaksudkan ialah yang sistematik iaitu mengandungi 3 perkara (amalan fizikal, unsur keagamaan,mantera dan pemujaan). Jelas bahawa 3 unsur yang diamalkan serentak tersebut melanggar batas syariat Islam.

Apa yang amat dikesalkan ialah masih ada suara sumbang menyuarakan ketidakpuashatian mereka baik dari kalangan bukan Islam mahupun yang beragama Islam. Golongan bukan Islam menyanggah fatwa yang dikeluarkan walaupun telah dijelaskan bahawa fatwa tersebut tidak langsung menyentuh perihal atau amalan mereka (rujuk juga fatwa berkenaan pengkid yang dikeluarkan sebelum ini). Buat mereka yang beragama Islam, perlu diiingat, sumber rujukan fatwa adalah sahih dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bukanlah dibuat secara sembarangan melainkan selepas kajian terperinci.

Turut dikesali ialah kenyataan akhbar tertentu yang dilihat boleh menyebabkan timbulnya salah faham atau kekeliruan dalam kalangan pembacanya. Misalnya, tajuk utama di akhbar The Star, 23 November 2008, ‘Fatwa Council deems ancient form of exercise from India ‘haram’’. Sebaiknya, tajuk utama ini dipanjangkan dengan menambah ‘for Muslim’ agar ia nampak lebih jelas ditujukan untuk orang Islam sahaja. Abdulqadir Hassan dalam bukunya, Ushul Figih menjelaskan hukum haram atau ‘ prohibited’ di dalam ajaran Islam adalah satu daripada lima hukum syara’ atau Hukum Taklifi yang perlu diikuti oleh setiap umat Islam yang sudah baligh, berakal dan pernah mendengar ajakan agama. Lima hukum syara’ tersebut ialah:

i. Wajib-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang mesti dikerjakan oleh tiap-tiap seorang dan tidak boleh ditinggalkannya. Kalau meninggalkannya, berdosalah ia. Contoh ibadah dalam Islam ialah solat.

ii. Sunnat-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang kalau dikerjakannya, mendpat ganjaran, tetapi jika ditinggalkannya, tidak berdosa. Contoh ibadah dalam Islam ialah solat sunat gerhana.

iii. Haram-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang mesti dijauhinya(ditinggalkannya);tidak boleh orang melakukannya. Kalau dikerjakannya, maka berdosalah. Haram adalah berlawanan dengan wajib dan contoh perlakuan yang haram dalam Islam ialah memfitnah.

iv. Makruh-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang tidak disukai agama, yang mana lebih baik tidak dikerjakannya. Tetapi kalau orang mengerjakannya juga, tidaklah ia berdosa. Contohnya, solat di tempat sembelihan binatang-binatang.

v. Mubah-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkannya. Dikerjakan atau tidak, tidak ada dosa dan tidak mendapat ganjaran. Contohnya, minum air.

Jelas bahawa, Islam telah menggariskan hukum dan panduan tersendiri untuk umat Islam ketika membicarakan sesuatu soal atau masalah. Mengeluarkan fatwa pengharaman pula bukanlah suatu proses yang mudah serta tidaklah dikeluarkan melainkan selepas merujuk kepada pendapat-pendapat sahabat, tabiin, imam-imam mazhab dan fuqaha. Perlu diingat kemuncak haram bakal melibatkan aqidah umat Islam serta boleh mendatangkan syirik kepada individu yang berkeras untuk terus mengamalkan larangan tersebut.

Buat umat Islam, usahlah pertikaikan lagi amalan yoga ini. Cubalah senaman atau kaedah kesihatan lain yang tidak mendatangkan keraguan atau tiada unsur syubhah, jika anda benar-benar ingin mengamalkannya. Bukankah kita ada cara yang lebih baik, malah yang terbaik yang disarankan oleh ajaran Islam? Kembalilah kepada solat, amalan yang wajib dilakukan setiap hari. Padanya terkandung bacaan berupa doa, munajat kepada Allah, kaedah meditasi yang terbaik buat jiwa. Padanya juga terkandung rawatan kesihatan fizikal yang terbaik!

Terbaru, tiga orang pakar dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Selain membantu sistem otot dan fizikal tubuh pengamalnya, solat juga membantu bagi mendapatkan komposisi tubuh terbaik. Kajian turut melibatkan perbandingan kesihatan ke atas orang yang melakukan solat berjamaah berbanding solat bersendirian serta amalan solat sunat tarawikh dan ibadah puasa. Telah jelas, seribu satu manfaat boleh diperoleh melalui ibadah solat.Malah kajian dari Barat atau oleh saintis bukan Muslim turut mengakuinya. Jika belum berpuas hati dengan amalan solat wajib, tambah ibadat solat sunat anda. InsyaAllah, kesihatan dapat, pahala beribadat pun dapat!

Wardah bt Abdul Rahman

Bukit Gambir, P.Pinang.


Tindakan

Information

One response

27 11 2008
lillah

assalammualaikum admin,
nak copy paste in my blog..🙂

to kak wardah.. i miss u so much..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: