Fatwa; telah lama dipinggirkan

26 11 2008

Fatwa; telah lama dipinggirkan

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Bc Hons Engineering (material) UM.

Ramai di kalangan masyarakat dewasa ini terkejut akan munculnya sikap pertikaian terus menerus rakyat Malaysia terhadap institusi fatwa di negara ini. Betapa lantangnya mereka menggasak para ulama’ yang terlibat serta melibatkan maruah umat Islam seluruhnya.

fatwa2

Pada pandangan umat Islam yang cukup optimis dan yakin dengan sistem syariah Islam ,mereka telah lama menganggap bahawa keadaan negara ini sebenarnya amat kekurangan fatwa yang dikeluarkan. Malah tujuan fatwa di dalam syariah Islam adalah untuk didaulatkan dan diimplementasikan secara siasah. Kerana itulah institusi ulama’-mufti sedari dahulu mendampingi sistem umara’-kesultanan Islam. Institusi mufti di Malaysia bukan perkara atau entiti baru di tanahair ini. Sebelum adanya Perlembagaan 1948 dan Pembentukan Malaysia 1963 lagi, tanah ini telah diperintah oleh para Sultan yang mengambil Islam sebagai ‘dustur’ (kandungan perlembagaan) mereka.

Tidak ada istilah creeping islamization atau istilah islamic diffusion yang menjalar menjadi adi jagat menyesak agama dan budaya lain. Kebebasan telah banyak diberikan untuk pengamalan ajaran lain. Tetapi ada suatu agama baru yang yogamulai memenuhi minda rakyat Malaysia yang tidak menepati terma ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ di dalam Rukun Negara iaitulah agama ‘sekularisme’. Inilah punca segala pertentangan ini.

Jika diteliti lebih mendalam, bagaimana munculnya idea sekular yang mencabar nama dan maruah para ulama’ di negara ini? Tidak segan dan silu untuk digariskan bahawa para pentadbir dan pemimpin eksekutif sendiri yang telah mencarik institusi agama, syariah, mufti dan sebagainya. Kes penghinaan terhadap hudud, mahkamah syariah, pemecatan mufti tanpa sebab yang kukuh, peminggiran fatwa sekian lamanya, penginaan terhadap sunnah nabi (serban) dan serangan bertalu-talu terhadap sekolah-sekolah agama rakyat adalah antara saham besar yang menumbuhkan sikap berani sekularis untuk menghina fatwa di Malaysia. Sejak dahulu golongan non-muslim tidak berani menghina syariah dan hukum hudud. Tetapi contoh dan tauladan daripada pemimpin telah membina minda yang memandang remeh kepada status Islam di dalam perlembagaan sendiri.

Selain tidak perlu melayan sikap dan tindakan pihak bukan Islam yang menggembar-gemburkan bahawa fatwa akan juga mempengaruhi mereka, kita perlu juga terus-menerus mengadakan sesi dialog dan pesilatnerangan agar mereka memahami Islam. Mereka dahagakan ilmu dan info yang ‘benar’ dan ‘sahih’ sahaja tetang Islam. Namun kepada golongan sekularis yang bertuhankan akal, persiapan perundangan, kesatuan umat Islam dan kesedaran jihad sahaja yang bakal menjadi benteng kepada syariah Islam di Malaysia.

Jika diteliti kepada huraian fatwa terhadap senaman yoga secara sistematik, kita perlu meneliti atau mengaitkan dengan beberapa aktiviti yang juga mengandungi isi kandungan sesat dan kufur. Sebagai contohnya adalah ajaran silat tertentu yang bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka juga tergolong dalam golongan yang haram untuk diikuti. Tidak timbul hanya yoga yang diharamkan.

Isu yoga hanya dipolitikkan dan digembar gempurkan hanya apabila ia mengaitkan nama agama iaitu Hindu dan Islam. Bukan semua umat Islam menyertai yoga. Malah ia bukan perkara rutin yarokok-haramng menjadi keperluan semua manusia seperti makanan. Pengharaman hanya sah terhadap pesertanya sahaja yang terdiri daripada penganut Islam sahaja. Adakah pengharaman ini menghina agama Hindu? Tidak sama sekali. Piawaian setiap agama adalah tidak sama. Jika ada perkara tertentu yang ada kaitannya dengan keagamaan biarkan sahaja agama itu menentukan peraturan terhadap penganutnya.

Tahun ini bukannya penanda kepada kemunculan agenda penghinaan terhadap fatwa malah fatwa telah juga dipinggirkan sejak beberapa dekat sebelum ini. Sebagai contohnya fatwa amat jarang juga dilegislatifkan dan digazetkan. Fatwa pengharaman rokok sebagai contoh. Mengapa fatwa ini tidak memperlihatkan kredibiliti dan kehebatan syariah Islam yang cukup perihatin terhadap kesihatan manusia? Mengapa pula tidak dibantah. Tetapi dalam diam fatwa tetap dibantah. Ia dipinggir dan dianggap tiada bernilai apa-apa oleh semua bangsa di negara ini. Hinggalah isu-isu fatwa mulai diperdebatkan oleh kelompok sekular. Inilah peranan semua umat Islam untuk turun ke gelanggang, mencari sasaran dakwah demi mempergiatkan kesedaran terhadap syariah Islam yang menjaga semua umat manusia ini.

http://munawwarah.blogdrive.com

https://skuad.wordpress.com

650 pagi

26 November 2008

Ipoh Perak


Tindakan

Information

One response

27 11 2008
lillah

admin..

nak copy paste artikel in my blog🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: