Polis ada peranan dalam usaha membenteras ajaran sesat

18 11 2008

Kelmarin 17 November 2008, Berita Harian melaporkan kenyataan Menteri dalam Negeri berkaitan isu ajaran sesat Ayah Pin. Datuk Seri Syed Hamid Albar menyatakan Arifin Muhamad, 65, atau Ayah Pin yang didakwa menganjurkan satu ajaran sesat di Terengganu, hanya akan ditahan jika Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta bantuan polis untuk menangkapnya.

Beliau menegaskan juga bahawa golongan ajaran sesat atau penyeleweng agama hanya akan ditangkap oleh polis jika pihak polis diminta oleh majlis agama atau jabatan agama Islam tempatan.

Kes Ayah Pin bukan lagi kes terpencil. Sepertimana prosedur rumit dan penuh kontroversi berlaku dalam kes Nabi Melayu Abdul Kahar, begitu juga dengan perjalanan dakwaan kes Ayah Pin. Walaupun ramai ulama’ yang telah mengisytiharkan aktiviti ritual Ayah Pin sebagai sesat, ia masih bebas dan memiliki rantaian pengikut yang besar.

Persoalan yang penting perlu diutarakan, benarkah Polis hanya menangkap pesalah penyeleweng agama atau penghina agama seeprti Ayah Pin hanya selepas mendapat permintaan daripada Jabatan Agama?

Umum mengetahui bagaimana tangkapan melalui ISA selama ini juga dinyatakan bertujuan menjaga agama dan demi menangkap penghina agama seperti dakwaan menghina azan sebagai contoh. Walaupun tanpa ada bukti yang jelas, ISA tetap digunakan sebagai alas an untuk membela agama Islam. Mengapa tiada langsung arahan ISA terhadap pencipta ajaran baru yang jelas menyeleweng dan jelas kekufurannya? Adakah Jamaah Al Arqam hanya diambil tindakan yang cukup tegas disebabkan ada tujuan politik tesembunyi?

Sekiranya tiada kerjasama dan gemblengan tenaga yang bersepadu oleh pihak Jabatan Agama dan polis sebagai penguatkuasa, ajaran sesat yang mencabar syariah tidak akan boleh dibenteras. Malah hari ini ajaran sesat mula disokong juga oleh penganut Islam serta badan-badan tertentu atas nama dan alas an kebebasan beragama. Mereka bukan menganut agama yang dibenarkan oleh perlembagaan serta diiktiraf masyarakat, mereka mencipta ajaran baru atas nama Islam yang jelas ianya menghina Islam. Golongan seperti ini taiada tempat di dalam peruntukan kebebasan beragama di dalam perlembagaan persekutuan.

Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1 SPAQ

Ipoh Perak

http://munawwarah.blogdrive.com

https://skuad.wordpress.com


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: