Tujuan sebenar Kelas Perbandingan Agama

9 11 2008

Kini di Malaysia terdapat banyak kelas-kelas pengajian perbandingan antara agama. Malah di usniversiti-universiti utama negara kita juga ada menawarkan kursus perbandingan agama di bawah jabatan-jabatan pengajian usuluddin.

Namun sejauh manakah is berfungsi dengan baiknya di dalam masyarakat majmuk negara kita? Secara umumnya objektif utama pengajian antara agama ialah untuk memupuk semangat toleransi dan bersangka baik antara kaum. Segala ketidakfahaman kita mengenai budaya agama lain akan terhapus sekaligus semangat kerakyatan yang harmoni terjalin.

Bagi golongan Islam, kelas-kelas sebegini bertujuan untuk mengetahui tentang agama lain sekaligus menganjurkan pelajar atau peserta kursus untuk berdakwah kepada mereka berkenaan keistimewaan Islam. Kelas ini akan menimbulkan rasa kasih dan belas umat Islam terhadap penganut agama lain serta berdaya upaya pula untuk mendorong sahabat daripada agama lain untuk menganut Islam.

Namun mungkin ada beberapa senario yang kurang sihat timbul apabila pengajian ini disalah ertikan oleh umat Islam sebagai medan untuk mencari kesalahan agama lain sekaligus menghina dan menjauhkan lagi hubungan antara kita dengan non-muslim. Ini adalah satu konsep yang tersasar daripada tujuan sebenar dakwah dan qudwah di medan masyarakat.

Firman Allah,


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Maaidah 5:35)

Al wasilah dalam ayat di atas boleh sahaja difahami sebagai wasilah untuk dekat kepada Allah. Antara usaha yang menyebabkan kita dekat dengan Allah adalah dengan istiqamah dalam dakwah.

Untuk makluman non-muslim pula, kelas ini bukanlah suatu kelas pengajian yang dianjurkan untuk menghakis dan menghapus hak beragama di kalangan rakyat di Malaysia. Malah Rasulullah juga membenarkan agama-agama lain untuk beroperasi dan menjalankan kebudayaan mereka masing-masing. Malahan rasulullah mengharamkan sahabatnya menghapuskan rumah ibadah bukan Islam di salam setiap peperangan serta dilaranmg membunuh sesiapa sahaja yang berada di dalam rumah ibadah. Inilah keadilan Islam.

Penganjuran kelas-kelas seperti ini juga tidak sama objektifnya dengan beberapa forum hak asasi yang mungkin berbincang tentang pensyariatan Islam serta kandungan ajaran Islam. Terlalu banyak pihak hari ini yang mulai lantang mempertikai hak poligami di dalam Islam, syariat yang mengawal moral dan etika berpakaian dalam Islam, syariat yang melarang jenayah murtad serta lain-lain perkara. Mengadakan forum atau diskusi untuk mencabar kesucian syariah Islam serta mempertikaikan ajarannya adalah salah. Ironinya, secara umum, umat Islam belum lagi menganjurkan forum bagaimana untuk mencabut hak beragama di kalangan bangsa lain di Malaysia.

Jadi janganlah digunakan idea dan alas an hak asasi dan kebebasan bersuara untuk mempertikaikan ajaran Islam terhadap penganutnya. Syariah Islam bagaikan bapa, penganutnya pula bagaikan seorang anak. Adalah tidak wajar kita sebagai jiran mempertikaikan perilaku bapa yang sedang mendidik anak ke arah kebaikan.

Seringkali golongan bukan muslim, atau muslim yang belum faham kesyumulan (holistic) Islam yang mempertikai hikmah dan kebaikan disebalik hukuman dan perintah dalam agama Islam. Mereka tidak faham kenapa Islam melarang lesbian, pengkid, melarang arak, melarang dedah aurat, melarang judi dan riba, melarang hiburan melampau, melarang murtad dan sebagainya. Jadi adalah disyorkan anda mengadakan kelas-kelas pengajian Islam untuk faham dan meneliti falsafah disebalik ajaran agama Islam. Bukankah itu forum dan kelas yang lebih bermanfaat? Jadi anda akan tahu kenapa Islam melarang budaya tomboy dan sebagainya.

Dalam sudut pandangan lain pula, kita perlu sedar bahawa suara yang lantang menyerang syariah Islam bukan lagi bergegar berkumandang daripa pihak agama Kristian atau Hindu dan sebagainya, tetapi dilakukan oleh pihak sekularis yang berbilang kaum malah ada yang beragama Islam. Mereka banyak menyusun aktiviti mempertikai soal ‘dalam kelambu Islam’ walaupun ada hukum Islam yang langsung tidak berkaitan dengan penganut agama lain.

Kepada golongan Islam pula, pertikaian terhadap syariah perlu dijawab dengan ilmiah dan informatif. Keyakinan kita kepada hidayah Allah akan menyebabkan kita lebih ikhlas mengikuti kelas-kelas perbandingan agama serta menyeru mereka kea rah Islam secara baik. Demostrasi dan memorandum tidak selalunya perlu dibalas dengan demostrasi dan memorandum. Umat Islam sendiri perlu mempelajari ajaran Islam serta semakin berkeyakinan dengan system syariah sendiri. Hari ini kelas perbandingan agama semakin rancak, tetapi dakwah pula semakin perlahan dan tidak efektif. Adakah kita telah salah objektif?

Muhammad Nurudddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: