Risalah SPAQ November 2008

28 11 2008

Bantulah kami menyebarkan risalah. Klik dan download melalui salah satu link di bawah

http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1227754409

Risalah SPAQ 5 November.pdf

[URL=http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1227754409]Risalah SPAQ 5 November.pdf[/URL]

http://donationmuslim.googlepages.com/RisalahSPAQ5November.pdf





Islam di Kandang Salah

28 11 2008

Wacana Islam & Undang2





Mengapa Umat Islam Perlukan Fatwa?

26 11 2008

Sekali lagi pelbagai respon atau maklum balas diterima dari orang ramai selepas fatwa terbaru berkenaan pengamalan yoga dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Disember 2008 yang lalu. Datuk Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sekaligus merangkap individu yang bertanggungjawab mengumumkan keputusan ahli muzakarah tersebut telah menegaskan bahawa senaman yoga yang dimaksudkan ialah yang sistematik iaitu mengandungi 3 perkara (amalan fizikal, unsur keagamaan,mantera dan pemujaan). Jelas bahawa 3 unsur yang diamalkan serentak tersebut melanggar batas syariat Islam. Baca baki entri ini »





Fatwa; telah lama dipinggirkan

26 11 2008

Fatwa; telah lama dipinggirkan

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Bc Hons Engineering (material) UM.

Ramai di kalangan masyarakat dewasa ini terkejut akan munculnya sikap pertikaian terus menerus rakyat Malaysia terhadap institusi fatwa di negara ini. Betapa lantangnya mereka menggasak para ulama’ yang terlibat serta melibatkan maruah umat Islam seluruhnya. Baca baki entri ini »





Jangan Biadab dengan MFK-TERAS

25 11 2008

TERAS membantah keras sikap biadap pihak-pihak tertentu dari agama lain yang menyerang Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai fatwa Yoga yang telah diistiharkan kelmarin. Menyerang Majlis tersebut hanya kerana tiadak secocok dengan selera penganut agama lain mahupun dengan pihak yang mendakwa diri Muslim tetapi mahu mentafsir hukum Islam secara sendirian adalah suatu yang biadap dan tidak menghormati bidangkuasa yang telah diberikan kepada Majlis tersebut. Baca baki entri ini »





Kempen Penerangan Sehari Seorang Non-Muslim

25 11 2008

Institusi fatwa di Malaysia semakin dipandang rendah dan diperlekeh oleh rakyat sendiri. Lebih malang apabila yang beragama Islam turut serta membantah, mempertikai malah sehingga kea rah menghina institusi ulama’ dan agama Negara ini.

 

Skuad Penyelamat Aqidah menganjurkan kepada anda semua

 

Kempen Penerangan Sehari Bersama Seorang Non-Muslim

 

Selain kenyataan akhbar, forum, perundangan dan sebagainya, kita selaku pencinta agama wajib mencari ruang dan memainkan peranan sebagai agen penerangan Islam.

 

Carilah ruang anda di mana sahaja anda berada.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1 SPAQ





Polis ada peranan dalam usaha membenteras ajaran sesat

18 11 2008

Kelmarin 17 November 2008, Berita Harian melaporkan kenyataan Menteri dalam Negeri berkaitan isu ajaran sesat Ayah Pin. Datuk Seri Syed Hamid Albar menyatakan Arifin Muhamad, 65, atau Ayah Pin yang didakwa menganjurkan satu ajaran sesat di Terengganu, hanya akan ditahan jika Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta bantuan polis untuk menangkapnya. Baca baki entri ini »