Bengkel Isu Nabi Melayu

22 10 2008

Sepintas di Kelas Pengajian Aqidah dan Isu-Isu Semasa

Pada 19 hb Oktober yang lalu (Ahad) , Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) dengan kerjasama daripada Persatuan Agama Islam (PAI) Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang telah mengadakan Kelas Pengajian Aqidah dan Isu-isu semasa yang telah tertangguh beberapa minggu disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Untuk pengetahuan semua kelas ini diadakan setiap hari Ahad pada pukul 5 petang.

Isu yang dibawakan pada Ahad lepas adalah menyentuh mengenai isu penagkuan seorang tua yangv mengaku menjadi utusan Tuhan atau Rasul baginda umat Melayu yang berada di Malaya dan gugusan Tanah Melayu. Skop kali ini melibatkan pendedahan tentang apa yang berlaku ataupun kronologi kes pendakwaan “Rasul keparat” yang mempunyai ribuan pengikut ini. Apa yang” menarik” tentang kes ini ialah betapa jahilnya umat Melayu yang mengaku sebagai Islam namun percaya hidup-hidup tentang “janji” Kahar bahawa para pengikutnya akan dijamin syurga. Perkara yang “menarik” kedua ialah betapa sukarnya untuk menyumbat insan yang bernama Kahar Ahmad Ini disebabkan beberapa “halangan” yang tiba-tiba wujud .

Saya tertarik untuk menyinggung beberapa perkara yang ditekan oleh muallim Nuruddin secara ringkas .

1. Penahanan Abdul Kahar Ahmad dan beberapa orang pengikutnya atas dakwaan mengaku sebagai utusan Tuhan

2. Kahar ini sentiasa “diikat” jamin oleh pengikut-pengikutnya termasuklah oleh beberapapegawai berjawatan tinggi di dalam kerajaan.

3. Pendakwaan di Mahkamah tinggi Syariah

4. Kahar mencabar kesahihan lima peruntukan dalam enakmen Jenayah Syariah Selangor dengan mengemukakan permohonan di Mahkamah Persekutuan

5. Waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir ke mahkamah

6. Gangguan dalam proses pendakwaan terhadap Abdul Kahar

7. Implikasi keputusan rayuan terhadap system perundangan Negara dan peruntukkan yang ada bagi Undang-undang Syariah itu sendiri.

Ahmad Zhafri bin Md Noor

Unit Teknikal Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

http://deafeningsilent.blogspot.com


Tindakan

Information

One response

31 10 2008
Amir

Dakwah perlu dilakukan dengan lebih sistematik dan terancang. Guna kaedah terbaru yang boleh menarik umat Islam kembali kepada agama yang lurus. Kalau tabligh tu, sila berpakaian yang lebih elok (bukannya compang-camping) dan comot. Insyallah, orang akan lebih menerima dakwah demi kebaikan dunia dan akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: