Syariah akan terus dipertahankan! Hak Syariah adalah hak asasi Umat Islam

15 10 2008

Kelmarin 14 Oktober 2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM 2000 setiap orang terhadap Ustaz Hafiz Nordin, Ustaz Shahul Hamid dan Ustaz Rahim kerana didapati bersalah megikuti demostrasi membantah penganjuran Forum Dialog Antara Agama (IFC). Mereka didenda minima berdasarkan peruntukan Seksyen 17 Akta Polis 1967 kerana berhimpun tanpa permit.


Saya selaku pemerhati semalam berasa jengkel dengan hujah peguam pendakwa yang mengatakan demostrasi tersebut telah membawa kepada kesesakan lalulintas. Hujahnya lagi, tiga orang tertuduh ini adalah ustaz yang terpelajar tetapi gagal menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.


Golongan yang begitu teruja untuk mendakwa 3 orang ustaz ini antaranya adalah ALIRAN, suatu pertubuhan yang lantang bersuara memperjuangkan hak asasi, hak berhimpun dan menyuarakan pendapat, hak kebebasan media tetapi dalam hal bantahan IFC yang cuba mencabar isi pati agama Islam, mereka kembali menggunakan akta Polis yang selama ini mereka musuhi.


Bukanlah niat saya ingin menghina mahkamah kerana keputusan mahkamah telah diterima dengan hati yang terbuka. Malah denda RM 6000 keseluruhannya telah dibayar beberapa minit sahaja selepas hukuman dijatuhkan. Hanya dengan semangat pengorbanan pemerhati dan penyokong yang mendokong sistem syariah Malaysia, wang denda mampu dikumpul dalam masa yang singkat.


Apa yang ingin diselarkan disini adalah sikap gerakan hak asasi di Malaysia yang ingin bersama dengan parti politik atau mana-mana gerakan yang memperjuangkan aspek keadilan dan nilai keharmonian. Mereka juga selalu bersama dalam mana-mana demostrasi jalanan. Hanya kerajaan sahaja yang tidak gemar atau tidak bersetuju dengan tindakan demostrasi. Tetapi dalam hal ini ALIRAN memalukan diri mereka sendiri. Malah Majlis Peguam sendiri tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung demostrasi yang diadakan.


Para ustaz terbabit apabila ditanya adakah mereka bersetuju dengan tindakan menangkap peserta demostrasi Hindraf melalui akta polis atau ISA, jawab mereka ‘kami juga menentang’ dan tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil terhadap anggota Hindraf. Selagi mana perhimpunan tidak menimbulkan kerosakan awam, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa, tidak menyusahkan orang awam, janganlah ada sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana peserta demostrasi.


Pada saya perjuangan hak asasi di Malaysia akan merudum dan hancur sekiranya ada sikap ‘double standard’ di kalangan pejuangnya sendiri dan kezaliman akan terus-menerus berlaku kerana sikap mereka yang sebegini.


Muhammad Nuruddin Bashah


Tindakan

Information

2 responses

15 10 2008
limaumaniss

syukur ALLAH mudahkan urusan ustaz2 tu….kita jaga hak ALLAH…ALLAH akan jaga hak kita…ALLAHUAKBAR!!!

15 10 2008
akh zhaf (mujahid page)

Moga Allah kuatkan kita dengan kefahaman yang jelas dan nyata . Mereka yang berjuang seringkali menangis lemah di sisi Allah s.w.t namun Allah kuatkan mereka disisi manusia. Berjuang kerana Allah kerana ia merupakan jalan menuju ke Jannah….. muallim…ble nk ajak mkn laksa kat rumah ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: