Ramadhan; Bulan Jihad

8 09 2008

Ramadhan; Bulan Jihad.

Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Bulan Ramadhan adalah bulan jihad dan berjuang. Inilah antara tema yang ingin diketengahkan pada kali ini. Mungkin jarang atau tiada sambutan Ihya’ Ramadhan di negara ini yang sanggup membawa tema yang kelihatan aggresif ini.

 

Berpuasa adalah aktiviti utama di bulan Ramadhan. Sebelum disyariatkan kepada kaum muslimin, Ibarat puasa kaum muslimin hanyalah dilakukan pada hari kesepuluh bulan haram. Syariat ini bolehlah dikatakan suatu syariat ‘madaniyyah’ iaitu diturunkan selepas tahun kedua Hijrah yang Agung ke Bandar Yathrib. Di Madinah, kaum Yahudi pelbagai suku seperti Bani Nadhir, Quraizhah, Qainuqa’ dan sebagainya telah lama mengamalkan puasa tetapi pada hari-hari tertentu juga.

 

Puasa adalah sub-pakej program riombakan sosial dan aqidah besar-besaran oleh Nabi SAW semasa Hijrah. Selepas membina Masjid, mempersaudarakan sesama muslim, melebarkan dakwah dan mengadakan banyak Sariyyah untuk memintas kabilah Quraisy yang melalui sempadan negara Madinah, Rasulullah juga ditugaskan untuk mengekslusifkan umat Muhammad agar berlainan terus dengan  kaum Yahudi  yang mengakui mengikut syariat Musa serta membezakan juga dengan kaum Nasrani.

 

1.        Membenarkan perang di bulan haram secara bersyarat. ( Al Fitnatu Akbaru minal Qatl)

Proses pertama adalah proses dimana suatu tindakan yang ‘gharib’ pada pandangan arab kini menjadi umum dan dibenarkan atas sebab tertentu. Yang paling ketara adalah peristiwa di mana Abdullah Bin Jahsyi yang mengetuai sariyyah Nakhlah telah membunuh Amru Bin Hadhrami salaah seorang ketua kabilah Quraisy yang melalui sempadan negara Madinah. Kebetulan peristiwa itu berlaku pada bulan Rejab iaitu bulan yang diharamkan berperang[1]. Semua Ghanimah dan tawanan perang pada mulanya  tidak diterima oleh Rasulullah seolah-olah bertawaquf. Sehinggalah turunnya ayat;

 

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah.  Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”.[2]. (Al Baqarah:217)

 

Inilah bezanya golongan kafir yang terputus dengan syariat nabi dengan umat Muhammad yang dipimpin oleh Allah pada ketika itu sehingga menjustifikasikan tindakan pro-aktif Abdullah Bin Jahsyi membunuh  pada bulan Rejab.

 

2.        Penyatuan kiblat ke arah yang membezakan haq dan batil.

Proses kedua adalah proses pengubahan matlamat dan hadaf dalam beribadah. Kiblat adalah perlambangan kesatuan matlamat Umat Islam. Apabila Rasulullah diperintah beribadah mengadap ke Timur (Baitul Maqdis), kaum yahudi mempersendakan nabi yang dikatakan tiada modal, krisis wibawa kerana hanya meniru syariat mereka.  Lalu kata Allah;

 

Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit[3], Maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah (alihkan) mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. ( Al Baqarah: 144)

 

Sekali lagi kaum kafir terkena tempelakan dengan proses ubahan drastik Nabi SAW. Sangkaan mereka Muhammad hanya pandai meniru, tetapi Baginda berani membuat tindakan drastik sedemikian untuk membuat suatu ubah suai matlamat agar memiliki identiti tersendiri yang kekal bersih daripada syirik kepada Allah.  Peristiwa perubahan ini berlaku pada nisfu Sya’ban tahun kedua Hijrah iaitu sejurus selepas Allah membenarkan tindakan Abdullah membunuh pada bulan haram.

 

3.        Puasa Asas Tarbiyyah Jihadiyyah

Proses ketiga adalah disyariatkan puasa seperti yang ingin kita bincangkan. Perintah puasa telah membezakan kaedah dan kaifiyat puasa tradisi orang Arab, orang India dan orang Yahudi. Puasa cara Islam mengandungi cara dan adab yang amat berbeza dan memiliki tujuan yang lebih jauh dan hebat. Jangan lupa, ibadat puasa sebulan lamanya ini adalah tamrin pertama yang agak keras diperintahkan oleh Allah terhadap Rasulullah dan sahabat agar bersedia untuk perang Badar pada 17 Ramadhan kelak.

 

Lihat dalil perintah khusus ini;

·         Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al baqarah : 183)

·         (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan itu bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. ( Al Baqarah : 185)

 

Rasulullah bersabda juga “ kami lebih berhak dengan Musa daripada kamu”. Rasulullah menempak Kaum Yahudi yang mengaku mengikut Nbai Musa di mana mereka juga berpuasa pada pertengahan bulan Haram memperingati kemenangan jihad Nabi Musa terhadap Firaun. Sebenarnya umat Islamlah yang lebih layak mengaku kenabian Musa memandangkan syariat dan matlamat aqidah Nabi Musa diteruskan oleh umat Islam. Dalam Peperangan Ahzab ( Khandaq) juga berlaku semasa Rasulullah dan sahabat menjalani ibadah puasa.

 

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kitabnya Fiqh Al Harakah Jilid 2, Rasulullah SAW telah mengadakan 3 kempen dan reformasi  utama untuk membina kekuasaan Islam. Pertamanya adalah kekuatan Aqidah melalui bimbingan langsung Baginda. Kedua adalah Persediaan Madinah melalui ukhuwah dan sistem hireiki yang bersistem. Ketiga adalah Tanzim dan perencanaan (khittah) yang baik melalui siyar (operasi diplomasi dan pantauan keselamatan wilayah Islam), mua’hadah iaiatu perjanjian demi perjanjian serta tahalluf iaitu kerjasama politik dengan kaum bukan Islam. Perlu diingatkan bahawa 3 proses ini berlangsung selama setahun sahaja di Madinah. Golongan Ansar terus-menerus menerima ajaran dan bimbingan kaum Muhajirin melalui hubungan yang amat erat sehingga Allah menurunkan hukum Pusaka agar mereka tidak terlalu wewenang menukar hak faraid kepada sahabat mereka. Kemudian  barulah Rasulullah menyusun pula atas arahan Allah iaitu 3 proses yang disebutkan tadi. Cuba kita bayangkan kaum muslimin yang pertama kali membuat syariat puasa sepanjang bulan terus dikerah pula untuk berperang di telaga Badar. Betapa hebatnya mereka menerima tanggungjawab ibadat dan perang sekaligus di tanah padang pasir yang kering dan panas. Inilah kejayaan tarbiah Rasulullah.

 

Di Bulan Ramadhan juga, Tentera Islam Mesir dan Syiria pernah melakukan serangan terhadap Tentera Israel yang angkuh pada 6 Oktober 1973 di Bukit Golan. Walaupun gencatan senjata dilakaukan oleh PBB untuk mengelak kekalahan teruk di pihak Israel, namun tindakan nekad tentera arab berkenaan berjaya membalas dendam Perang Enam Hari 1967 sebelumnya[4].

 

Mujahidin Iraq juga pernah mempertahankan masjid dan komuniti di Fallujah pada pertengahan Ramadhan 2006 dahulu.  Mereka dibantai habis-habisan oleh Amerika Syarikat. Jika tanpa bantuan kereta kebal dan pesawat, sudah lama tentera kuffar itu diratah oleh pejuang Islam Iraq. Semangat Ramadhan amat kental di hati mereka. Bilakah kemenangan akan menyebelahi Islam? Teruskan berpuasa dan memperkuatkan tapak-tapak kita.

 

Di Malaysia hari ini, jadikan bulan puasa ini sebagai bulan menilai semula langkah jihad kita agar lebih bersepadu dan berhasil. Bulan ini ada kronologi dan implikasinya kepada orang Islam terdahulu. Dan tidak hairan juga ia menjadi senjata ampuh kepada kita hari ini dalam mendepani tekanan dan cabaran oleh kaum kuffar yang bencikan Islam.

 http://munawwarah.blogdrive.com

 

  



[1] Orang kafir Quraisy juga masih mengamalkan budaya tidak berperang pada bulan Haram sama seperti tinggalan agama Nabi Ibrahim.

[2]  Fitnah di sini adalah usaha menghalang Islam, menghina, membunuh dan menyiksa sekian lamanya.

[3] maksudnya ialah nabi Muhammad s.a.w. sering melihat ke langit mendoa dan menunggu-nunggu Turunnya wahyu yang memerintahkan beliau menghadap ke Baitullah.

 

[4] MASTIKA Oktober 2007


Tindakan

Information

One response

11 09 2008
achfaisol

terima kasih sharing info/ilmunya…
saya membuat tulisan tentang “Benarkah Kita Hamba Allah?”
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: