Kem Latihan Ramadhan

4 09 2008

Setahun berlalu kini Ramadhan tiba lagi dengan seribu keberkatan. Dalam bulan yang mulia ini, umat Islam diwajibkan berpuasa malah digalakkan membuat kebajikan melebihi dari bulan-bulan yang lain. Setiap kebajikan yang dilakukan hendaklah berlandaskan niat kerana Allah s.w.t. semata-mata tanpa dicalit unsur-unsur riak dan takabbur. Dengan izin Yang Maha Esa, kita akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda hasil kebajikan yang dilakukan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Inilah ‘hadiah’ daripada Allah s.w.t. kepada kita agar kita bersyukur kepada-Nya.

Namun, fenomena ‘kenduri’ di bulan Ramadhan harus dielakkan. Pembaziran dalam membeli juadah berbuka seringkali menjadi kegilaan nafsu manusia untuk ‘membalas dendam’ selepas menahan lapar dan dahaga selama separuh hari. Malah, semasa berpuasa, kita dituntut menghayati nasib manusia lain di dunia ini yang terpaksa berlapar akibat kekurangan makanan. Konflik serta peperangan yang berlaku dalam campurtangan politik dan perampasan kuasa mengundang sengsara buat mereka yang lemah di luar sana. Perkara ini sepatutnya menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam dalam mengenal makna syukur serta menghayatinya sepanjang hidup di dunia ini.

Sambutan perayaan juga seringkali dimeriahkan dengan pasangan baju yang melambak di dalam almari. Kasut yang baru dipasang bersama pakaian yang cantik digilai umat Islam sehingga ada sesetengah daripada mereka yang terpaksa berhutang dengan along demi memberi keselesaan kepada keluarga dalam menyambut hari raya. Langsir dan hiasan rumah saban tahun ditukar semata-mata ingin memperlihatkan keceriaan kepada para tetamu yang hadir. Konsep merayakan ketibaan bulan Syawal sebegini bukanlah satu konsep yang diperkenalkan dalam Islam. Malah, keberkatan bulan Ramadhan bukan bererti menghabiskan duit ringgit untuk memenuhi kehendak diri, tetapi lebih bererti jika diberi kepada mereka yang memerlukan. Firman Allah s.w.t.:

“…makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaan-Ku; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia.”

[QS Thāhā 20:81

Semoga ketibaan Ramadhan kali ini memberi satu pengertian baru buat semua umat Islam khususnya di Malaysia. Penghayatan peristiwa-peristiwa besar sirah dalam bulan Ramadhan harus diketengahkan supaya umat Islam lebih memaknai Islam dari sudut pandang yang lebih luas. Islam tidak tertegak dengan hanya berpuasa lalu disambut meriah ketibaan hari raya. Islam tidak akan bangkit dengan hanya bertadarus dan bertarawih penuh di bulan Ramadhan. Islam juga tidak akan berkembang dan menang dengan hanya beramal ibadat di bulan Ramadhan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah s.w.t., tetapi Islam akan bangkit, tertegak, berkembang dan berjaya jika umatnya benar-benar menghayati dan melaksanakan ‘latihan’ Ramadhan ini bukan sahaja di bulan Ramadhan malah di bulan-bulan yang lain. Islam tertegak utuh apabila umatnya menerima Islam secara menyeluruh – 24 jam sepanjang hayat.


i-anwar

Koordinator 2 SPAQ


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: