Mengejar Dunia

21 09 2008

Dunia merupakan persinggahan manusia sebelum sampainya kita ke alam yang kekal abadi selepas kematian – Alam Akhirat. Persinggahan ini penuh dengan ujian yang maha dahsyat sehingga ramai umat manusia yang tersadung kaki mereka lalu rebah di pintu redha-Nya. Peringatan-peringatan Allah s.w.t. di dalam al-Qur’ān serta wasiat Rasulullah s.a.w. di dalam al-Sunnah seharusnya dijadikan panduan utama dalam menempuh kehidupan di dunia yang serba memukau ini. Namun, peringatan serta wasiat ini dibelakangkan oleh manusia yang mabuk mengejar kenikmatan dunia sehingga diri mereka binasa secara sedar ataupun tidak. Baca baki entri ini »





Ramadhan dan Syawal bulan untuk komersial: CAP

19 09 2008

Haramkan iklan peralat Ramadan, raya

SM Mohamed Idris | Jul 31, 08 9:46pm

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kesal dengan keghairahan pihak-pihak tertentu di negara ini yang mula mengkomersialkan sambutan Aidil Fitri serta mempromosikan tabiat berbelanja secara membazir dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Hal ini bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam, malah menjejaskan iman seseorang Muslim. Pusat-pusat membeli-belah dan syarikat-syarikat korporat kini mula menggunakan sambutan Aidil Fitri untuk mengiklankan produk dan khidmat mereka.

Terbaru, di akhbar tempatan terdapat syarikat yang menjual perabot dan barangan elektrik mula mengiklankan produk mereka dengan kata-kata “Syawal Mega Sale!” dan “Jualan Syawal Mega!”, sedangkan kita masih berada di bulan Rejab dan dua bulan lagi iaitu Syaaban dan Ramadhan untuk dilalui sebelum menyambut Aidil Fitri.

Kami yakin apabila tiba pula Ramadhan nanti, akan bertambahlah lagi pusat-pusat membeli-belah yang akan mempromosikan jualan dengan pelbagai slogan untuk menarik umat Islam dan pengguna membeli- belah seperti yang berlaku pada 2005 apabila terdapat iklan “Buka Puasa Contest”.

Seperti tahun-tahun lepas, kami mendapati pusat-pusat beli-belah sering dipenuhi dengan pembeli-pembeli pada setiap malam, sedangkan mereka sepatutnya memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat tarawih.

Mereka yang berpendapatan rendah sering turut terpengaruh oleh iklan-iklan agresif sehingga memerangkap mereka untuk membeli barangan mahal yang sebenarnya tidak perlu dan membazir yang akhirnya terheret dalam hutang yang membebankan.

Akibatnya, sumber dan pendapatan mereka yang sangat terbatas – lebih-lebih lagi dalam keadaan harga minyak yang mahal serta harga barangan yang semakin meningkat ini – menyebakan ia disalurkan dan terhakis kepada penggunaan yang membazir dan tidak berguna.

Media cetak dan elektronik nampaknya turut menyumbang kepada berkembangnya dalam kalangan masyarakat budaya hedonisme dan materialisme di dalam bulan suci Ramadhan dan Syawal melalui iklan agresif yang licik untuk mempengaruhi minda, selera dan nafsu pelanggan termasuk acara hiburan yang melanggar syarak.

Ramadhan dan Aidil Fitri menjadi kesempatan untuk merangsang pengguna kepada tabiat penggunaan yang berlebihan.

Filem, drama, dan program sukan di TV disiarkan pada setiap malam melekakan masyarakat daripada pergi ke masjid dan surau.

Golongan lelaki, wanita, belia dan kanak-kanak turut didedahkan kepada keganasan, jenayah, dan tingkah laku tidak berakhlak melalui pelbagai siaran di saluran TV pada waktu maghrib, isyak dan seluruh malam sedangkan mereka sepatutnya menggunakan waktu itu untuk memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.

Namun, sebaliknya umat Islam kini didorong untuk berbelanja dan menggunakan secara berlebihan dan membazir sedangkan sumber ekonomi masyarakat Islam amat terbatas. Hal ini berleluasa setiap kali tiba bulan Ramadhan dan sambutan Aidil Fitri.

Sehubungan itu, CAP menggesa langkah segera diambil untuk menyekat kecenderungan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan kami mencadangkan langkah-langkah berikut diambil:

1. Mengharamkan dengan segera sebarang iklan yang menggunakan Ramadhan dan Aidil Fitri untuk mempromosi produk atau perkhidmatan.

2. Menggesa pihak media elektronik tidak menyiarkan sebarang program yang bercanggah dengan ruh Ramadhan, sebaliknya menyiarkan program-program yang meningkatkan pembinaan kerohanian masyarakat.

3. Suatu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilancarkan oleh pihak kerajaan bersama dengan badan-badan Islam untuk menanamkan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat.


SM Mohamed Idris adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

 





Bengkel Ilmiyyah 3 SPAQ

18 09 2008

Pengumuman

____________________________________________________________________________________

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) akan mengadakan Bengkel Ilmiah 3

Menyanggah Kesesatan Gerakan Anti Hadis

Akan disampaikan oleh 2 orang panel.

Nantikan bengkel ini pada bulan Oktober nanti.

 

Pada hari bengkel tersebut, SPAQ akan melancarkan UNIT Bertindak Siasatan Aqidah ( SIASAH), mereka akan diprogramkan untuk turun ke dalam masyarakat menyiasat masalah aqidah dalam masyarakat Malaysia. Metod temubual, pemerhatian dan sebagainya akan dibincangkan selepas bengkel ini kepada sesiapa yang berminat. Semangat Ramadhan akan membantu anda melonjak sama dengan usaha kami.

 

Info tambahan: Kelas Aqidah Tohawiyyah di USM ditangguh hingga kebulan Syawal. Kelas Muqaddimah Aqidah Muslimin  masih dan sedang dijalankan di Institut Perguruan Persekutuan P.P.

 

Koordinator 1 SPAQ





‘Kepulangan’ Kassim Ahmad – Satu Penilaian Semula

18 09 2008

Setelah Kassim Ahmad menerbitkan bukunya bertajuk Mencari Jalan Pulang – Dari Sosialisme Kepada Islam, hati saya sedikit gembira. Namun kegembiraan tersebut hanya sementara. Bukan jalan pulang yang dicarinya, malah Kassim Ahmad masih kuat berpegang kepada fahaman anti-Hadithnya! Baru-baru ini juga Kassim Ahmad tanpa ‘segan-silu’ menyiarkan semula tulisan anti-Hadithnya dalam blognya seolah-olah dia ‘menjerit’ kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia bahawa “saya sudah jumpa jalan pulang saya!”

Jalan mana yang dipilihnya? Mari kita sama-sama menilai semula ‘kepulangannya’ tadi. Baca baki entri ini »





Risalah Khas Ramadhan Kareem

8 09 2008

Sila lah download Risalah KHAS Ramadhan di bawah. Sebarkan di tempat anda menginap dan bekerja. Moga ada keberkatannya. Ada dua link di bawah.

 

Koordinator 1 SPAQ

risalah spaq ramadhan.pdf

[URL=http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1220770733]risalah spaq ramadhan.pdf[/URL]





Ramadhan; Bulan Jihad

8 09 2008

Ramadhan; Bulan Jihad.

Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Bulan Ramadhan adalah bulan jihad dan berjuang. Inilah antara tema yang ingin diketengahkan pada kali ini. Mungkin jarang atau tiada sambutan Ihya’ Ramadhan di negara ini yang sanggup membawa tema yang kelihatan aggresif ini. Baca baki entri ini »





Laporan SEMINAR DAKWAH:Masa Depan Milik Islam, BENARKAH?

6 09 2008

Pada 30 ogos 2008(sabtu), seminar dakwah anjuran Pusat Islam Usm dengan kerjasama Jamaah Islah Malaysia(JIM) telah berlangsung di Dewan Kuliah A, USM. Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang telah dihadiri kira-kira 60 peserta. Seramai 5 org penceramah telah membentangkan forum masing-masing. Antara ahli-ahli panel yang telah menyampaikan ceramah tersebut ialah:
       
        1) Haji Ayub Abd Rahman(Bekas paderi/aktivis PERKIM)
        2) Dr. Muhammad Ali Syeikh Abd Kadir(Pakar Kardiologi/aktivis PERKIM)
        3) En. Nizam Masyar 
        4) Maimunah Mohd Beon(Ketua Wanita JIM Kedah)
        5) Shaik Abdullah Hassan Mydin(Pensyarah USM)

Bengkel ini berjaya menarik perhatian para peserta dengan topik yang  cukup menarik dibahaskan. Topik yang diketengahkan pada seminar kali ini adalah berkisar mengenai perspektif islam dari pelbagai sudut di samping perbandingan agama yang membuka minda para peserta tentang kebenaran serta kemurnian islam.

Topik yang paling mendapat perhatian para peserta adalah pengakuan oleh bekas paderi  yang merupakan  ketua pembabtisan antarabangsa. beliau turut menceritakan pengalaman beliau ketika menjalankan dakwah bagi mengkristiankan orang ramai sehinggalah beliau tertarik dengan  keindahan islam sehingga membuat keputusan untuk memeluk islam. Bukan itu sahaja, para peserta turut dihidangkan dengan kupasan menarik mengenai perkaitan antara ilmu sains dengan isi kandungan al-quran yang menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah. Walau bagaimanapun, peserta-peserta wanita rata-rata tertarik dengan topik yang memperjuangkan hak wanita serta ketinggian martabat wanita di sisi islam.

Pelbagai input telah diperolehi daripada seminar dakwah ini yang bukan sahaja membuka minda kita tentang islam malahan turut menimbulkan kesedaran serta kebanggaan menjadi penganut agama Islam. diharap seminar seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan.

Afifah Esham

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

Unit Media SPAQ