Usaha menimbulkan sensitiviti agama perlu disekat oleh Kerajaan.

7 08 2008

Kenyataan media

Usaha menimbulkan sensitiviti agama perlu disekat oleh Kerajaan.

 

7 Ogos 2008

 

Sensitiviti agama merupakan suatu yang kompleks untuk dibicarakan malah ia telah lama menjadi punca perselisihan faham dalam sesebuah negara jika tidak ditangani dengan baik. Saya menyahut baik kenyataan Seri Syed Hamid Albar Menteri Dalam Negeri yang memberi amaran kepada Majlis Peguam (BAR Council) agar tidak bermain api melalui wacana-wacana sensitif agama.

 

Usaha mengadakan wacana dan diskusi adalah usaha yang sihat. Akan tetapi hak Islam dan Mahkamah Syariah di bawah Artikel 121 ( 1A) yang ingin dihadkan kuasa atau dirombak semula amat menyedihkan ramai umat Islam di Malaysia.

 

Artikel 121 adalah suatu peruntukan perlembagaan berkaitan status mahkamah Syariah manakala kurungan (1A) pula menjelaskan lagi kuasa mahkamah Tinggi yang tidak boleh mencabar Mahkamah Syariah di negara ini. Walau atas nama hak asasi sekalipun diperkatakan untuk diforumkan dalam Forum Memeluk Islam hujung minggu ini, peruntukan Mahkamah Syariah adalah hak asal masyarakat di Malaysia sejak kesultanan Melayu Melaka melaksanakan sistem Islam di dalam tanah jajahannya.

 

Saya mungkin mewakili suara sebahagian umat Islam menyokong serta menyeru agar usaha kerajaan menyekat usaha-usaha seperti ini berterusan disamping menggalakkan dialog antara agama yang boleh menjernihkan hubungan dan sekaligus menyemai persefahaman dalam beragama di Malaysia.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Teluk Kumbar Pulau Pinang

 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: