Tiada diskriminasi Islam terhadap Khunsa

5 08 2008

Kenyataan media

 

Tiada diskriminasi Islam terhadap golongan Khunsa.

 

4 Ogos 2008- Berhubung isu transeksual, atau dalam bahasa Melayunya disebut pengubahan jantina, saya melihat ada beberapa kekeliruan yang berlaku dikalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan non-muslim dan segelintir penganut Islam.

 

Merujuk kepada surat Issac Rizard dalam The Star 1 Ogos 2008 yang bertajuk ‘ Islam does not discriminate against transexuals’ ada patutnya saya turut memberi pandangan yang agak luas berbanding perbahasan isu ubah jantina.

 

Transeksual atau pembedahan jantina secara umumnya haram dan dilarang oleh Islam. Individu ini digelar perbuatan tasyabbuh yang menyerupai jantina sebaliknya. Akan tetapi dalam kejadian manusia ada individu yang bergelar khunsa iaitu memiliki 2 alat kelamin. Individu ini normal dan tidak boleh disisihkan. Adapun Islam menghalang sebarang bentuk diskriminasi terhadap golongan ini. Jika mereka ingin berkahwin doctor perlu menentukan kecenderungan alat kelamin mereka, selepas itu barulah dilakukan rawatan hormone atau pembedahan untuk memudahkan mereka berumahtangga.

 

Golongan kedua adalah golongan ‘lembut’ atau tomboy bagi perempuan. Mereka memiliki psikologi dan kecenderungan kepada jantina sebaliknya samaada biasa atau serius. Islam melarang mereka mengubah jantina kerana mereka telah memiliki satu jenis sahaja alat kelamin. Dalam hal ini Islam juga melarang kita mendiskriminasikan mereka apatah lagi mengejek mereka.

 

Dalam kes Khunsa yang memilki dua jenis alat kelamin, jumhur ulama’ menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan do hadapan perempuan. Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Islam menetapkan saf perempuan paling belakang bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan. Dalam solat Imam yang palimng hadapan paling bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti. Khunsa diletakkan di barisan ketiga melambangkan tanggujawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

 

Bagi golongan transeksual yang sengaja mengubah jantina walaupun memilki satu sahaja alat kelamin, mereka adalah tetap berdosa sepanjang mereka mengubah jantina tersebut. Akan tetapi mereka juga dilarang oleh Islam untuk dimaki atau dihina kerena Islam adalah agama dakwah dan nasihat.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah

Teluk Kumbar

Pulau Pinang

 

 

 

Alamat :

 

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

 

017 6291368

012 5296690

 

jihadin82@yahoo.com

 

 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: