SPAQ akan berprogram juga di IPPPP

5 08 2008

KELAS PENGAJIAN AQIDAH DI INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

 

Pada petang Ahad, 3 Ogos 2008, SPAQ telah dijemput untuk mengadakan Kelas Pengajian Aqidah di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang(dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang).

 

Seramai 17 orang pelajar yang bakal bergelar pendidik telah menghadiri kelas pertama ini. Walaupun masing-masing mempunyai bidang pengkhususan sendiri yang perlu dipelajari, semangat dan kesungguhan mereka untuk terus mempelajari bidang aqidah Islam harus dipuji.

 

Teks karangan Ustaz Abdul Hadi Awang, Muqadimmah Aqidah Muslim dipilih sebagai teks utama dan kelas aqidah ini menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza berbanding kelas aqidah yang dijalankan di USM setiap minggu. Muallim Nuruddin telah menerangkan beberapa konsep asas aqidah Islam serta perbezaannya dengan kepercayaan(belief) dan agama(religion). Kaedah mengajarnya lebih santai serta mudah difahami oleh para peserta. Melalui kaedah ini, diharapkan kefahaman tersebut boleh ditukarkan ke dalam bentuk yang lebih mudah dan dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran di sekolah berlaku.

 

InsyaAllah, kelas aqidah ini akan terus diadakan pada minggu hadapan dan seterusnya, bermula 5.30 petang setiap Ahad. Kepada sesiapa yang berkelapangan, kedatangan anda amat dialu-alukan.

 

Kelas aqidah dan perbincangan isu semasa di USM tetap berjalan seperti biasa, cuma harinya telah ditukar ke Khamis,9 malam, bagi memberi laluan kepada Kelas Perbandingan Agama oleh Bro Kamaruddin(Rabu, 8 malam).

 

 

Wardah bt Abdul Rahman.

Unit Media SPAQ.


Tindakan

Information

One response

14 08 2008
akmar

alhamdulillah dgn adanya program sebegini di I4P kami terdedah dgn isu-isu semasa yang mengugat sensitiviti umat Islam. Semoga SPAQ terus berjaya!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: