Plan Tindakan Terhadap ISU ISLAM

11 07 2008

Kepentingan Plan Tindakan bagi merealisasikan amal bagi setiap manusia.

Selalu kita mendengar kalimah ‘sembang kemas’, cakap kosong atau retorik bagi sesiapa yang hanya tahu bercakap tanpa ada apa-apa langsung tindakan. Selalu juga mendengar syair arab yang menyatakan bahawa ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok tanpa berbuah. Buah itulah manfaat atau kebaikan yang ingin dinikmati oleh kita semua. Pada saya kesemua ini adalah suatu petanda baik bahawa manusia secara hakikinya suka akan praktikal bagi setiap teori atau konsep yang diketahui. Perbezaan Islam dengan ahli filosof Yunani ialah keilmuan yang dicatur oleh Islam adalah keilmuan yang praktis dan beragenda muslih serta mengenepikan kebejatan atau pertembungan sosial.

Marilah kita melihat sedikit sorotan bagaimana manusia kini kelihatannya sukakan teori lebih daripada praktikal. Di mana-mana sahaja kita melihat kelesuan sesuatu pergerakan adalah apabila pergerakan itu sebenarnya tidak ‘bergerak’. Penggeraknya sendiri tidak ‘bergerak’, jadi bagaimana pula ‘gerakan’ ingin ‘bergerak’? Bagaimana cara untuk menggerakkan gerakan?. Kesemua persoalan ini selesai sekiranya tanggungjawab sosial dan amal Islami itu jelas dilihat dari segi yang mencapah dan luas dalam ertikata mengalirkan teori idealistik kepada keadaan yang praktis dan normal dengan keadaan sebenar. Di sinilah pentingnya penggerak yang ‘bergerak’.

Seringkali penggerak yang berada dalam gerakan tidak mampu bergerak lantaran ada karat-karat yang terjadi pada engkol utama enjin gerakan. Engkol ini adalah ‘penguasa’ gerakan. ‘Penguasa’ yang tidak bijak ini seringkali mematikan semangat dan idealisme penggerak agar memacu gerakan secara akomondatif tetapi berprinsip. Mematikan mereka melalui pengawalan bahan bacaan penggerak secara melulu, tidak dibenarkan untuk berwacana atau berdiskusi kerana dikatakan tidak taat kepada ‘penguasa’, tidak dibenarkan untuk ke seminar tertentu, tidak dibuka ruang untuk terjadinya interaksi diantara komponen gerakan sehingga mematikan akal dan minda si penggerak. Saya tidak pula bermaksud wacana dibuka seluasnya sehingga menggadai perinsip, tetapi wacana adalah perlu memandangkan penggerak terdiri daripada kilang-kilang komponen daripada negara yang berlainan. Berlainan pemikiran dan latar belakangnya. Berlainan sosio budaya dan mentalitinya. Pastinya kelainan ini adalah ‘hadiah’ daripada Allah sendiri untuk dimanfaatkan dan bukannya untuk di homogenkan tanpa mengira latar belakang mereka.

Krisis amal juga berlaku apabila individu tidak tahu ruang untuk mereka bertindak. Sebagai contoh apabila mendepani isu tuduhan terhadap Rasulullah, apakah tindakan individu muslim yang mengaku berada dalam gerakan Islam? Adakah sekadar menganjurkan program Islamik rasmi yang kurang signifikan dengan masyarakat kini yang teracun dengan realiti mania di kaca-kaca TV. Adakah sekadar menanti ‘penguasa’ gerakan berijtihad baru adanya tindakan membela Rasulullah? Soalan saya pada penggerak-penggerak yang membaca tulisan ini;

  • Berapa banyak bahan bacaan yang dicari semata-mata untuk mencari hujah mempertahankan Rasulullah?
  • Dimanakah platform anda berhujah untuk pertahankan Rasulullah?
  • Berapa banyak wang anda habis sepanjang proses mempertahankan isu penghinaan Rasulullah?
  • Berapa banyak rintangan daripada tangan-tangan cabul yang ingin menggagalkan misi anda?
  • Berapa orangkah yang anda cari untuk kabelkan mereka demi membantu anda menyebarkan isu pembelaan Rasulullah?

Soalan ini akan jelas bagi sesiapa yang ada tindakan fardi (individu) membela Nabi. Isu diatas hanya sebagai contoh.

Mari kita teliti satu kajian kes. Dalam suasana Islam dihina oleh pelbagai pihak sehingga mampu memobilasi sebilangan besar NGO dan profesional Islam untuk turut serta mencabar Islam, kita sebagai individu perlu ada kesedaran khas. Di sini saya sertakan sedikit tips untuk kita ketahui bagaimana bergerak apabila adanya isu. (Gerakan Defensif)

1) Cari bahan bacaan khas untuk mengetahui tentang isu Islam terkini. Sebagai contoh akhbar, majalah atau makalah yang ringan.

2) Mencari forum, ceramah atau ‘talk’ berkenaan isu itu di sekitar kita. (korbankan wang anda).

3) Cuba untuk menghasilkan pamplet atau booklet ringkas berkenaan isu itu. Jika tidak mampu, cuba lawati beberapa laman web Islam yang menyediakan bahan berkaitan, print, photostat.

4) Sebarkan sebanyak mungkin bahan-bahan tadi di stesyen bas, kedai makan, kantin, tempat kerja, surau dan masjid dan boleh juga diupah budak sekolah untuk menyebar di riumah-rumah pangsa. Ini usaha murni.

5) Latih beberapa individu lain, naikkan semangat juang mereka, fahamkan isu Islam kepada mereka, dan mintalah mereka turut bekorban bersama anda.

6) Sertai demostrasi, petisyen atau tunjuk perasaan untuk menyatakan keimanan anda. (bagi isu kritikal)

7) Cari tempat platform rasmi untuk bersyarah. Sebagai contoh di surau tempat kerja, guru boleh praktikkan di kelasnya, mahasiswa cuba cari ruang berceramah di surau-surau.

8) Cari beberapa individu sehari untuk bercakap isu Islam itu seminggu. Adakan check list.

9) Sebarkan maklumat melalui miling list, email peribadi.

10) Hasilkan blog segera (ad hoc blog) untuk paparkan bahan berkaitan. Usaha anda, Allah pa

ndang.

11)

Sebarkan maklumat juga melalui SMS atau surat . Korbankan 1/3 kredit phone anda untuk tujuan dakwah ringkas ini.

12) Hasilkan pelekat, t shirt atau lencana butang untuk tujuan syiar. Ramai yang tidak lakukan usaha ini dan hanya mengharapkan pertubuhan rasmi sahaja. Usaha ini semua orang boleh la

ksanakan.

Saya amat meminati bidang penulisan. Semasa di matrikulasi, saya meneliti buku Jundullah Saqafatan Wa Aqlaqan Jilid ke-4. Dalam buku ini, Said Hawwa’ menjelaskan bahawa jihad dengan lisan merupakan suatu jihad yang juga boleh dilaksanakan melalui penulisan, poster atau makalah di dalam email. Sejak itu saya mula mempelajari bidang komputer daripada permulaan sehingga mampu mengurus blog. Terus menulis melalui e-groups, email, blog atau membuat kertas-kertas kerja ringkas. Bagi saya penulisan adalah suatu faktor atau menjadi ko-faktor kepada pembangunan minda penggerak Islam. Gesaan yang serius saya lakukan kepada sesiapa sahaja agar banyak dan gemar membaca. Membaca dan menulis adalah suatu sinergi kekuatan jihad ‘bil lisan’. Adakah anda tidak ingin sertai langkah ini? Tidak perlu ilmu sastera yang menggunung. Tidak perlu kemantapan bahasa Arab atau Inggeris yang melangit. Sekadar semangat dan keikhlasan. Anda mampu berbuat sesuatu dengan izin Allah.

Marilah kita membuat plan tindakan peribadi apabila sahaja kita menemui sesuatu isu umat Islam. Dalam tulisan yang akan datang saya akan berikan pula beberapa petunjuk berkenaan pengurusan isu melalui kaedah proaktif. Walau apapun, silalah gerakkan sahabat kita yang berhampiran agar ‘berfikrah’ seperti kita. Fikrah yang segar untuk bertindak segera dalam kelesuan umat Islam yang lain. Dalam keadaan roda Islam berada di bawah, kita adalah antara penonjol yang bermanfaat. Bukankah itu ciri-ciri khaira ummah? Selamat mengurus plan tindakan anda.

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: