Plan Tindakan kita untuk bersedia mendepani isu umat

9 07 2008

Plan Tindakan kita untuk bersedia mendepani isu umat

Muhammad Nuruddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah

Sikap proaktif adalah sikap yang yang amat penting ada dalam diri umat Islam terutama para cendiakawan, pendakwah, aktivis Islam mahupun mahasiswa yang berkesedaran.

 

Sikap bersedia mendepani sebarang cabaran dan ujian daripada Allah SWT adalah sikap yang akan menyebabkan gerak balas Islam positif terhadap sebarang ancaman yang berlaku. Peranan yang ingin dibincang disini adalah peranan individu yang mudah dan efisien dilaksanakan oleh setiap individu.

 

Dalam tulisan saya yang lalu (blog laman munawwarah) saya ada menggariskan beberapa tindakan kita apabila menghadapi isu umat Islam sebagai contoh isu murtad. Apakah tindakan yang boleh dimainkan oleh setiap individu untuk membantu agama.

 

Perbezaan individu pejuang .

Firman Allah:

“ tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak berperang) yang tidak uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang berjihad dengan harta dan jiwa mereka itu (berbanding) yang duduk sahaja sebanyak satu darjat”

( An Nisa’ : 95)

 

Setiap daripada kita perlu ada sikap untuk memperjuang isu umat Islam. Bersuara dan bersuara tanpa jemu. Menulis, mengedar bahan tulisan kesedaran, berbengkel, berusrah, berprogram demi membina rangkaian individu sedar secara kolektif yang progresif membela Islam sec ara konsisten (istiqamah dan istimrar).

 

Jihad ‘rukhsah’.

Dalam suasana Malaysia kini, jihad secara ‘azimah iaitu melalui senjata dan bom mungkin belum  berada pada tahap perlu. Akan tetapi jihad di sini boleh lah dikatakan ‘rukhsah’ atau excuse kepada kita untuk memilih jalan damai, aman tetapi berperinsip dan aktif.

 

Kita disarankan berdiskusi, mengeluarkan kenyataan media atau berhujah untuk membela Islam dari semasa ke semasa agar golongan yang prejudis dengan Islam akan memahami isi Islam secara adil dan tepat.

 

Lihat sahaja allah membezakan golongan berjihad ini dengan golongan yang hanya bekerja mengisi perut masing-masing. Yang hanya mengambil kira diri sendiri semata-mata. Jika bercakap hanya kuat di kedai kopi, di tempat kerja atau di tepi jalan tanpa ada suatu usaha yang munazzamah (tersusun) yang rapi dan profesional untuk berjuang ke akar umbi.

 

Lihat sahaja firman Allah ini:

“ dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat kamu menggetarkan musuh Allah, musuh kamu dan orang-orang selain  mereka yang kamu tidak ketahui sedang allah mengetahuinya”.

( Al Anfal : 60)

 

Persediaan bil quwwah dalam ayat ini dikaitkan dengan persediaan kelengkapan perang ‘azimah yang jelas. Akan tetapi dalam konteks kita di negara ini, persediaan adalah dari segi persiapan ilmu , disiplin berjuang dan kemahuan yang kuat dan ini memrluka latihan yang berterusan.

 

Antara tindakan proaktif umat Islam sekiranya keadaan biasa tanpa adanya isu yang mengancam Islam adalah;

  1. Bersedia melalui membina pangkalan data peribadi yang lengkap. Ia ibarat menyedia peluru-peluru dan bom sebelum berperang. Data dan fakta adalah unpama peluru yang peluru untuk membela Islam. Jika anda memiliki laptop, buatlah beberapa folder khas untuk mengkaji isu umat Islam dan bahagikan setiap isu secara berasingan. Sebarang bahan internet yang di dapati melalui miling list, email, YM  mahupun yang anda perolehi daripada kompoter rakan segera disimpan rapi.
  2. Sertai yahoogroups yang pelbagai dan cuba menyumbang ide anda di situ. Anda juga akan menerima banyak email ilmiah melaluinya.
  3. Dapatkan pelbagai blog, laman web tertentu yaang sentiasa memaparkan isu Islam terkini dan simpan sebagai ‘bookmark’ daam PC anda.
  4. Jika tidak memiliki komputer atau laptop, buat beberapa fail manual untuk mengumpul artikel bercetak.
  5. Jadikan tabiat news monitaring(pemantauan isu akhbar) sebagai tabiat yang baik. Paling berkesan jika memiliki buku skrap mengikut topik yang ingin dikaji. Simpan dan jangan sesekali merasakan isu yang disimpan tidak relevan. Dalam hal ini disiplin adalah suatu yang amat penting sekali. Disiplin dalam jihad sebenar seperti kawad dan ketepatan masa boleh diaplikasi dalam hal kita mendisiplinkan diri mengikuti isu semasa.
  6. Anda boleh juga menghubungkan telefon bimbit anda dengan berita luar negara atau tempatan yang bermanfaat. Ia umpama penggera diri anda untuk mengikuti isu tersebut secara lebih mendalam.
  7. Jika anda pergi ke masjid atau ke majlis ilmu, sila kumpul risalah ilmiah yang anda jumpai. Jadikan juga langganan majalah ilmiah atau akhbar tettentu sebagai sumber berterusan anda mendapat maklumat.

 

Inilah antara serba sedikit persediaan bil quwwah (kekuatan untuk perang) yang anda mampu praktikkan. Perlu juga disediakan beberapa persediaan asasi untuk menguatkan diri anda berdakwah dan melancarkan isu Islam. Antaranya;

  1. Perbaiki bahasa Inggeris anda hingga mampu meneliti bahan bacaan bahasa Inggeris. Artikel liberal dan prejudis terhadap Islam banyak dimuatkan dalam akhbar bahasa Inggeris. Jika kita tidak mampu membaca kita akan melangut dicelahan keributan serangan terhadap Islam.
  2. Cuba pelajari asas bahasa arab kerana bahasa ini bahasa umat Islam dan bahasa Al Quran sumber utama kita. Tanpa mempelajari langsung bahasa ini akan menenggelamkan kita daripada mencapai hajat sebagai jurubicara Islam.
  3. Perbaiki PR (public relation) anda dengan masyarakat. Eratkan hubungan. Hadirilah ke majlis di peringkat kampung, mukim atau bandar anda. Bina pengaruh di tempat kerja dan keluarga sendiri juga.
  4. Jadikan tabiat ke majlis kuliah agama, kuliah kitab-kitab dan bengkel-bengkel isu sebagai kelaziman hidup harian anda.

 

Apabila telah cukup kesemua persediaan di atas cuba-cubakan diri menjadi mujahidin dengan bercakap isu Islam di mana sahaj anda berada. Teknik dan taktik yang boleh  dilaksanakan boleh divariasikan mengikut kemampuan masa dan peribadi anda. Yang penting bela Islam!

 

http://munawwarah.blogdrive.com

https://skuad.wordpress.com

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: