Risalah Aura Islam Julai 2008

30 07 2008

Kepada pejuang Islam sekalian. Risalah AURA.ISLAM keluaran Julai 2008 telah terbit. Diharapkan antum dapat memuat turun melalui link di bawah. Bekerja dmei agama.

 

Klik: http://uploadmb.com/dw.php?id=1217352381&/Risalah SPAQ 2 Julai.pdf

 

Atau HTML code : <A HREF=’http://uploadmb.com/dw.php?id=1217352381′>Risalah SPAQ 2 Julai.pdf</A>

 

Atau : [URL=http://uploadmb.com/dw.php?id=1217352381]Risalah SPAQ 2 Julai.pdf[/URL]

 

Advertisements




5 Ancaman Aqidah Melayu Islam

29 07 2008

 

Aqidah membawa erti pegangan atau kepercayaan. Secara umumnya, kepercayaan ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu aqidah yang benar dan aqidah yang salah. Segala bentuk perbuatan yang dilakukan dengan aqidah yang benar akan menjadi ibadah dan diterima Allah s.w.t. sedangkan amalan dengan aqidah yang salah bakal mengundang keburukan dan kecelakaan. Justeru itu, perkara berkaitan dengan aqidah tidak boleh dianggap suatu persoalan main-main atau boleh dipandang remeh sahaja. Antara ancaman-ancaman aqidah Melayu Islam yang berlegar di Malaysia sekarang ialah :

 

     1.   ajaran meragukan 

Penyelewengan terhadap aqidah Islam bukan sekadar berlaku dalam ajaran yang merangkumi amalan agama Islam sahaja tetapi turut melibatkan ilmu seperti perdukunan Melayu, adat-adat Melayu, amalan persilatan, perayaan tradisi, sesetengah budaya/kesenian Melayu dan amalan hidup seharian. Ajaran Ayah Pin dengan Kerajaan Langitnya dan Haji Kahar Ahmad yang mengangkat dirinya sebagai Rasul di kalangan orang Melayu adalah beberapa contoh kesesatan yang nyata dapat dilihat kepincangan aqidahnya. Terlalu taksub pada pemimpin sesuatu ajaran seperti yang berlaku di dalam Al-Arqam juga boleh mencemarkan kesucian Islam dan mengubah prinsip-prinsip asas dalam aqidah Islam. Berapa ramai pula yang memuja tempat yang dianggap keramat atau percaya dengan ilmu kebal, sihir dan ilmu hitam yang lain? Semua bentuk ajaran ini boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.

 

     2.   masyarakat tak bertuhan

 

Manusia secara fitrahnya mempunyai rasa ingin bertuhan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir golongan yang mengaku bertuhan tetapi pada masa yang sama pegangan atau pembawaan mereka mencerminkan kehidupan yang seolah-olah tidak bertuhan. Misalnya, seorang yang berilmu atau mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu tidak menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk kebaikan masyarakat sekeliling. Alasan yang diberi ialah tiada keuntungan yang mereka perolehi jika berbuat demikian. Amatlah sempit pemikiran sebegini, melihat hanya pada keuntungan dunia yang bersifat jangka pendek! Manusia yang bertuhan tidak akan putus asa untuk ‘memberi; kerana yakin sekecil manapun usaha yang dilakukan pasti dinilai oleh Yang Maha Adil. Manusia yang tidak percaya akan tuhan atau bersikap tak bertuhan akan mula hilang sikap kepedulian sosial dan cakna kepada kesusahan orang lain kerana berfikiran ianya tidak membawa keuntungan (profit). Akibatnya manusia yang pentingkan diri sendiri (individualism) serta fanatik dengan diri akan wujud malah lebih teruk lagi ia membawa kepada pertumbuhan sikap rasis yang melampau! Ia juga memecah perpaduan antara rakyat serta mengakibatkan rakyat merasa tidak selesa dengan undang-undang Islam seperti yang berlaku hari ini apabila ada yang mula mempertikai mahkamah syariah.

Bandingkan pula jenayah yang berlaku pada zaman dahulu berbanding zaman sekarang. Penjenayah ‘3 in 1’ berleluasa! Dahulu seorang penjenayah dihukum kerana satu kesalahan (misalnya menculik) yang mereka lakukan Kini, seorang penjenayah dihukum kerana 3 kesalahan (misalnya kes menculik, merogol, membunuh). Manusia semakin zalim akibat tidak mengenal Tuhan dan agama mereka sendiri!

 

     3.   islam liberal

 

Golongan Islam Liberal membawa fahaman hanya akal(rasionalisme) yang perlu digunakan dalam memahami agama mengikut keadaan zaman yang berlaku sekarang. Bagi mereka,  tafsiran yang dibuat oleh ulama-ulama masa kini dan masa silam tidak boleh digunakan dalam memahami isi kandungan al-Quran mahupun hadis dan semua tafsiran tersebut ditolak mentah-mentah. Antara NGO yang kuat menyokong liberalisme di Malaysia ialah Sisters In Islam(SIS) dan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia). SIS misalnya secara terang-terangan menyebarkan pemikiran feminisme yang turut sama dikaitkan dengan undang-undang keluarga Islam yang dianggap tidak adil dan pro kepada satu jantina sahaja. Selain penggunaan akal yang rasional, pengikut Islam Liberal juga amat mementingkan konsep hak asasi manusia yang sebenarnya diasaskan oleh Barat. Antara kebebasan yang dituntut ialah kebebasan dalam beragama, kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan individu dan sebagainya. Perlu diingatkan di sini bahawa kebebasan yang dituntut oleh golongan ini adalah tanpa adanya batas-batas agama ataupun hanya berdasarkan pemahaman agama yang sempit menggunakan logik akal.

 

     4.   pluralisme agama

 

Islam Liberal turut membawa bersama kefahaman baru dalam agama iaitu pluralisme agama. Fahaman ini memandang semua agama pada dasarnya sama dan tidak ada satu pun agama yang berhak menyatakan agamanya adalah satu-satunya agama yang benar. Apabila fahaman pluralisme mula meresap dalam ruang rongga masyarakat Islam, Islam tidak lagi dirasakan berbeza dari agama yang lain dan lanjutan dari fahaman ini, terjadinya syirik kerana menyamakan Allah s.w.t. dengan Tuhan agama-agama lain. Di Indonesia, telah wujud sebuah organisasi yang misi utamanya adalah menumbuhkan fahaman pluralisme dalam masyarakat Indonesia. Organisasi yang dinamakan ICRP(Indonesian Conference on Religion and Peace) ini telah dirasmikan pada 2000 oleh Presiden Indonesia ketika itu, Abdurrahman Wahid dan ahlinya terdiri daripada wakil-wakil agama seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Khonghucu, Baha’I dan Kepercayaan Sunda. Di Malaysia, cadangan mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama atau Inter-faith Council (IFC) yang sama seperti ICRP telah disuarakan oleh sebuah badan bukan Islam  iaitu Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia (MCCBCHS). Antara tujuan IFC ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah suruhanjaya yang berkuasa penuh menerima dan melayan segala jenis aduan berkaitan agama dari segenap lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira agama yang dianuti serta mengubah ajaran mana-mana agama (terutama sekali agama Islam) apabila terdapat desakan daripada penganut agama-agama lain. Sebagai Muslim, kita patut sedar bahawa IFC hanya akan membahayakan masa depan Islam dan umatnya dan sokongan terhadap IFC adalah tidak perlu sama sekali.

 

     5.   bertuhankan dunia

 

Fahaman-fahaman seperti hedonisme dan materialisme yang menjadikan keseronokan dan kebendaan  sebagai matlamat hidup kian menyuntik barah dalam kalangan umat Melayu Islam kini. Longgokan sumber-sumber hiburan yang mudah diperoleh dengan kegagalan media untuk menjadi medium untuk menyampaikan keadilan, kemanusiaan serta keimanan kepada masyarakat tambah memburukkan lagi keadaan. Lihat sahaja kajian Mastika ke atas jumlah penonton yang menghadiri Akademi al-Quran berbanding Konsert Gang-Starz LG. Golongan Melayu Islam yang muda rata-ratanya memilih untuk menghayati keseronokan yang bersifat sementara daripada menghayati ayat-ayat cinta dari Allah s.w.t. yang kekal selamanya. Ideologi materialisme pula telah menghancurkan nilai-nilai rohani/spiritual serta menjauhkan manusia daripada pegangan agama. Sebilangan besar golongan ini tetap mengakui kewujudan Tuhan tetapi fahaman materialisme mereka menyebabkan keutamaan mereka beralih kepada alam kebendaan.

 

 

Islam tidak lagi dilihat secara menyeluruh kerana bidang keagamaan dan ketuhanan dipisahkan dari bidang kehidupan yang lain. Selain sistem pendidikan sekolah yang bersifat sekular dan didikan keluarga yang kurang lengkap dari aspek keagamaan, keadaaan persekitaran juga telah mencorak sedikit demi sedikit pemikiran Melayu Islam kini. Secara tidak langsung, pengamalan kepercayaan aqidah tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan. Bagi mendepani masalah aqidah Melayu Islam ini, beberapa tindakan susulan perlu dilakukan. Antaranya ialah menyebarkanluaskan pengetahuan berkenaan punca dan kesan akibat kerosakan aqidah, peka dengan isu-isu terkini umat Islam terutamanya bila melibatkan hal aqidah Islam serta bertindak/riflek secara serius terhadap permasalahan tersebut. Pesanan buat diri sendiri dan umat Islam seluruhnya, bangunlah dari tidur, buka mata dan lihat dengan mata hati keadaan masyarakat di sekeliling anda. Rasakan keruntuhan aqidah yang semakin memberat dalam masyarakat Melayu Islam kini dan bertindaklah!

 

 

Wardah bt Abdul Rahman

Unit Media SPAQ

 





Bengkel Latihan Dalam Kumpulan SPAQ

20 07 2008

Tahniah diucapkan kepada peserta Bengkel Ancaman Aqidah Melayu anjuran SPAQ hari ini. Seramai 56 peserta telah hadir di Dewan Muzakarah USM dan menyatakan tekad akan bersedia mempertahankan Aqidah Islam di tempat masing-masing. Ustaz Hafiz Nordin dengan gaya bertenaga dan berfakta membawa isu liberalisasi agama sebagai kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang yang membawa satu bas peserta ke bengkel ini. Semoga ia berjaya melahirkan petugas-petugas Islam yang bijak dan progresif.

Bengkel Latihan Dalam Kumpulan SPAQ

Rabu ( 23 Julai 2008 )

9 Malam

Bangunan KAFA USM

Peserta Bengkal Ancaman Aqidah Melayu disarankan hadir untuk berlatih dalam kumpulan cara untuk reaktif (respon) dengan isu umat Islam. LDK ini penting agar semangat dan petua-petua penting Ustaz Hafiz dapat diperhalusi.

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)





17 07 2008

Islam Bukan Agama Keganasan : Dalai Lama

 

Pulau Pinang -SPAQ mengalu-alukan kenyataan Dalai Lama di Pennyslvania yang menyatakan pendiriannya berkaitan label negatif dunia terhadap Islam.

 

“It’s totally wrong, unfair to call Islam a violent religion”

Kenyataan beliau dipetik daripada NST 15 Julai 2008.

 

Beliau yang merupakan Ketua Kerohanian Tibet berkata secara sinis agar bertanya terus dengan Amerika mengapa mereka begitu tertekan dengan umat Islam sedunia.

 

Kenyataan yang harmoni dan adil sebegini perlu dialu-alukan oleh kita semua. Tiada sebab pertelagahan antara agama berlaku jika sikap toleransi terhadap agama diamalkan. Sikap prejudis terhadap Islam adalah lakonan dan doktrin utama Amerika selepas drama tragedi 11  September

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1

Skuad Penyelamat Aqidah

 





Salah Faham dalam erti ‘perintah’ dengan ‘paksaan’ dalam Islam

17 07 2008

Salah Faham dalam erti ‘perintah’ dengan ‘paksaan’ dalam Islam

 

Syabas dan terima kasih SPAQ ucapkan buat pembaca, Anae yang menjawab semula tulisan pembaca sebelumnya berkenaan salah faham konsep dalam Islam (rujuk The Star, 13 Julai 2008).

 

Isu yang dibangkitkan dalam suratnya adalah berkaitan dengan saranan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadikan solat Jumaat sebagai kriteria mandatori yang perlu untuk setiap Muslim yang bekerja dengan kerajan Kelantan. Ulas beliau, setiap Muslim yang sedang mencari pekerjaan atau sedang bekerja dengan kerajaan Kelantan perlu menunaikan solat Jumaat tanpa gagal dan syarat ini diutamakan setaraf dengan kelayakan bekerja yang lain iaitu lulus Bahasa Melayu ketika SPM.

 

Saranan Menteri Besar Kelantan tersebut mendapat respon daripada seorang pembaca Muslim, M.B.A. dari Ipoh. Walau bagaimanapun, komentar yang ditulis hanya menunjukkan ketidakfahamannya dan mampu mengelirukan pembaca. Beliau menggunakan hujah bahawa tiada paksaan dalam Islam. sedangkan jika kita telah beragama Islam sewajarnya kita wajib mengikut perintah solat Islam. Sebagai contoh memakai pakaian seragam Tesco tidak wajib kepada kita semua. tetapi ia menjadi wajib kepada seseorang yang ingin bekerja di Tesco.  Begitu juga dengan Islam. Solat Jumaat adalah wajib kepada orang Islam sahaja seperti M.B.A.

 

Tindakan yang diambil oleh Anae sebenarnya amat bermakna dalam memulihkan semula pemahaman pembaca yang mungkin terkesan dengan komentar M.B.A. berkenaan kebebasan dalam beragama dan mengamalkan ajaran Islam.

 

Syabas sekali lagi kepada Anae dan moga langkah yang ditunjukkan ini memberi kesan positif kepada pembaca supaya lebih sensitif terhadap isu-isu yang melibatkan aqidah Islam.

 

 

 

Wardah Abd Rahman

Unit Media SPAQ

  





Bengkel Persediaan Pendakwah Muda

14 07 2008

Bengkel Persediaan Pendakwah Muda

 

Skop: Persiapan menghadapi isu umat Islam

 

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1 SPAQ

 

Tarikh : 16 Julai 2008 (Rabu)

 Tempat: KAFA USM

Masa : 9 malam (nota disediakan RM 1)

 

Sila bawa pendrive kepada sesiapa yang ingin memiliki matan tulisan rumi Kitab Aqidah Tohawiyyah (Aqidah).

Bengkel Ilmiyyah 2 : Masalah Aqidah

Melayu Malaysia;peranan Mahasiswa menanganinya

 

Oleh: Ustaz Hafiz Nordin ( Persatuan Ulama’ Pulau Pinang)

 

Tarikh: 20 Julai 2008 (Ahad)

Masa: 2.15 petang hingga 5 petang

Tempat : Dewan Muzakarah,USM

Yuran : RM 3 sahaja (terbuka)

 

Kertas kerja disediakan

Sila daftar (program ahad ini)  atau berikan nama anda/rakan anda kepada

:012-5296690 (wardah)

powered by

Skuad Penyelamat Aqidah

dan Angkatan Bertindak Benteras Islam Liberal

 

 

 

 

 

 

 





Plan Tindakan Terhadap ISU ISLAM

11 07 2008

Kepentingan Plan Tindakan bagi merealisasikan amal bagi setiap manusia.

Selalu kita mendengar kalimah ‘sembang kemas’, cakap kosong atau retorik bagi sesiapa yang hanya tahu bercakap tanpa ada apa-apa langsung tindakan. Selalu juga mendengar syair arab yang menyatakan bahawa ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok tanpa berbuah. Buah itulah manfaat atau kebaikan yang ingin dinikmati oleh kita semua. Pada saya kesemua ini adalah suatu petanda baik bahawa manusia secara hakikinya suka akan praktikal bagi setiap teori atau konsep yang diketahui. Perbezaan Islam dengan ahli filosof Yunani ialah keilmuan yang dicatur oleh Islam adalah keilmuan yang praktis dan beragenda muslih serta mengenepikan kebejatan atau pertembungan sosial.

Marilah kita melihat sedikit sorotan bagaimana manusia kini kelihatannya sukakan teori lebih daripada praktikal. Di mana-mana sahaja kita melihat kelesuan sesuatu pergerakan adalah apabila pergerakan itu sebenarnya tidak ‘bergerak’. Penggeraknya sendiri tidak ‘bergerak’, jadi bagaimana pula ‘gerakan’ ingin ‘bergerak’? Bagaimana cara untuk menggerakkan gerakan?. Kesemua persoalan ini selesai sekiranya tanggungjawab sosial dan amal Islami itu jelas dilihat dari segi yang mencapah dan luas dalam ertikata mengalirkan teori idealistik kepada keadaan yang praktis dan normal dengan keadaan sebenar. Di sinilah pentingnya penggerak yang ‘bergerak’.

Seringkali penggerak yang berada dalam gerakan tidak mampu bergerak lantaran ada karat-karat yang terjadi pada engkol utama enjin gerakan. Engkol ini adalah ‘penguasa’ gerakan. ‘Penguasa’ yang tidak bijak ini seringkali mematikan semangat dan idealisme penggerak agar memacu gerakan secara akomondatif tetapi berprinsip. Mematikan mereka melalui pengawalan bahan bacaan penggerak secara melulu, tidak dibenarkan untuk berwacana atau berdiskusi kerana dikatakan tidak taat kepada ‘penguasa’, tidak dibenarkan untuk ke seminar tertentu, tidak dibuka ruang untuk terjadinya interaksi diantara komponen gerakan sehingga mematikan akal dan minda si penggerak. Saya tidak pula bermaksud wacana dibuka seluasnya sehingga menggadai perinsip, tetapi wacana adalah perlu memandangkan penggerak terdiri daripada kilang-kilang komponen daripada negara yang berlainan. Berlainan pemikiran dan latar belakangnya. Berlainan sosio budaya dan mentalitinya. Pastinya kelainan ini adalah ‘hadiah’ daripada Allah sendiri untuk dimanfaatkan dan bukannya untuk di homogenkan tanpa mengira latar belakang mereka.

Krisis amal juga berlaku apabila individu tidak tahu ruang untuk mereka bertindak. Sebagai contoh apabila mendepani isu tuduhan terhadap Rasulullah, apakah tindakan individu muslim yang mengaku berada dalam gerakan Islam? Adakah sekadar menganjurkan program Islamik rasmi yang kurang signifikan dengan masyarakat kini yang teracun dengan realiti mania di kaca-kaca TV. Adakah sekadar menanti ‘penguasa’ gerakan berijtihad baru adanya tindakan membela Rasulullah? Soalan saya pada penggerak-penggerak yang membaca tulisan ini;

  • Berapa banyak bahan bacaan yang dicari semata-mata untuk mencari hujah mempertahankan Rasulullah?
  • Dimanakah platform anda berhujah untuk pertahankan Rasulullah?
  • Berapa banyak wang anda habis sepanjang proses mempertahankan isu penghinaan Rasulullah?
  • Berapa banyak rintangan daripada tangan-tangan cabul yang ingin menggagalkan misi anda?
  • Berapa orangkah yang anda cari untuk kabelkan mereka demi membantu anda menyebarkan isu pembelaan Rasulullah?

Soalan ini akan jelas bagi sesiapa yang ada tindakan fardi (individu) membela Nabi. Isu diatas hanya sebagai contoh.

Mari kita teliti satu kajian kes. Dalam suasana Islam dihina oleh pelbagai pihak sehingga mampu memobilasi sebilangan besar NGO dan profesional Islam untuk turut serta mencabar Islam, kita sebagai individu perlu ada kesedaran khas. Di sini saya sertakan sedikit tips untuk kita ketahui bagaimana bergerak apabila adanya isu. (Gerakan Defensif)

1) Cari bahan bacaan khas untuk mengetahui tentang isu Islam terkini. Sebagai contoh akhbar, majalah atau makalah yang ringan.

2) Mencari forum, ceramah atau ‘talk’ berkenaan isu itu di sekitar kita. (korbankan wang anda).

3) Cuba untuk menghasilkan pamplet atau booklet ringkas berkenaan isu itu. Jika tidak mampu, cuba lawati beberapa laman web Islam yang menyediakan bahan berkaitan, print, photostat.

4) Sebarkan sebanyak mungkin bahan-bahan tadi di stesyen bas, kedai makan, kantin, tempat kerja, surau dan masjid dan boleh juga diupah budak sekolah untuk menyebar di riumah-rumah pangsa. Ini usaha murni.

5) Latih beberapa individu lain, naikkan semangat juang mereka, fahamkan isu Islam kepada mereka, dan mintalah mereka turut bekorban bersama anda.

6) Sertai demostrasi, petisyen atau tunjuk perasaan untuk menyatakan keimanan anda. (bagi isu kritikal)

7) Cari tempat platform rasmi untuk bersyarah. Sebagai contoh di surau tempat kerja, guru boleh praktikkan di kelasnya, mahasiswa cuba cari ruang berceramah di surau-surau.

8) Cari beberapa individu sehari untuk bercakap isu Islam itu seminggu. Adakan check list.

9) Sebarkan maklumat melalui miling list, email peribadi.

10) Hasilkan blog segera (ad hoc blog) untuk paparkan bahan berkaitan. Usaha anda, Allah pa

ndang.

11)

Sebarkan maklumat juga melalui SMS atau surat . Korbankan 1/3 kredit phone anda untuk tujuan dakwah ringkas ini.

12) Hasilkan pelekat, t shirt atau lencana butang untuk tujuan syiar. Ramai yang tidak lakukan usaha ini dan hanya mengharapkan pertubuhan rasmi sahaja. Usaha ini semua orang boleh la

ksanakan.

Saya amat meminati bidang penulisan. Semasa di matrikulasi, saya meneliti buku Jundullah Saqafatan Wa Aqlaqan Jilid ke-4. Dalam buku ini, Said Hawwa’ menjelaskan bahawa jihad dengan lisan merupakan suatu jihad yang juga boleh dilaksanakan melalui penulisan, poster atau makalah di dalam email. Sejak itu saya mula mempelajari bidang komputer daripada permulaan sehingga mampu mengurus blog. Terus menulis melalui e-groups, email, blog atau membuat kertas-kertas kerja ringkas. Bagi saya penulisan adalah suatu faktor atau menjadi ko-faktor kepada pembangunan minda penggerak Islam. Gesaan yang serius saya lakukan kepada sesiapa sahaja agar banyak dan gemar membaca. Membaca dan menulis adalah suatu sinergi kekuatan jihad ‘bil lisan’. Adakah anda tidak ingin sertai langkah ini? Tidak perlu ilmu sastera yang menggunung. Tidak perlu kemantapan bahasa Arab atau Inggeris yang melangit. Sekadar semangat dan keikhlasan. Anda mampu berbuat sesuatu dengan izin Allah.

Marilah kita membuat plan tindakan peribadi apabila sahaja kita menemui sesuatu isu umat Islam. Dalam tulisan yang akan datang saya akan berikan pula beberapa petunjuk berkenaan pengurusan isu melalui kaedah proaktif. Walau apapun, silalah gerakkan sahabat kita yang berhampiran agar ‘berfikrah’ seperti kita. Fikrah yang segar untuk bertindak segera dalam kelesuan umat Islam yang lain. Dalam keadaan roda Islam berada di bawah, kita adalah antara penonjol yang bermanfaat. Bukankah itu ciri-ciri khaira ummah? Selamat mengurus plan tindakan anda.

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006