Golongan Feminisme perlu matang bercakap isu ‘lipstik’

30 06 2008

Masih banyak tugasan dan tanggungjawab umat Islam dalam memahamkan golongan bukan Islam yang masih tidak jelas isi pati kandungan syariah Islam serta hikmahnya. Lantaran itu masih berkumandang idea-idea heterogenous, tidak harmonis dan gusar dengan sistem Islam apatahlagi pasca kemenangan banyak negeri oleh Pakatan Rakyat. Golongan liberalisme melayu yang sememangnya anti Islam serta anti politik Islam juga sibuk kini bekerjasama dengan mana-mana bangsa dan agama yang ingin mempertikai kandungan Islam.

Sikap yang terkini adalah sikap pejuang hak wanita(emansipasi wanita) yang kini amat kurang senang dengan Majlis Perbandaran Kota Baru Kelantan yang giat berkempen kod etika berpakaian secara slam di Kelantan.

Seruan MPKB agar menghindarkan penggunaan lipstik tebal dan kasut bertumit tinggi ( bertujuan memperagakan gaya berjalan dan fesyen) dianggap mengongkong kehendak wanita. Persoalannya benarkah ia hak wanita? Benarkah fitrah wanita wajib bertumit tinggi sehingga dianggap sebagai ‘outranged’ oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti dan Sister In Islam serta yang seangkatan dengan mereka apabila ada seruan agar ‘menghindarkan’ penggunaannya?

Bagai penulis, ia lebih kepada menonjolkan sifat kebudak-budakan. Kanak-kanak akan memberontak dan merajuk tanpa alasan apabila menerima arahan atau perintah daripada ibu dan bapa sekiranya tidak mereka fahami arahan berkenaan. Sebagai contoh ibu bapa yang merotan anak yang pulang lewat. Bagi mereka, mereka tidak bersalah.

Lihat kenyataan mereka dibawah;

“ Lagi dan lagi dan lagi, mereka mendendangkan lagu lama yang sama. Adalah menyedihkan apabila mereka masih bercakap kepada wanita apa yang sewajarnya mereka pakai” ( Kata Dr Ng Yen Yen dalam The Star 25 Jun 2008)

“Mengapakah wanita selalu menjadi mangsa polisi moral? Bahkan wanita bertudung memakaia lipsik. Adakah mereka tidak bermoral?” ( kata Norhayati Pakrawi, Pengurus Program Sister In Islam dalam The Star 25 Jun 2008) katanya lagi mengapakah tidak hanya kerajaan Kelantan menumpukan isu kebersihan dan membasmi kemiskinan”

“ bagaimana mereka ingin menjelaskan keadaan dimana golongan kanak-kanak dan nenek tua dirogol sama. Mereka tidak berlipstik dan mengapakah mereka boleh dilibatkan? “ ( Kata Maria Chin dalam The Star 25 Jun 2008)

Apakah tindakan golongan Islam yang faham untuk memahamkan sikap kebudak-budakan mereka dalam memahami saranan kerajaan Kelantan ini? Bukankah pihak MPKB telah menjelaska bahawa tiada tindakan undang-undang diambil bahkan ia hanya suatu SARANAN dan bertujuan dakwah kepada golongan muslim agar menghayati saranan semangat perintah Islam. Terlalu ramai masyarakat awam yang hanya mensinonimkan aurat dengan baju kurung dan tudung semata-mata dengan mengabaikan aspek lain seperti lipstik dan kasut bertumit tinggi.

Adapun hal wanita tua dan kanak-kanak yang menjadi magsa bukanlah disebabkan kesalahan mereka tetapi adalah akibat suasana dedah aurat dan tarikan wanita lain yang bergaya berlebihan sehingga membina suatu masyarakat yang ‘immoral’. Katakan kepada mereka samalah seperti isu banjir. Banjir berlaku disebabkan oleh segelintir masyarakat yang membuang sampah di dalam longkang dan sungai. Bukankah banjir menimpa seluruh negeri dan bukan kepada si pembuang sampah? Inilah penjelasan mudah bagi golongan liberal-genderis seperti Sister In Islam yang bersikap kebudak-budakan.

Islam bukan sekadar mengajar solat dan ibadah khusus tetapi juga membentuk masyarakat. Lihat sahaja di Kelantan yang boleh dikatakan kurang membangun, terdapat sebegitu banyak musolla (surau) dan tandas awam percuma (kalau ada bayaran hanya berbentuk sedekah di dalam tabung dan tabung tersebut tidak dicuri di Kelantan). Juga banyak papan tanda yang menonjolkan doa Menteri Besar agar rakyatnya selamat dan sejahtera tanpa syirik dan penyelewengan. Adakah ini berlaku di negeri kurang membangun lain? Perjalanan dari Grik ke Jeli terasa mudah dengan banyaknya musolla yang boleh dijadikan kawasan rehat.

Pihak MPKB hanya menyarankan bukannya mengongkong. Saranan adalah untuk membina masyarakat yang tidak terlalu menadang kecantikan luaran semata-mata. Bikankah wanita juga tidak suka lelaki yang hanya memandang luaran? Walaupun kod etika itu dikeluarkan, memang masih terdapat wanita kelantan yang tidak bertudung sekalipun tetapi ianya minoroti dan ia menunjukkan kerajaan Kelantan tidak memaksa tetapi berdakwah. Pihak SIS dan Menteri Wanita yang ingin menayang rambut dan berkasut tinggi semeter tidak akan dihalang di Kelantan tetapi akan dinasihati.

Penulis berasa terkilan dengaan surat pembaca lain yang juga dimuatkan dalam The Star yang menggunakan hujah ‘red herring’ dimana kesalahan rogol dibalikkan kepada lelaki. Ingat, MPKB bukan ingin bermain isu jantina atau manipulasi wanita. Kerajaan Kelantan mengharamkan manipulasi wanita lantaran itu diwajibkan iklan bertudung dan dipakaikan pakaian sopan. Ada pembaca yang berkata lelaki di Kelantan yang diajar untuk mengawal nafsu melalui teknik dihalang melihat wanita berlipstik dan bertumit tinggi diharapkan agar tidak keluar daripada Kelantan kerana mereka akan bersikap agresif apabila melihat wanita negeri lain yang berlipstik. Cukup rendah minda sebegini!

Bagi mereka lelaki ramai yang telah sakit mental. Mengapa pula wanita menjadi mangsa untuk mengubati penyakit lelaki? Jawapannya mudah. Mengapa perlu dibuang air bertakung untuk mengelak denggi sedangkan Aedes yang bersalah kerana menyerang manusia. Sepatutnya mansia tidak pelru berbuat apa-apa. Malahan Nyamuklah yang pelu dihukum dan dihindar daripada menyerang manusia. Kesimpulannya manusia jangan berbuat apa-apa. Logikkah saranan sebegini. Kita yang menjadi mangsa kita juga yang perlu bertindak mengelak diri dari menjadi mangsa. Samalah juga dengan isu ini. Wanita menjadi mangsa, wanita juga perlu ada tanggungjawab untuk mengawal keadaan dan suasana disamping menghukum si perogol. Inilah keseimbangan sosial. Tidak ada isu tertindas atau hak asasi dicabul di sini.

Kerja pendakwah dan petugas gerakan Islam terlalu banyak. Usaha adalah dengan mendalami sistem Islam dahulu kemudian giat menyebar fikrah melalui usaha formal mahupun tidak formal (dakwah fardiy). Penulisan perlu dipergiatkan dan diperluaskan. Umat Islam yang faham perlu rajin ‘bercakap’ dan bercakap. Agenda ingin liberalkan umat Islam, anti perlaksanaan suasana Islam serta dianggap pula ortodoks atau konservetif perlu disekat secara berperingkat dan menyeluruh.

Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: