Isu dana untuk agama; Guan Eng perlu teliti

24 06 2008

 

Fair funding for all religions, begitulah tajuk kecil rencana The Star yang memuatkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam 22 Jun 2008. Kenyataan  beliau antara lain menyatakan akan memberi dana dan bantuan yang adil kepada semua agama major di Pulau Pinang seperti Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

“ All religions are equal, according to Buddist teaching” kata beliau. Beliau menyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama rasmi manakala agama lain adalah bebas dilaksanakan aktivitinya. SPAQ melihat kenyataan beliau adalah umum dan memberi intepretasi yang pelbagai serta terarah kepada ancaman kepada institusi syariah jika umat Islam tidak menyedari.

 

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam berdasarkan  Perkara 11 (4).

 

Apakah maksud bantuan adil kepada semua agama major? Jika adil kenapa tidak diberi juga kepada agama yang minor seperti kepercayaan orang asli, Shinto dan sebagainya. Bukankah kenyataan ini boleh dimanipulasikan oleh musuh politk beliau sebagai ketidakadilkan Pulau Pinang kepada semua agama. Lantaran itu Ketua Menteri Pulau Pinang perlu sedar bahawa  Islam memiliki hak yang lebih dari segi dana kerana ada peruntukan yang dibenarkan melalui agensi dan badan kerajaan berbanding agama lain. Rasminya Islam bukan sekadar nama.

 

Sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Nakhoda Kassim dan abangnya di sekitar kawasan Tanjung Penaga ( George Town) dan Batu Uban, Islam adalah agama yang dominan di Pulau Pinang sehinggalah kedatangan Francis Light membawa perubahan bukan sekadar ekonomi tetapi juga kepada kekuatan Islam itu sendiri.

 

Francis Light yang merupakan anggota Freemanson telah meninggalkan benih yang kukuh melalui adanya Kelab Rotary dan Lion Club yang mendominasi pembangunan di Pulau Pinang. Tidak hairanlah semalam Lim Guan Eng sendiri menyaksikan Datuk Goh Eng Hoe menyampaikan Cek bernilai RM 329 000 kepada anggota Lion Club Datuk Khoo Kay Huat atas nama bantuan Freemanson sedunia.

 

Kebanyakan dana pembangunan negeri di Malaysia masih ditaja oleh syarikat judi dan freemanson. Sebagai bukti adalah kenyataan Ustazah Aisyah Exco Kerajaan Kedah apabila terpaksa menerima bantuan kewangan dana kebajikan daripada MAGNUM dan LION CLUB !

 

Secara umumnya SPAQ  menyatakan pendirian membantah sebarang cubaan untuk memanipulasikan Majlis Antara Agama yang dikenali sebagai Majlis Silaturrahim itu di Pulau Pinang. Biarlah ia menjadi satu platform untuk sesama umat agama bekerjasama dalam memakmurkan bumi Pulau Pinang dan bukannya mempertikaikan peruntukan kedudukan Islam.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: