Ancaman Islam Liberal (kertas kerja)

2 06 2008

Ancaman Islam LIberal….sejarah kembali berulang

TAJUK: ISLAM LIBERAL

Naji Fatimah

Universiti Malaya

 

1)                   PENDAHULUAN

Sekarang wujud 1 golongan orang Islam yang mendokong fahaman liberal dan cuba menerapkan fahaman tersebut ke dalam ajaran Islam. Mereka berada dalam 1 gerakan dan menamakan fahaman yang mereka dokong sebagai Islam Liberal.

 

TAKRIF

ISLAM: Satu agama yang Haq, diwahyukan oleh ALLAH taala kepada nabi Muhammad S.A.W. Merupakan agama yang utuh,mempunyai akar,dimensi, sumber dan asas-asas ajarannya sendiri

LIBERAL: Bebas, tidak terikat dengan apa-apa.

LIBERALISM: 1 fahaman/ falsafah yang tercetus dan berkembang di Barat, memiliki tanggapan, teori dan pandangan hidup yang berasaskan kebebasan.

Merupakan sebahagian daripada idea demokrasi.

 

ISLAM LIBERAL: Menggambarkan prinsip-prinsip asasnya, iaitu menekankan kebebasan individu dan kebebasan struktur sosio-politik.

Dikenali juga sebagai penafsiran semula Islam atau Islam Progresif.

Merupakan 1 ajaran yang didasarkan oleh beberapa orang Muslim yang cuba menafsirkan semula             al-Qur’an dan as-Sunnah dari sudut pandangan peribadi tanpa merujuk kepada sumber tradisional seperti mana yang diperakui oleh jumhur ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah.

 

2)                   SEJARAH ASAL-USUL

LIBERALISME BARAT

– 1 falsafah yang muncul di Eropah kerana pergolakan kelas menengah ketika menentang hak-hak istimewa dan kuasa pihak kerajaan, aristokrat dan kaum gereja.

– Tercetus pada zaman Renaissance, membawa kepada tercetusnya Revolusi Perancis 1789.

– Merupakan pengisytiharan permusuhan ke atas agama Kristian oleh penganut kristian sendiri.

– Fahaman ini mula menular ke dunia Islam sekitar akhir abad ke-16.

– Ketika itu Khilafah Uthmani lebih mementingkan kekuatan fizik dan ketenteraan, giat dalam aktiviti penaklukan.

– Kelemahan dan kemunduran taraf berfikir sangat ketara di kalangan umat Islam ketika itu.

– Sementara Barat sedang maju dengan ciptaan teknologi dan penemuan sains.

– Sebahagian dunia Islam yang terpencil dari kekhilafahan turki terpesona dengan Eropah.

– Di India, muncul fahaman liberal melalui Syah waliyullah (1703-1762) yang mengatakan Islam harus mengikut adat local sesuatu tempat sesuai dengan keperluan penduduk.

– Di Iran, muncul Muhammad Bihbihani (1790) yang membolehkan kebebasan berijtihad.

– Di Mesir, Rifah rafi at-tahtawi memasukkan unsur-unsur Barat ke dalam pendidikan Islam.

– Di Rusia, Shihabuddin Marjani (1818-1889) dan di Bukhara, Ahmad Makhdun (1827-1897) juga memasukkan mata pelajaran sekular ke dalam kurikulum pendidikan Islam.

– Di Pakistan, Fazlur Rahman (1919) yang menetap di Amerika dan menjadi guru besar di universiti Chicago, menggagaskan tafsir konstektual yang merupakan tafsir yang adil dan terbaik menurutnya.

– Di Indonesia, Nurcholis Madjid yang merupakan murid Fazlur Rahman, mempelopori gerakan firqah liberal bersama-sama Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan Abdur Rahman Wachid.

– Di Malaysia, Zainah Anwar yang merupakan graduan Fletcher School of Law and Diplomacy dan mendapat Master dari universiti Tuft dalam bidang journalism dan hubungan antarabangsa,pernah menetap di us selama 5 tahun, menolong menubuhkan SIS pada tahun 1998.

– Kini beliau merupakan pengarah eksekutif SIS, sebuah NGO yang menggagaskan penterjemahan semula Islam termasuk dalam beberapa idea moden tentang peranan wanita dalam Masyarakat.

 

-DI SEBALIK TABIR

-Idea, pertubuhan dan individu Islam Liberal di sokong kuat oleh pertubuhan Kristian fundamentalis dan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan terhadap Kristian.

-antaranya: Rand Corporation, Asia Foundation, Pathfinder Fund, Ford Foundation, Soros Foundation.

-pertubuhan ini pula di sokong kuat oleh Kerajaan US yang banyak memberi sokongan material dan moral

-antaranya: membantu mempromosi idea mereka dan menentang pergerakan Islam Fundamentalis.

-menyediakan peruntukan untuk menyokong aktiviti-aktiviti mereka

-menyediakan platform public

-menyiarkan pendapat dan keputusan mereka ttg pertikaian melibatkan hal2 agama dalam media massa.

-menolong menubuhkan NGO

 

3)                   MISI ISLAM LIBERAL

– secara luarannya Islam Liberal memperjuangkan beberapa perkara asas bagi fahaman mereka:

– kebebasan mentafsir teks-teks agama

– kebebasan berfikir dan berpendapat secara mutlak

– hak-hak wanita dalam kepimpinan politik dan kekuasaan

– dialog dan keterbukaan  serta toleransi antara agama

– demokrasi beragama

– pemisahan antara negara dan agama

– pluralisme

– kesetaraan gender/ jantina, dll

 

-DI SEBALIK TABIR

– misi lain yang di dokong oleh gerakan ini, misi yamg di sokong oleh musuh-musuh Islam. Tidak zahir tetapi terbukti dilaksanakan dengan mempergunakan kelompok Islam Liberal ini

– menghancurkan gerakan Islam fundamentalis, melabelkan mereka sebagai militan yang mengancam demokrasi.

– islam fundamentalis yang sangat ditakuti oleh musuh Islam ini di sifatkan oleh mereka dengan beberapa ciri khusus:

=mereka yang digerakkan oleh kebencian yang mendalam terhadap barat

=mereka yang bertekad mengembalikan peradaban Islam masa lalu dengan membangkitkan kembali masa lalu itu

=mereka yang bertujuan menerapkan syariat Islam

=mereka yang mempropagandakan bahawa Islam adalah agama dan negara

=mereka yang menjadikan masa lalu itu sebagai petunjuk masa depan

( dinyatakan oleh mantan presiden AS Richard Nixon)

-meragukan keyakinan umat Islam terhadap pemikiran Islam

-menghalang kebangkitan umat Islam melalui idealogi Islam yang sebenar.

-memalingkan umat dari keterikatan pada akidah dan hukum-hukum Islam untuk kemudian menerima paradigma nilai-nilai Barat

 

4)                   AKTIVITI DAN AGENDA SEMASA

–          Mereka bergerak dalam organisasi yang sah di sisi undang-undang

–          Di indonesia, Jaringan Islam Liberal merupakan pejuang fahaman ini di sana

–          Mereka mengadakan temubual dengan tokoh-tokoh pilihan mereka tenteng isu-isu yang mereka pilih dan di siarkan melalui rangkaian radio yang melibatkan 40 buah stesen radio di seluruh Indonesia.

–          Mereka juga menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman mereka

–          Booklet juga diterbitkan

–          Mengadakan yahoogroups yang kini sudah di naiktaraf menjadi website

–          Menyiarkan kempen melalui siaran televisyen kerajaan dan swasta

–          Mengadakan diskusi Islam di Universiti2 dan kolej2.

–          Di malaysia, fahaman ini di dokong oleh Sister In Islam yang merupakan satu NGO yang aktif dan terkenal.

–          Kenyataan pemimpin SIS sentiasa mendapat perhatian media antarabangsa seperti BBC,majalah Times, Frontlines dll

 

–        5)   MENGAPA MESTI MENENTANG ISLAM LIBERAL

 

–          Ajaran Islam  liberal mencemarkan nama Islam

–          Kerana menafikan kesahihan Mushaf Uthmani dan menawarkan Al-Qur’an edisi kritis

–          Menyamakan al-Qur’an dengan kitab-kitab agama lain

–          Menafikan kebenaran tafsir al-Qur’an karangan ulama’

–          Meruntuhkan syariat Islam

–          Menidakkan autoriti Nabi Muhammad SAW, sahabat dan ulama’.

–          Menyokong kerosakan akhlak

–          Mereka beriman kepada sebahagian kandungan al-Qur’an dan menolak sebahagian yang lain dengan cara mencipta tafsir baru yang sesuai dengan maksud dan kehendak mereka.

–          *tafsir ini menjadi rujukan sebahagian kaum muslimin yang tidak menyedari bahaya ajaran ini

–          mereka tidak memiliki ulama’ dan tidak percaya kepada ilmu ulama’

–          Cita-cita mereka sama dengan cita-cita barat iaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam.

–          Mereka memiliki saluran pendidikan yang banyak melahirkan pemikir-pemikir liberal

–          Mereka memiliki jaringan media internasional dan dana yang kukuh

–          Mereka tidak memiliki manhaj yang jelas

–          Kehadiran mereka menimbulkan keraguan dan mendangkalkan keyakinan umat Islam

–          Ajaran mereka lama kelamaan boleh membawa kepada murtad dan memeluk keyakinan baru seperti demokrasi,humanisme dan sekularisme.

 

6)                   KESIMPULAN

 

Liberalisasi pemikiran Islam jlas sekali merupakan satu usaha untuk mempermainkan nas-nas syariat, melakukan interpretasi yang salah terhadapnya dan menundukkan kesimpulan hukum kepada akal fikiran agar sesuai dengan pemikiran dan kehendak.

 

Meletakkan perkataan liberal kepada Islam merupakan sesuatu yang salah dan langsung tidak sesuai, kerana Islam adalah Islam. Islam sudah lengkap dan syumul, tidak perlu menambah apa-apa sifat kepadanya. Tidak perlu Islam Liberal, sama seperti tidak boleh mengada-adakan IslamHadhari atau Islam kontemporari.

 

Namun begitu, seluruh orang Islam perlu berhati-hati dan mengawasi gagasan Islam Liberal ini, kerana cara mereka kadang-kadang sangat halus dan strategik sekali. Secara beransur-ansur dan perlahan-lahan mereka boleh mengeluarkan seorang muslim dari agamanya di luar keinginan dan kesedarannya. Dia menyangka dirinya seorang pejuang ummah dan pembaharu yang unggul, sedangkan dia sebenarnya sedang menjadi tunggangan Barat untuk mempertahankan Imperialisme mereka.

 

Lampiran

Kenyataan pendokong islam liberal sentiasa mendapat perhatian media antarabangsa!

Antara kenyataan Zainah Anwar yang di siarkan media antarabangsa:

 

“The solution to society’s ills does not lie in the shrouding, segregation and control of women,” Anwar told the British Broadcasting Company.

 

Back in 1996, Anwar told Time magazine, “I want to be a woman, a good Muslim and listen to the B-52s loud. I don’t see any contradiction in that.”

 

“In letters to newspapers and memoranda to government officials, these Muslim women are challenging traditional understandings of Islam. It makes them a controversial organization,” reported PBS’s Frontline, which recently profiled Anwar.

 

“It is not Islam that discriminates against women,” Anwar told Frontline. “It is not the verses in the Koran. It is the way these verses have been interpreted by men living in patriarchal societies who wish to maintain their dominance and their superiority and control over women.”

 

“When religion is being used to punish me and govern my private and public life, then I have every right to say whether I like such laws or not,” the Tufts graduate – who is one of the commissioners of the government-appointed Malaysian Human Rights Commission — told Asia’s Straits Times.

 

“[Anwar’s views], while applauded quietly by non-Muslims and some Muslims, have embroiled her group in public fights with the wide swathe of traditional ulamas [Muslim scholars] from both within and outside government circles,” reported the Times.

 

“The fact that we don’t wear tudung or speak Arabic has been used as excuses to say we are Westernized and elite,” she told the Times. “To me these are just strategies used by my detractors.”

 

“There has been an opening of the space where you can engage in dialogue and debate,” the Tufts graduate told the Associated Press.

 

“Anwar said since the attacks in New York and Washington, people in her country have grown less tolerant of religious extremism and more willing to debate issues of faith,” reported the Associated Press.

 


Tindakan

Information

One response

27 08 2008
mambooindica

kita harus tentang mereka!!!!!
mereka sudah melampau!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: