Allah Bukan nama Tuhan Kristian dan Yahudi (Bahagian Pertama)

14 05 2008

Allah Bukan nama Tuhan Kristian dan Yahudi. (Bahagian Pertama)

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Umat Islam Malaysia menjadi cemas dengan suatu fenomena baru asakan daripada gereja Katholik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi terjemahan kalimah tuhan dalam bahasa melayu. Lebih membimbangkan apabila ada umat Islam tertentu juga menyokong secara wewenang tanpa mengkaji asma’ dan sifat kesempurnaan Allah apatah lagi untuk mengaji terlenih dahulu keautentikan Bible dan autoriti gereja untuk menggunakan kalimah Allah.

Semua jelas bahawa kalimah Allah adalah dalam bahasa Arab. Dalam Islam (ilmu teologi dielektika/ilmu kalam), Allah adalah suatu zat yang Maha agung yang memilki sifat kesempurnaan dan kehebatan yang tidak sama dengan ciptaanNYa. Allah juga adalah tunggal dan tidak beranak apatahlagi memperanakkan. Berlainan dengan tuhan yang dinyatakan dalam Bible di mana tuhan adalah berasaskan triniti dimana terbahagi kepada holy Spirit, Tuhan Bapa dan Jesus sebagai tuhan anak.

Persoalan utama : mengapakah mereka ingin menggunakan kalimah Arab untuk menterjemah kalimah Allah? Jika Tuhan ingin diterjemah sebagai Allah, kenapa Jesus tidak pula mereka ingin terjemah sebagai Isa Ibni Maryam seperti mana yang ditafsirkan dalam Islam? Mengapa juga digunakan kalimah Solomon, Abraham dan david contohnya? Jika ingin menyebut Injil (seperti orang muslim gunakan) mengapa ada pula 4 orang pengarang Injil itu iaitu Matthew, Mark, Luke dan John[1]. Bukankah ‘Injil’ menurut mereka adalah suci dan merupakan wahyu ‘Allah’ mereka? Jadi istilah Injil juga tidak sah digunapakai oleh mereka sebaliknya yang tepat adalah Bible iaitu kitab ciptaan mereka yang dimuatkan juga cerita nabi-nabi bani Israel selepas Musa serta disertakan juga surat-surat manusia yang bernama Paul!!

Ada penganut Kristian yang berhujah, jika mereka berada di negara eropah mereka senang menggunakan kaimah Jesus atau Tuhan, di Malaysia dan tanah Arab mereka senang menggunakan kalimah Allah iaitu kalimah Arab. Soalannya kenapa ??

Islam adalah agama yang kuat memegang umatnya. Dalam Ibadah kita wajib menggunakan bahasa arab dalam solat, bacaan Al Quran dan meriwayatkan Hadis Nabi Muhammad SAW. Keaslian bahasa arab dalam Al Quran jelas dan tuntas serta diyakini perwarisannya. Bagaimana pula Kristian? Bukankah mereka senang untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam doa, bacaan ritual di Gereja, menulis Bible dan sebagainya. Soalan saya: adakah Jesus itu orang Inggeris? Jika benar, dimana dia dilahirkan? London atau England?

Taurat[2] hanya ditulis semua kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Nabi Musa. Bahasa asalnya adalah Hebrew atau Ibrani kuno. Bahasa Ibrani adalah punca munculnya bahasa Arab. Dimana kini Kitab Taurat berbahasa Ibrani? Yang ada hanya kitab taurat berbahasa Inggeris (digelar old testement) yang di’binding’ sekali dengan tulisan kisah cerita nabi-nabi mereka yang jelas tiada dalam wahyu tuhan.

Manakala Injil pula ditulis semula menjadi Bible kira-kira 100 tahun selepas kewafatan Nabi Isa A.S. Dan ia sepatutnya berbahasa Aramaic (Aram) bukannya English !! Kenapa kini tidak ada penganut Kristian yang tahun berbahasa Aramaic jika benar mereka taat kepada ‘Allah’ mereka? Kenapa perlu English? Hari ini perkataan arab pula ingin mereka borong guna tanpa mengambil sekali maksud yang tersirat disebalik kalimah itu.

Bagi penganut Kristian Arab, memang mereka menggunakan kalimah Allah kerana lidah mereka memang menyebut begitu bagi kalimah Tuhan yang diwarisi nilai ketuhanan itu sejak Nabi Ibrahim. Lantaran itu Kaabah pada era datuk Nabi Muhammad adalah dikatakan dijaga oleh Allah. Mengapa pula penganut Kristian Cina, India dan Inggeris ingin pula menggunakan kalimah Allah? Adakah di negara Cina mereka menggunakan kalimah Kuan Yin untuk Tuhan dan di India kalimah Krishna untuk tuhan di sana? Kenapa tidak pula dilakukan begitu?

Lihat senarai nama tuhan Yahweh (Tuhan Yahudi) dalam Old Testement (dikatakan Kitab Taurat)

1. Elohim

2. El

3. Eloah

4. Elah

5. Yah

6. Adonai

7. Hakadosh

8. Hamoshiah

9. Hago’EL

10. Messiah

11. Ruach Elohim

Dalam New Testement pula (Bible Kristian):

1. Eli

2. Abba

3. Holy spirit

4. Jesus

Ada juga penganut Kristian yang berhujah bahawa Allah dalam kalimah Arab ialah Tuhan Bulan (dewi Bulan). Selain itu mereka mengetahui bahwa kata “Allah” berasal dari bahasa Arab yaitu ”al-ilah”. Perkataan ini telah lama digunakan oleh penduduk Arab kuno sejak 2500 tahun yang lalu. Menurut pandangan mereka pada masa sebelum agama Islam lahir, atau yang dikenal dengan masa jahiliyah, penduduk Arab kuno telah melakukan praktikal paganisme iaitu penyembahan kepada dewa bulan. Tradisi paganisme penyembahan dewa bulan ini berasal dari tanah Mesopotamia.

Kata mereka juga[3] :

“Dewa bulan yang bernama ”Allah”, sering juga disebut dengan ”Hu-Baal”. “Hu-Baal” adalah ”tuan atas Kaabah”. Dan ”Hu-Baal” ditempatkan pada level tertinggi dari 360 dewa di Kaabah. Dengan kata lain “Hu-Baal” adalah “Allah” itu sendiri. Dua nama itu adalah satu figur, yang melambangkan ”dewa bulan”.

Ketika Muhammad lahir, ayahnya adalah seorang abdi dewa bulan. Ayahnya bernama Abd-Allah ibn Abd al-Muttalib. Ibunya bernama Aminah bint Wahab. Dalam nama ayahnya Muhammad, terdapat kata ”Allah”. Padahal saat itu agama Islam belum lahir. Hal ini membuktikan bahwa ayahnya Muhammad adalah seorang penyembah ”Allah”, sang dewa bulan.

Praktek penyembahan kepada ”Allah” yang dilakukan suku Quraish pada masa ”jahiliyah’ ‘ ini adalah berupa berdoa ke arah Mecca beberapa kali dalam sehari, melakukan pilgrim ke Mecca

, melakukan tawaf di Kaabah, mencium The Black Stone di Kaabah, melakukan korban darah kepada ”Allah”, melakukan jumrah.

Ketika Muhammad mendirikan Islam, ia tidak merubah praktek paganisme suku Quraish. Muhammad hanya membungkus praktek polytheisme suku Quraish dan kini dimunculkan Muhammad dalam bentuk monotheisme. Tetapi figur dan tokoh central penyembahannya tetap sama, yaitu kepada ”Allah”, dewa bulan.

Itulah sebabnya hingga kini Islam identik dengan bulan”

Mereka juga berkata kalimah allah itu adalah Lucifer (Syaitan). Mengapa perlu mereka gunakan kalimah allah untuk makna tuhan? Lihat hujah mereka:

“Kemudian saya ingin mengajak para pembaca untuk melihat nama lain dari Satan/Lucifer. Alkitab dalam Yesaya 14:12 menjelaskan dengan detail.
Isa 14:12

KJV “How art thou fallen from heaven, O Lucifer, son of the morning! how art thou cut down to the ground, which didst weaken the nations!”
Berdasarkan Strong Hebrew – Greek Dictionary dijelaskan bahwa kata “Lucifer” diambil dari bahasa Latin, dan dalam bahasa Ibrani adalah “HEYLEL” (read : hay-lale’), yang artinya adalah (in the sense of brightness); the morning star: – lucifer.
Kata “HEYLEL” dalam bahasa Ibrani mempunyai arti yang sama dalam bahasa Arab yaitu “HILAL” (Arabic) . Dijelaskan dalam wikipedia bahwa QUOTE… “HILAL” is an Arabic term, particularly associated with the crescent moon, first developed in pre- Islamic Arab.
Dalam masa modern ini, hilal selalu dihubungkan dengan Monotheistic dari Allah. Penyembahan kepada Allah selalu berhubungan dengan bulan., dan melalui firman Tuhan kita mengetahui bahwa HEYLEL (Hebrew) atau HILAL (Arabic) adalah obyek yang sama. Ia adalah Lucifer atau Satan itu sendiri. Dan melalui firman Tuhan kita juga mengetahui bahwa penyembahan kepada Allah adalah penyembahan kepada dewa bulan dan juga penyembahan kepada Lucifer.

Secara umumnya diketahui, bahawa penganut Yahudi dan Kristian sendiri samar-samar bahasa asal agama mereka. Mereka sendiri langsung tidak faham untuk membaca kitab asal mereka dalam bahasa Ibrani atau Aramaic. Malah langsung tidak mereka jumpai kitab asal itu. Tidak seperti umat Islam. Mereka mampu membaca dalam bahasa Arab walaupun tidak faham berbahasa Arab. Mereka mampu beribadah dengan lancar walaupun bukan berbangsa arab. Tanpa membaca Al Quran dalam bahasa Arab, segala ibadah khusus adalah tidak sah dalam Islam. Lantaran itu orang Melayu Malaysia juga menggunakan kalimah Allah.

Orang melayu sedar bahawa Allah adalah Tuhan Yang Tunggal dan tiada sekutu seperti mana Kristian yang menggunakan konsep Triniti dimana Paul (pengasas Kristian) menceduk daripada trimurthi Hindu serta Triniti tuhan Mesir dan triniti paganisme Rom.

Kesimpulannya, adalah tidak relevan penganut Kristian ingin menggunakan kalimah Allah dalam penulisan mereka lnataran terminologi Allah juga berlainan menurut teologi mereka. Tambahan pula mereka juga memiliki fahaman bahawa makna Allah adalah bermaksud Syaitan yang jelas tidaka akn disembah oleh mereka. Saranan saya, sebelum cuba mempolemikkan kalimah Allah, silalah membuat ‘assigment’ untuk mencari naskhah asal Bible yang dirunkan oleh ‘Allah’ mereka. Itu lebih baik.

http://munawwarah.blogdrive.com

https://skuad.wordpress.com


[1] Harun Yahya, Prophet Jesus A Prophet, Not Son Of God. (downloaded version)

[2] Modul Kristianiti Kelas Perbandingan agama fasa 1 anjuran IPCI.

[3] Lihat laman: http://marinoh-silalahi.blogs.friendster.com/penjaga/2008/02/perbedaan_yahwe.html


Tindakan

Information

14 responses

27 09 2008
bidayuhms

Yah betul kata anda. Penggunaan bahasa Allah tidak sesuai dalam agama Kristian. Bagi penganut Kristian Arab, memang mereka menggunakan kalimah Allah kerana lidah mereka memang menyebut begitu bagi kalimah Tuhan yang diwarisi nilai ketuhanan itu sejak Nabi Ibrahim. Lantaran itu Kaabah pada era datuk Nabi Muhammad adalah dikatakan dijaga oleh Allah. Mengapa pula penganut Kristian Cina, India dan Inggeris ingin pula menggunakan kalimah Allah? Cukup penggunaan kata Tuhan atau Yahweh sahaja. Anda dan saya tidak akan lebih lanjut mengkritik kelemahan konsep manusiawi terpulang bagi kita merujuk terhadap “bagaimana ” harus dpercyai ASAL jangan salah konteks. Menyamakan nama YHWH dengan nama allah adalah menyekutukan nama sucinya (Yesaya, 46:5 ). Malah penulis, Islam Review M. Ali juga tidak bersetju dgn ini. Ya, kenapa Jesus tidak pula mereka ingin terjemah sebagai Isa Ibni Maryam seperti mana yang ditafsirkan dalam Islam” ini adalah terjemahan penulis LAM sahaja, tidak YHWH silap atau kitab lain silap.

Apapun saya kurang setuju dengan ayat anda,
“Mereka sendiri langsung tidak faham untuk membaca kitab asal mereka dalam bahasa Ibrani atau Aramaic. Malah langsung tidak mereka jumpai kitab asal itu.”
Logikalnya, hakikatnya bahasa Ibrani jelas difahami melalui strong number hebrew.
Dan,
Mereka juga berkata kalimah allah itu adalah Lucifer (Syaitan). Mengapa perlu mereka gunakan kalimah allah untuk makna tuhan? Lihat hujah mereka:

“Kemudian saya ingin mengajak para pembaca untuk melihat nama lain dari Satan/Lucifer. Alkitab dalam Yesaya 14:12 menjelaskan dengan detail.
Isa 14:12.

Saya kira anda tersalah konteks. Logiknya, Alkitab, apalgi Taurat sudah lama wujud sebelum nabi Muhammad. “son of the morning! how art thou cut down to the ground, which didst weaken the nations!” bukanlah bermaksud kalimah allah adalah merujuk lucifer. Dirujuk bahawa Kristian menyebut hal ini sebelum dia jatuh adalah putera fajar bukanlah kalimah allah. Ianya bukan soal bahasa Ibrani yang anda tidak faham.

Jika ingin menyebut Injil (seperti orang muslim gunakan) mengapa ada pula 4 orang pengarang Injil itu iaitu Matthew, Mark, Luke dan John?. Perlu dilihat lebih meluas. Logiknya, matthew, Mark, Luke(bukan Jews) dan John dari daerah berlainan tetapi menyaksikan perkara yg sama, tidakkah itu suatu mukjizat, malah tidak bertentangan dan hampir sama?..bergantung bg anda menilainya. Pemberatnya, itu hanya panggilan “injil”, sama erti dengan nama anda, kamu dan dia.

Manakala Injil pula ditulis semula menjadi Bible kira-kira 100 tahun selepas kewafatan Nabi Isa A.S. Dan ia sepatutnya berbahasa Aramaic (Aram) bukannya English !!
Bible suhuf kunonya terdiri daripada multi bahasa iaitu seperti Ibrani, Yunani malah sedikit bahasa lain. Untuk lebih memudahkan pembacaan anda dan saya MUNGKIN inggeris lebih baik. Manakala konteks lengkapnya boleh dirujuk kepada strong number.

Jadi istilah Injil juga tidak sah digunapakai oleh mereka sebaliknya yang tepat adalah Bible iaitu kitab ciptaan mereka yang dimuatkan juga cerita nabi-nabi bani Israel selepas Musa serta disertakan juga surat-surat manusia yang bernama Paul!!
Ianya bukan seperti itu mgkt tfsirn kristian. Logiknya, Musa, Daud etc sama seperti Muhammad. Hakikatnya, maksud itu boleh merujuk kepada Muhammad juga berbuat cerita dgn suara Jibril.
Terima kasih, dan saya harap anda jangan hina mereka tetapi anda sendiri perlu “open minded” dont just pro!

26 10 2008
NO name

Np perlu psoalkn bhs…anda katakan islam menggunakan bhs arab 100%,,sy nak tanya,adakah penganutnya faham pa yg mereka baca??sb tak semua pganut islam tahu makna dalam bahasa arab(HANYA SEBAHAGIAN),,,adakah sekadar memenuhi syarat untuk BACA?faham atau tidak tidak penting?yaka?
jadi sepatutnya, sesuai kan la dengan penggunaan,apa yg bole/mudah kita fahami la yang perlu digunakan.lau kita faham BM maka bacala/gunakan la dalam BM,lau kita faham BI/INDON/CINA maka gunakan dalam bahasa itu.MAKNANYA gunala bhs/pkataan yg mudah DIFAHAMI ,janji TIDAK MHILANGKAN MAKSUD ASAL….MANA YG LEBIH BAIK….PKATAAN ITU KITA FAHAM ATAU YG KITA FAHAM??MN LBH BMAKNA?? JADI PDPT SY, ISU GUNA BHS ARAB ATAU BHS APA PUN BUKAN SATU MASALAH TETAPI YG PENTING KEFAHAMAN DAN MAKSUD ASAL.TIADA GUNA BACA TAPI TAK FAHAM.BUKAN KA WAHYU ITU DITURUNKAN UTK DIFAHAMI/LAKSANAKAN?? ILMU TANPA AMAL ADALAH SIA2…

26 10 2008
NO name

PENDAPAT INI HARUS KITA PANDANG SECARA POSITIF..RASIONAL ITU PENTING.JANGAN LA KITA BERBALAH SEBAB PERBEZAAN TETAPI JADIKAN ITU SATU KEUNIKAN.YG LEBIH MENGETAHUI HANYA “TUHAN”.

30 07 2009
secebis pendapat

i don’t know who are you,but i think you not a muslim. Sbb didalam sembahyang adalah wajib berbahasa arab dan jika menggunakan bahasa selain dari bahasa arab maka tidak sahlah sembahyang itu.Tapi dalam berniat dan berdoa boleh menggunakan bahasa lain selain dari bahasa arab.contohnya berniat untuk berpuasa. Agama adalah suci jika kamu yakin dengan agama itu kamu taatilah ianya dengan sepenuh hati. Setiap agama ada peraturanya. Untuk menilai setiap agama buatlah perbezaan keatas peraturanya nanti kamu akan mendapat kebenaranya. Jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. ilmu al-quran bukan logik akal tapi ianya dari Yang Maha Pencipta.

30 07 2009
secebis pendapat

ianya khas untuk no name

3 11 2008
tanztj

Bacalah QS Al A’raaf : 54, disitu dijelaskan Allah SWT. http://tanztj.wordpress.com/2008/10/30/siapakah-tuhan-semesta-alam/

23 11 2008
Anak Watan

Salaam,

Islamkah, Kristiankah, Hindukah, budhakah dll, semua tuhan mereka “Allah”, mana ada lagi tuhan selain Allah…. cuma mereka sahaja pergi cari tuhan lain, pendapat artikel diatas mengambarkan bahwa ramai pula tuhan yang perlu disembah, aku tuhan aku… kau tuhan kau, ini mengambarkan ramai tuhan.

Syukurlah mereka mahu jugak mengakui tuhan mereka Allah, hanya pelaksanaan kongsep sahaja yang perlu diubah. Apapun agama didunia ini, mereka mampu mendapat syurga Allah. Janganlah berfikir bahwa hanya penganut agama islam sahaja layak untuk syurga Allah. Jika anda berfikir begitu maka secara langsung anda menolak Al Quran secara terang-terangan…. renungilah firman Allah ini;

AQ 2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Nasrani (Kristian), dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

15 01 2010
muslimcares

Hai sekular sungguh tuan hamba ini….kalau ibu & ayah tuan hamba tahu betapa sekularnya tuan hamba dah tentu dia buang tuan hamba tak tunggu lahir..masa dlm perut lagi diorang gugurkan…

Tuan hamba baca lah sifat 20 Allah..adakah sifat Allah yg disebut2 oleh agama lain menyamai sifat Allah?…bawaklah berzikir bangun tengah malam minta petunjuk dari Allah…amalkan ini nescaya hidup tuan hamba tidak akan sesat lagi

15 01 2010
harison

Allah subhanahua ta’ala telah menurunkan agama Islam itu dengan selengkap-lengkapnya, mengandungi petunjuk-petunjuk yang diperlukan dan agama yang diredhai Allah untuk dijadikan pedoman dalam segala hal. Firman Allah ta’ala dalam surah Al-Maidah ayat 3,
‘ Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan aku telah cukupkan kepadamu nikmatku, dan aku telah diredhai Islam ini menjadi agamamu ‘

Kesempurnaan agama Islam, bukan sahaja kerana ajarannya yang serba lengkap, sanggup menghadapi zaman, tetapi juga kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah kejadian manusia, Sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud : ‘ hadapkanlah seluruh dirimu dengan betul-betul kepada ciptaanku Allah, yang dijadikannya manusia sesuai dengan agama itu. Itulah agama yang benar, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ‘

23 11 2008
Anak Watan

Salaam,

Tanpa memblok minda anda, cuba hayati kedua-dua ayat Allah berikut;

AQ 8:32. Dan apabila mereka berkata (orang kafir), “Ya Allah, jika ini yang benar daripada Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.”

AQ9:30. Orang-orang Yahudi berkata, “Uzair ialah putera Allah”; orang-orang Nasrani (Kristian) berkata, “Al-Masih ialah putera Allah.” Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?

Apa yang anda semua faham dari kedua-dua ayat diatas ? Dengan jelas orang kafirpun menyebut perkataan Allah, Yahudi pun menyebut Allah dan begitu juga Nasrani, perbezaannya mereka mengatakan Allah mempunyai anak tetapi dinafikan sendiri oleh Allah, persoalannya mereka tetap menyebut tuhan mereka dengan sebutan “Allah”.

Jelaslah tuhan mereka juga Allah, mengapa anda semua membantah pula dan menolak Al Quran itu sendiri…… ???

30 07 2009
secebis pendapat

bukan membantah dan menolaknya tetapi dalam keadaan sekarang yang mana, kita adalah umat yang terakhir umat akhir zaman. kehidupan kita selepas wafatnya Nabi Allah Muhammad s.a.w. Pelbagai cabaran minda yang harus kita rintangi. Sebenarnya umat Islam yang berbangsa melayu pada masa sekarang adalah amat rapuh pendirianya. ramai diantara mereka yang kosong jiwanya. yang islam hanya pada namanya.golongan yang seperti begini amat mudah terpegaruh dengan bisikan iblis dan nafsu. adakah anak watan mahu suatu hari nanti salah seorang dari keluarga anda memasuki agama lain kerana nama tuhanya sama.

28 12 2008
Sunan Hayat

Kepada NO name,
Sila baca artikel berikut:
http://www.e-bacaan.com/artikel_arab.htm

26 01 2009
izzati nadhirah

sorry aku tau itu scary benar tapi benar ke?

30 07 2009
secebis pendapat

islam adalah islam. jika kita tidak mampu untuk berfikir untuk mencari kebenaran tetapi kita yakin dengan apa yang dinyatakan oleh orang yang lebih berilmu dari kita itupun sudah mencukupi.tidak semua manusia dilahirkan untuk menjadi bijak.dan tidak semua manusia itu dilahirkan pada tingkatan iman yang sama. jadi buatlah yang terbaik bagi yang merasai imanya mudah bergoyang janganlah dicampuri urusan perdebatan kerana ianya dapat merosakkan pegangan kamu. ilmu agama adalah urusan orang yang tinggi ilmunya bagi kita yang sekadar ala-ala kadar jangan dicampuri urusan itu, cukuplah kita sekadar pengikutnya saja. selainya berserah saja kepada Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: