Institusi Keluarga Yang tiada jaminan aqidah

9 05 2008

I

su murtad baru-baru ini kembali hangat apabila Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah(Tan Ean Huang), 38 tahun, mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Kes pertama di Malaysia yang dibicarakan ketika plainatif masih hidup ini melibatkan tuntutan murtad yang difailkan pada 10 Julai 2006 lagi dan pada 8 Mei 2008, permohonannya diterima malah sijil pemelukan Islam Siti Fatimah turut diarahkan untuk dibatalkan.

Jika ditelusuri sejarah pengislaman wanita ini, segalanya bermula apabila dia mengambil keputusan serius untuk berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian. Siti Fatimah sendiri mendakwa bahawa dia tidak pernah yakin dengan ajaran Islam walaupun telah memeluk Islam sejak 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 Sept 2004. Tindakan Siti Fatimah ini hanya sekadar ‘cukup syarat’ bagi membolehkannya berkahwin dan bukanlah atas dasar keinginan yang ikhlas untuk menganuti Islam.

Di sini dapat dilihat betapa rapuhnya institusi kekeluargaan Islam yang cuba dibina hinggakan permasalahan murtad yang serius dan tidak patut timbul ini berlaku. Keikhlasan dalam memeluk Islam yang boleh dipertikaikan di tambah dengan sikap pasangan yang mungkin tidak membantu dalam proses kefahaman Islam pasangannya menyebabkan keluarga tersebut musnah. Dalam kes ini, Siti Fatimah mendakwa dia tidak pernah mengamalkan Islam sejak memeluk Islam dan masih menyembah berhala mengikut ajaran agama Budha. Masakan perkara sebegini boleh berlaku sekiranya si suami mengambil serius kondisi Siti Fatimah sebagai seorang muallaf. Jelaslah walaupun si suami beragama Islam dan berasal dari sebuah negara Islam, masih tiada jaminan untuk si isteri diberi bimbingan serta tunjuk ajar dalam mengenali dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Kesannya, perkahwinan yang dibina gagal bertahan lama dan paling menyedihkan kita sebagai umat Islam adalah permohonan keluar Islam yang difailkan oleh Siti Fatimah.

Agama Islam turut menerima impak negatif yang besar. Pensamarataan hak dalam beragama kini dilihat boleh diaplikasikan untuk semua agama walaupun Islam telah menggariskan bahawa murtad adalah dosa yang besar . Andai didalami permasalahan ini, di mana pula fungsi badan-badan Islam dalam memantau saudara-saudara baru? Adakah selepas tuntutan murtad difailkan baru dipanggil untuk sesi kaunseling agama sedangkan golongan muallaf ini perlu dipantau sedari awal mereka memilih jalan Islam?

Fenomena perkahwinan dengan lelaki/wanita warga asing atau beragama selain Islam bukanlah satu perkara baru di negara kita. Di dada-dada akhbar mahupun kaca televisyen kerap kali menyiarkan perkahwinan sedemikian yang kebanyakannya melibatkan artis atau personaliti ternama. Penulis bukan bertujuan menunding jari menyalahkan mana-mana pihak tetapi  ujuan sebenar perkahwinan itu bukan sekadar memenuhi firah insani tetapi bagi memastikan kelangsungan Islam itu berlaku hingga ke pembentukan generasi Muslim. ‘Ukur baju di badan sendiri’, andai diri sendiri masih goyah amal Islamnya, fikirkanlah, mampukah diri menjadi tempat pergantungan atau rujukan buat saudara muallaf yang bakal hidup bersama.

Wardah bt Abdul Rahman

Unit Media

Skuad Penyelamat Aqidah


<!–[if !supportLineBreakNewLine]–>
<!–[endif]–>


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: