Surat Terbuka

7 05 2008

Surat terbuka untuk pengamal undang-undang serta NGO Islam sekalian.

Pasca Pilihanraya UMUM ke-1 menyaksikan pelbagai janji dan tekad diwar-warkan oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang yang menguasai beberapa negeri. Antara yang hangat diwacanakan adalah reformasi sistem kehakiman di negara ini.

Raja Dr Nazrin juga menyatakan bahawa saat ini adalah saat terbaik untuk kerajaan untuk mengadakan reformasi kehakiman dan perundangan. Selain daripada saranan Raja Dr Nazrin di Konferen hakim Malaysia baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan untuk menyahut saranan BAR Council agar reformasi tersebut direalisasikan secepat mungkin. Tambahan pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Zaid Ibrahim turut sama menegaskan dan mengungkit semula isu pemecatan Tun salleh Abbas pada 1988 pada era Tun Dr Mahathir dahulu.

Sama ada gagasan reformasi kehakiman ini sebagai gimik pasca pilihanraya atau akan dilaksanakan seoptima mungkin, SPAQ ingin membawa rakyat Malaysia melihat dari sudut implikasi tindakan ini terhadap sistem penghakiman Mahkamah Syariah yang telah menyaksikan era tahun 2006 hingga kini adalah era serangan terhadap sistem Mahkamah Syariah. Pengamal undang-undang sivil tertentu yang skeptikal dan prejudis dengan ‘kekebalan’ mahkamah syariah di bawah akta 121(1A), ahli politik demokratis sekular dan beberapa NGO liberalis-genderism tertentu yang pernah bergabung tenaga menentang dan cuba mengancam kedudukan legetimasi sistem kehakiman ini dikhuatiri akan melancar semula serangan terhadap sistem kehakiman ini.

SPAQ mengalu-alukan tindakan pembelaan terhadap Tun Salleh Abbas, ketelusan dalam pemilihan hakim dan penyelesaian kes-kes berprofil tinggi secara adil dan saksama, serta penghakiman yang telus tanpa mengira bulu. Akan tetapi SPAQ berharap badan guaman tertentu, NGO-NGO Islam, Parti politik seperti PAS dan UMNO agar bersama berbincang dan bertindak untuk melindungi akta 121(1A) yang menjadi benteng terakhir imunisasi kehakiman syariah di bumi Malaysia ini daripada terhakis jika reformasi ini cuba mengancam sistem syariah yang ada.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: