Kaji semula penggunaan kalimah Allah dalam The Catholic Weekly

6 05 2008

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) memohon agar badan-badan Islam tertentu untuk bersuara agar ada perbahasan dan wacana lanjut berkaitan isu penggunaan kalimah Allah dalam Tabloid mingguan The Catholic Weekly. Walaupun di peringkat antarabangsa kalimah Allah diguna pakai oleh golongan Kristian terutama di Timur Tengah, hal ini adalah penggunaan bahasa di sana adalah serasi dengan adat dan tidak membawa kepada permasalahan pemahaman agama. Berlainan dengan Malaysia, kalimah Allah erat dan signifikan dengan penggunaan orang Melayu Islam baik dari segi ibadat, penulisan dan lain-lain komunikasi.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada hari ini membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald – The Catholic Weekly.

Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan Gereja Katolik membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan tersebut adalah tidak sah dan batal.

Perlembagaan Malaysia juga menetapkan bahawa terdapat larangan dakwah golongan bukan muslim pada masyarakat muslim di Malaysia dan mungkin berbeza dengan negara umat Islam lain di dunia. SPAQ khuatir penggunaan istilah ini akan memulakan momentum kristianisasi yang nyata di kalangan Melayu di Malaysia. Pihak parti politik, NGO Islam dan pendakwah bebas diaharapkan memberi respon dan tindakan berkesan terhadap isu ini yang mampu mengancam aqidah umat Islam.

SPAQ juga menyarankan pihak Gereka Katholoic untuk membuat kajian semula justifikasi dan faedah penggunaan kalimah Allah dalam bahan terbitan mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1 SPAQ


Tindakan

Information

4 responses

4 01 2010
awien

Harap dapt ambil tindakan segera ke atas isu ini. Jangan ganggu ketenteraman umat Islam di Malaysia. Jangan timbulkan isu-isu yang mencabar dan mendatangkan kemarahan umat Islam.

11 01 2010
jusoh

Pada masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, kalimah Allah juga digunakan olih Kristian di Sabah dan Sarawak tanpa apa apa masaalah. Kenapa semasa Mahathir ia jadi suatu masaalah sehingga sekarang ?.

Lebih lebih lagi, sekarang penggunaan Bahasa Melayu diperluaskan disekolah sekolah diseluruh Malaysia. Dahulu Bahasa Inggeris digunakan dengan luas di semenajung olih gereja gereja tetapi kerana sekarang, generasi muda mereka lebih fasih berbahasa Melayu, maka penggunaan Bahasa Melayu dalam upacara sembahyang mereka pun meningkat. Dan juga bilangan umat Kristian dari Sabah dan Sarawak yang berhijrah berkerja di semenanjung telah pun meningkat dan mereka ini selesa mengadakan upacara sembahyang mereka dalam BM .

Orang Islam tidak sepatut beremosi kerana kalau Iman kuat, tiada siapa pun bolih menggoda. Lagipun bukan semua yang berlaung “Allah, Allah ” akan keSyurga kecuali yang mengikut kehendakNya bukan kehendak manusia. Itulah sebabnya ada suatu masa pengadilian pada hari kiamat.

15 01 2010
aku

bagus juga nasihhat ini diberi perhatian

15 01 2010
aku

Muhyiddin noted that this was because in Malaysia and all Muslim countries, Allah was the only God for Muslims.
-Thestar, 15Jan2010

any comment?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: