Sain Petisyen Membantah Penubuhan IFC

29 05 2008

Kepada para pelawat blog SPAQ, anda sangat-sangat dialukan untuk menyatakan bantahan anda kepada penubuhan IFC. Penubuhan IFC ini adalah salah satu ruang rasmi yang merosakkan kesucian Islam secara halus serta amat berbahaya kepada undang-undang syariah di Malaysia.

Sama-sama kita membantah penubuhan ini secara terang-terangan tanpa ragu di http://www.petitiononline.com/ifc/petition.html dan disebarkan kepada semua rakan-rakan kita di seluruh dunia.

Semoga usaha kalian diberkati.

Koordinator 2 SPAQ: `Izzat Anwari bin Hasni

Advertisements




Bantu SPAQ sebarkan bahan-bahan sebaran umum!

21 05 2008

Disediakan slide nota (download pdf di box)berkaitan isu Malaysia Negara Sekular?

Slide ini adalah antara kupasan dalam bengkel Modul 1 SPAQ: sekularisme.

 

selamat mentelaah dan berdiskusi dengan bahan ni. nak penerangan saya just kontek….dan kita diskusi dalam group kecil. Lagi berkesan.

 

Dan tolong juga sebarkan buku kecil kami-Allah Bukan Nama Tuhan Kristian dan Yahudi. Buatlah dengan penuh keikhlasan

 

Muhammad Nuruddin Bashah

 

Skuad Penyelamat Aqidah

 

 





19 05 2008
Bengkel SPAQ
 Modul 1 (sekularisme) Slide ke-2
 Adakah Malaysia Negara Sekular?
 
Muhammad Nuruddin Bashah
Koordinator 1 SPAQ
 
Rabu 21 Mei 2008 KAFA USM 9 malam
Nota disediakan
 
 
Bengkel Ilmiyyah SPAQ

 

Tajuk: Asas Usul Fiqh dan aplikasi Daie dalam menangani isu semasa dan strategi Dakwah
 
Pembentang: Ustaz Amri Mohd Nason
 Bc Bahasa Arab Dan Pengajian Islam
Universiti Sheikh Ahmad Kiftaro Damsyiq Syiria
 
7 Jun 2008
2-5 petang
Tempat cadangan: USM/ Kompleks JIM
Yuran: RM 3 sahaja
Nota dan kertas kerja disediakan
 
Pendaftaran: 017-5296690 (Wardah),
qatrun_nada13@ yahoo.com
 Sebar pada rakan anda !! Jom sertai halaqah ilmiyyah…..




Nakba, Kerpan dan Berembang

17 05 2008

Hari ini digelar Hari Nakba. Mungkin ramai di antara kita yang lebih mengingati 14 Februari, 31 Ogos, 13 Mei, 16 Mei, 25 Disember dan tarikh hari lahir insan teristimewa dalam hidup kita daripada tarikh 15 Mei; tarikh yang amat menyedihkan buat rakyat Palestin dan seluruh umat Islam di dunia.

Hari ini genap ulang tahun ke-60 peristiwa Nakba pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri. Kekejaman askar rejim Zionis yang melakukan lebih 50 pembunuhan beramai-ramai demi mencapai satu matlamat yang dirancang oleh mereka sejak sekian lama – mewujudkan negara Israel pada 1949.

Baca baki entri ini »





Allah Bukan nama Tuhan Kristian dan Yahudi (Bahagian Pertama)

14 05 2008

Allah Bukan nama Tuhan Kristian dan Yahudi. (Bahagian Pertama)

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Umat Islam Malaysia menjadi cemas dengan suatu fenomena baru asakan daripada gereja Katholik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi terjemahan kalimah tuhan dalam bahasa melayu. Lebih membimbangkan apabila ada umat Islam tertentu juga menyokong secara wewenang tanpa mengkaji asma’ dan sifat kesempurnaan Allah apatah lagi untuk mengaji terlenih dahulu keautentikan Bible dan autoriti gereja untuk menggunakan kalimah Allah.

Semua jelas bahawa kalimah Allah adalah dalam bahasa Arab. Dalam Islam (ilmu teologi dielektika/ilmu kalam), Allah adalah suatu zat yang Maha agung yang memilki sifat kesempurnaan dan kehebatan yang tidak sama dengan ciptaanNYa. Allah juga adalah tunggal dan tidak beranak apatahlagi memperanakkan. Berlainan dengan tuhan yang dinyatakan dalam Bible di mana tuhan adalah berasaskan triniti dimana terbahagi kepada holy Spirit, Tuhan Bapa dan Jesus sebagai tuhan anak.

Baca baki entri ini »





Institusi Keluarga Yang tiada jaminan aqidah

9 05 2008

I

su murtad baru-baru ini kembali hangat apabila Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah(Tan Ean Huang), 38 tahun, mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Kes pertama di Malaysia yang dibicarakan ketika plainatif masih hidup ini melibatkan tuntutan murtad yang difailkan pada 10 Julai 2006 lagi dan pada 8 Mei 2008, permohonannya diterima malah sijil pemelukan Islam Siti Fatimah turut diarahkan untuk dibatalkan. Baca baki entri ini »





Surat Terbuka

7 05 2008

Surat terbuka untuk pengamal undang-undang serta NGO Islam sekalian.

Pasca Pilihanraya UMUM ke-1 menyaksikan pelbagai janji dan tekad diwar-warkan oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang yang menguasai beberapa negeri. Antara yang hangat diwacanakan adalah reformasi sistem kehakiman di negara ini.

Raja Dr Nazrin juga menyatakan bahawa saat ini adalah saat terbaik untuk kerajaan untuk mengadakan reformasi kehakiman dan perundangan. Selain daripada saranan Raja Dr Nazrin di Konferen hakim Malaysia baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan untuk menyahut saranan BAR Council agar reformasi tersebut direalisasikan secepat mungkin. Tambahan pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Zaid Ibrahim turut sama menegaskan dan mengungkit semula isu pemecatan Tun salleh Abbas pada 1988 pada era Tun Dr Mahathir dahulu. Baca baki entri ini »