Islam Di Hujung Kalam

27 04 2008

Siti Hazneza bt. Abdul Hamid

Kolumnis SPAQ

Biro Sastera Islam API (Angkatan Pemuda Pemudi Islam)

neza_nini@hotmail.com

Pada 17 Rabiul Akhir 1429 bersamaan 23 April 2008 yang lalu, kelompok kecil Muslim di USM dan sekitarnya berasa amat bertuah kerana mendapat peluang bertemu dengan saudara Lim Jooi Soon dari Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA). Semua mengenali Saudara Lim sebagai seorang muslim yang telah menjadikan penyebaran dakwah sebagai kerja tetapnya.

Dalam sesi singkat yang tidak terancang dan acapkali terputus-putus kerana Saudara Lim tidak tahu apa yang hendak dibicarakan dan peserta pula tidak tahu apa yang hendak ditanya kepada beliau, Saudara Lim sempat melontarkan soalan-soalan asas tentang tauhid dan Islam yang membuatkan peserta terdiam dan masing-masing merenung ke dasar diri untuk mencari jawapannya. Misalnya bilakah anda memeluk Islam? Apa yang menarik minat anda kepada Islam? Benarkah anda Islam sejak lahir dan anda mewarisi Islam daripada keluarga anda seolah-olah iman dapat diwarisi?

Ketika hadir saudara Lim membawa beberapa naskhah The Fundamentals of Monotheism karangan Dr. Abu Ameenah Bilal Phillips yang telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin. Buku ini dalam bahasa Inggeris boleh didapatkan daripada Saba Islamic Media pada harga sekitar RM 35.00-40.00. Saudara Lim menghasilkan buku edisi Mandarin ini dengan kos RM 5.00. harga jualan RM 7.00 dengan RM 2.00 daripada jualan digunakan untuk mualaf.

<!–[if gte vml 1]> <![endif]–><!–[if !vml]–> <!–[endif]–><!–[if gte vml 1]> <![endif]–><!–[if !vml]–><!–[endif]–>

The Fundamentals of Monotheism oleh Dr. Abu Ameenah Bilal Philips

Buku ini memperkatakan konsep tauhid atas dasar la ilaha illallah semata-mata sebagai asas agama kerana banyak orang Islam pada hari ini kerana lemahnya asas aqidah atau tauhid ini telah membuatkan penganut Islam semakin jauh daripada ajaran Islam sebenar dan menggambarkan Islam yang salah kepada orang bukan Islam. Mereka memperkenalkan konsep ketuhanan Allah yang berbeza langsung daripada yang dibawa oleh Islam sehingga agama ini telah menjadi satu siri amalan-amalan adat nenek-moyang. Buku ini berusaha untuk memberikan kepada pembacanya analisis asas dalam bidang-bidang besar keesaan Allah dalam Islam.

Kita terlalu fokus pada perbahasan soal-soal cabang dalam agama dan kita tidak bijak meraikan perbezaan pendapat dalam bab-bab feqah. Walhal perkara yang patut menjadi tunjang pelajaran agama ialah tauhid yang patut kita fahami dengan terperinci tentang tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah dan tauhid asma’ wa sifat-Nya.

Melihat kepada kesungguhan Saudara Lim memberikan buku ini secara percuma agar dapat disebarkan kepada kaum Cina di Malaysia secara umum agar mereka lebih memahami Islam dan konsep ketuhanannya bahkan beliau sedang berusaha untuk menurunkan lagi harga kos buku ini dan akan menerbitkannya dalam edisi bahasa Melayu pula agar buku ini menjadi mampu milik dan mampu sebar oleh setiap orang Islam mengingatkan saya kepada usaha gigih yang telah lama dipraktikkan oleh Allahyarham Shaikh Ahmad Deedat yang menerbitkan risalah-risalah percuma melalui Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan di Malaysia Syed Shaikh al-Hadi pernah mengikut langkah yang sama sehingga rumah beliau tergadai demi meneruskan perjuangan menyebarkan risalah secara percuma.

Masyarakat kita sebenarnya sudah mahu membaca. Hanyasanya mereka kadang-kadang enggan memilih bahan bacaan yang ‘berat’ atau bahan bacaan yang baik tidak mampu mereka miliki. Dengan adanya usaha penerbitan bahan-bahan mampu milik dan mampu sebar seperti ini, proses dakwah akan berjalan dengan lebih progresif.

Kebaikan bahan bacaan ialah sasaran dakwah berpeluang mengambil masanya untuk membaca dan menghayati. Dalam pertemuan-pertemuan yang singkat, kita tidak mampu menjelaskan Islam secara menyeluruh dan mereka pun ada kalanya tidak terfikir apa yang hendak ditanya. Jika bahan bacaan itu berada dalam tangan mereka, lambat-laun mereka akan membacanya dan tanpa sebarang tekanan daripada kita atau orang lain mereka akan mula menghayati dan jika timbul kemusykilan mereka lebih jelas apa yang mereka tidak faham dan hal ini satu kelebihan kepada kita kerana jika kita telah mengerti punca kekeliruan mereka, lebih mudah kita hendak menerangkan Islam yang sebenar kepada mereka dan tidaklah kita bersimpang-siur dalam perbincangan.

Penghasilan bahan bacaan mengikut lidah sasaran dakwah amat penting kerana mereka lebih mudah memahami bahasa ibunda masing-masing. Kita tidak perlu hairan kerana golongan Kristian telah lama menerbitkan risalah-risalah dakyah mereka dalam bahasa Melayu dengan tajuk yang menarik seperti ‘Bicara Tuhan Padamu’ dan di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang dicerap daripada Bible dengan bahasa yang teratur dan menarik.

Untuk menghasilkan bahan risalah dakwah seperti ini, kita harus bertanggungjawab melengkapkan diri kita dengan kefahaman yang sahih tentang agama Islam supaya nanti dapat kita terangkan dengan baik kepada orang bukan Islam dan orang Islam yang telah salah faham. Oleh itu kita harus banyak membaca dan mendalami ilmu agama di samping menulis untuk menyampaikan risalah Islam yang penuh rahmat ini kepada sebanyak-banyak orang yang kita mampu.

Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu Maha Mulia. Dia yang mengajarkan manusia dengan perantaraan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (Al- ‘Alaq: 1-5)


Tindakan

Information

One response

27 04 2008
lillah

assalammualaikum..

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah. (3:110)

Bahawasanya, orang-orang Islam adalah umat yang paling baik dari sekalian umat telah dibuktikan oleh hadis-hadis Rasulullah saw juga. Sudah kita katakan dahulu bahawa ada ayat-ayat Al Quran yang menguatkan maknanya ini. Ayat yang tersebut di atas inipun memberikan kehormatan ‘umat yang paling baik’ ke atas kita,syaratnya kita hendaklah menyampaikan ajaran Islam, menyeru umat ke jalan Allah serta menegah mereka dari berbuat maksiat.

Oleh itu nyatalah bahawa umat islam mesti patuh kepada kewajipan menyampaikan kebenaran yang telah menjadikan mereka unggul dari lain-lain bangsa kalau tidak mereka tidak layak mendapat kehormatan lagi. Hendaklah diingatkan bahawa tidaklah memadai dengan mengerjakan kebajikan dan menjauhi kemaksiatan sekali sekala saja bahkan ‘amalan’ ini hendaklah diteruskan dan diamalkan pada setiap waktu higga kita dihadapkan kepada Allah. Ini bukan tugas sementara waktu. Ini tugas tetap. Anda mahasiswa ke, ex mahasiswa ke, ambil kos apa sekalipun, inilah profesion anda… Kita ditemu duga oleh Allah di alam rohani dulu(sebelum lahir).

~kita sama2 doakan agar kita dan semua sahabat2 lain agar terus istiqamah berdakwah walau di mana sekalipun dan dalam apa jua keadaan, amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: