Islam Di Hujung Kalam

27 04 2008

Siti Hazneza bt. Abdul Hamid

Kolumnis SPAQ

Biro Sastera Islam API (Angkatan Pemuda Pemudi Islam)

neza_nini@hotmail.com

Pada 17 Rabiul Akhir 1429 bersamaan 23 April 2008 yang lalu, kelompok kecil Muslim di USM dan sekitarnya berasa amat bertuah kerana mendapat peluang bertemu dengan saudara Lim Jooi Soon dari Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA). Semua mengenali Saudara Lim sebagai seorang muslim yang telah menjadikan penyebaran dakwah sebagai kerja tetapnya.

Dalam sesi singkat yang tidak terancang dan acapkali terputus-putus kerana Saudara Lim tidak tahu apa yang hendak dibicarakan dan peserta pula tidak tahu apa yang hendak ditanya kepada beliau, Saudara Lim sempat melontarkan soalan-soalan asas tentang tauhid dan Islam yang membuatkan peserta terdiam dan masing-masing merenung ke dasar diri untuk mencari jawapannya. Misalnya bilakah anda memeluk Islam? Apa yang menarik minat anda kepada Islam? Benarkah anda Islam sejak lahir dan anda mewarisi Islam daripada keluarga anda seolah-olah iman dapat diwarisi? Baca baki entri ini »

Advertisements