Modul-modul Bengkel SPAQ

24 04 2008

SPAQ mengucapkan ribuan penghargaan kepada hadirin yang sudi melapangkan masa dan minda untuk berdiskusi dan menerima input yang disediakan oleh SPAQ untuk belia dan mahasiswa. Semalam 24 April 2008, seramai hampir 25 orang peserta telah hadir dan peserta SPAQ yang belum pernah hadir bengkel sebelum ini juga turut hadir.

SPAQ berharap idea yang dokongsi akan dipadukan menjadi gerak kerja mengikut kapasiti dan kemahiran masing-masing. Untuk langkah awal, selain aktif dalam menjawab isu umat Islam, SPAQ juga menyediakan bahan-bahan informasi keilmuan berkaitan ideologi dan aqidah. Di samping istiqamah dengan kelas Aqidah Tohawiyyah SPAQ akan terus mengadakan siri bengkel ilmiah untuk mahasiswa dan belia.

Bermula bulan 5, dua minggu pertama akan diisi dengan pengajian Kitab Perisai bagi sekalian Mukallaf beserta huraian isu umat Islam terkini. Minggu ketiga dan minggu keempat pula akan diisi dengan Bengkel-bengkel Pemikiran anjuran SPAQ. Aktiviti ini dijalankan di USM. Sila dapat informasi lokasi setiap minggu melalui – 012 5296690 (Wardah) atau buka webblog kami : https://skuad.wordpress.com

(Minggu pertama dan Kedua)

Kelas Aqidah Tohawiyyah menggunakan kitab Perisai Bagi sekalian Mukallaf

(Minggu ketiga dan keempat setiap bulan)

Modul 1 : Ancaman Sekularisme (Nuruddin)

  • Slide pertama : asal-usul Sekularisme
  • Slide kedua : sekular menurut pandangan Islam
  • Slide ketiga : Perbahasan sekularisme di Malaysia.

Modul 2 : Sistem perundangan syariah di Malaysia (Nuruddin)

  • Slide pertama : sejarah perundangan Syariah Tanah Melayu (telah dibentang)
  • Slide kedua: Perundangan syariah pra merdeka
  • Slide ketiga : Perundangan Syariah pasca merdeka
  • Slide Keempat : Perundangan Syariah era selepas 1988

Modul 3: Masalah Pendidikan (`Izzat Anwari)

  • Slide pertama: IQ, EQ, dan SQ dalam Pendidikan
  • Slide kedua: Konsep Pendidikan dalam Islam
  • Slide ketiga: Peranan Guru dan Mahasiswa Pendidikan (bakal guru)

SPAQ mengalu-alukan mana-mana peserta yang ingin mneyumbang idea dan artikel kepada kami. Atau anda ada modul yang boleh diketengahkan. Emailkan : jihadin82@yahoo.com

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: