Allah adalah nama Tuhan yang ‘Tunggal’

21 04 2008

27 Mac yang lalu, kita dikejutkan dengan sedikit kenyataan daripada YB  Khalid Abdul Samad  yang menyatakan bahawa masyaralat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Sepertimana di Indonesia, di Malaysia juga terjemahan perkataan ’God’ dalam Bible telah diterjemahkan sebagai ’Allah’. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ’Allah’ hanya terjemahan kepada perkataan ’God’. Dalam ertikata lain sinonim bagi ’God’ adalah bermaksud ’Allah’.

SPAQ membantah tafsiran sebegini memandangkan ’Allah’ adalah kalimah jalalah yang mulia dan merupakan antara asma’ Allah yang mulia. Allah bagi konotasi dan maksud Kristian adalah terbit dari fahaman Triniti yang diasaskan oleh St Paul pada era keagungan empayar Rom sesudah kewafatan Nabi Isa. Allah menurut Islam adalah bersih dari sifat cela yang menyamai nilai kemanusiaan, jauh dari syirik yang sama kuasa dan kemampuan dengannya. Jadi mana mungkin kita mengiktiraf perkataan Allah yang digunapakai oleh agama Kristian.  Begitu juga perkataan Isa tidak sama dengan Jesus yang bermaksud anak Tuhan.

Allah adalah nama Tuhan yang mulia dan bukan sekadar Tuhan menurut agama lain. Ini bermakna, Allah juga tidak boleh diertikan sebagai Tuhan kepada agama lain juga selain Kristian.

SPAQ menghormati agama lain tetapi bukan mengiktiraf agama lain. Ini jelas sebagai perinsip asas seorang musim. Semua badan gerakan Islam perlu menghormati agama lain bukannya mengiktiraf agama lain kerana ia jelas bercanggah dengan saranan agama kita yang suci.

Perkara ini disentuh juga oleh Dr. Azizan Sabjan daripada USM dalam seminarnya bertajuk ’PERKHABARAN KENABIAN MUHAMMAD SAW DALAM KITAB-KITAB AGAMA DUNIA pada 19 april yang lalu di USM. Beliau turut menjelaskan secara panjang lebar secara ilmiah dan jitu berkenaan isu usul umat Islam ini.

 

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah

 

 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: