Tiada ketegangan hubungan Muslim-Kristian di Malaysia

17 04 2008

PULAU PINANG, 17 April 2008 – Umat Islam di Malaysia disarankan agar tidak menjadikan isu serangan media terhadap Islam sebagai suatu justifikasi untuk menghalalkan sebarang provokasi atau kontoversi hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) melihat isu serangan terhadap Islam ini lebih bersifat serangan golongan tertentu sahaja dan tidak mewakili kesemua hasrat dan perasaan umat Kristian seluruh dunia. Hubungan antara kaum yang harmoni di Malaysia perlu dikekalkan dan perlu berada pada landasan kebebasan beragama selain mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara ini. Merujuk kepada kenyataan  Majlis Gereja Antarabangsa (WCC atau The World Council Of Churches), bahawa mereka mengutuk filem anti al-Quran yang dihasilkan oleh Geert Wilders dan menganggap ia satu celaan terhadap semua agama serta lebih sebagai percubaan menggalakkan kebencian antara agama.

 

We believe this film does not represent the view of the Dutch people or Christians regarding Islam,” jelas Rima Barsoum, Koordinator WCC  berkenaan  hubungan Muslim-Kristian  pada IslamOnline.net pada 3 April yang lalu. Katanya lagi, seperti mana orang muslim, Filem Fitna itu tidak menjelaskan kebenaran hakiki mengenai Islam.

 

Semalam The Star melaporkan bahawa Majlis Gereja Malaysia juga tidak bersetuju dnegan tindakan berani Wilder berkenaan. Majlis itu yang juga mempunyai hubungan dengan Majlis Gereja Belanda juga telah menyetujui pendapat umat Kristian Belanda bahawa ianya bukan mewakili hasrat dan perasaan masyarakat Kristian di Belanda. Perdana Menteri Belanda juga telah mengeluarkan kenyataan media menyelar tindakan biadab tersebut.

 

Unit Media SPAQ: Wardah Abdul Rahman


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: