‘Fitna’ dalam Malaysia

6 04 2008

Semua seolah melihat kuman di seberang titi, gajah di sebelah tak kenampakan. Inilah halusnya serangan terhadap umat Islam. Tanpa disedari terdapat juga serangan penghinaan dan pertikaian terhadap hukum Islam dalam filem tempatan. Serangan pemikiran ini berorientasikan pelbagai bentuk yang berbeza-beza. Ada yang bersifat provokasi untuk melihat sensitiviti umat Islam dari semasa ke semasa. Ada yang bersifat ekspresi sikap sebenar diri organisasi atau individu itu terhadap Islam. Selalunya mereka berhujah atas nilai seni dan kekebasan berkarya. Ada pula yang bersifat serangan rentetan dari beberapa kes atau insiden tertentu di sekitar mereka. Selalunya cara ini akan menghasilkan penghinaan yang cukup mendalam serta terlalu deduktif untuk dinilai hujah mereka. Contohnya kenyataan daripada Pope Benedict.

Semasa Belanda mengeluarkan filem Fitna sebuah filem pendek 17 minit dihasilkan oleh Geert Wilders bersama Scarlet Pimpernel(filem ini disiarkan pada 27 Mac 2008 di internet melalui halaman web video LiveLeak.com), ramai masyarakat Islam bangun membuat protes dan bantahan. Namun SPAQ ingin membawa fokus kita kepada penghinaan ala liberalisme yang cuba mempertikai hukum Islam dan sensitiviti umat Islam Malaysia. Perlu diingatkan filem-filem ini walaupun dihasilkan kononnya atas tujuan pembetulan mentaliti umat Islam, dakwah dan sebagainya, kita tetap menganggap ianya bukan dihasilkan oleh pihak yang benar-benar ikhlas ingin menegakkan syiar Islam.

Apa kurangnya filem tempatan dalam usaha mereka mempertikai hukum agama? Sila perhatikan sinopsis berikut. Sepet ialah sebuah filem cerita cinta bercampurkan komedi yang difilemkan di Bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia pada tahun 2004. Diarah oleh Yasmin Ahmad, Sepet mengisahkan percintaan antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Agenda pluralisme jelas digariskan iaitu paranoid bukan Islam untuk memiliki gadis melayu kerana terpaksa mengubah agama mereka. Dalam satu forum antara etnik di Kuala Lumpur pada 2006 dahulu pernah ada seorang pemuda Cina menyatakan dalam Islam tiada paksanaan untuk masuk Islam, dan mengapa pula Islam perlu memaksa orang Cina masuk Islam jika ingin masuk Islam. Saya bangun menjawab dalam forum itu (walaupun bukan panel), dan menyatakan bahawa pernikahan dalam Islam adalah ibadah. Dalam agama lain boleh disekularkan perkahwinan mereka dan hanya mengikut adat tertentu malah boleh pula diadakan mengikut cara 2 atau 3 agama berlainan. Hal ini berbeza kerana Islam jelas dalam sistem perkahwinanya iaitu ia adalah ibadah dan ibadah hanya sah jika selepas menganut Islam. Saya bertanya pula apakah peraturan dan undang-undang agama kamu? Ada tak suatu peraturan dalam agama kamu untuk pertahankan kepercayaan kamu? Tidakkah kamu yakin dengan agama kamu? Keresahan terhadap penukaran agama ini adalah hasil serangan halus barat dalam menanam minda non-muslim tempatan agar mempertikai hakikat ini yang sebenarnya pada era awal merdeka tidak kedengaran pertikaian dalam hal tuntas ini.

 

Filem Gubra merupakan sebuah filem yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai mendewa-dewakan budaya Barat tetapi ditonjolkan dalam konteks Melayu. Menurut mereka, ia menonjolkan mereka yang berbudayakan barat tetapi berpakaian baju kurung dan baju Melayu. Filem ini juga didakwa mengeksploitasikan nilai kejutan atau “shock value” bagi temanya, dengan meletakkan perkara yang bercanggah, contohnya orang Islam, tetapi melacur. Perkara ini dianggap oleh mereka mungkin tidak mengejutkan sekiranya ditonjolkan oleh orang Barat, tetapi menurut mereka yang mengkritik dengan mengalihkan dua budaya yang bertentangan, konsep nilai kejutan ini memberi kesan yang sangat kontras yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati oleh para penonton. Babak-babak ini antara yang disebut sebagai punca kontroversi:

  • Sekelompok wanita Islam menjadi pelacur dengan alasan mencari rezeki secara terbuka, tanpa malu atau cuba merahsiakan pekerjaan mereka.

  • Ditonjolkan juga Pak Bilal dan isterinya didakwa seolah-olah merestui pencarian rezeki dengan tidak cuba menasihati pelacur tersebut, seolah-olah pelacuran merupakan kerja yang dibolehkan. Ini membelakangi ajaran al-Quran yang menganjur kita mengajak kearah kebaikan, dan melarang kepada kemungkaran. Ini menyerupai nilai barat bahawa agama dan kehidupan sekular diasingkan.

  • Terdapat dialog dalam filem tersebut ‘wanita Islam’ hanya perlu memakai tudung atas kehendak diri sendiri, seolah-olah bertudung itu bukan perkara yang wajib. Ia didakwa seolah-olah seperti menyatakan seseorang itu boleh memilih apa yang hendak diterima dan apa yang hendak dibuang dalam agama.

Filem ini juga menonjolkan wanita Islam yang bersuami boleh keluar dengan lelaki bukan muhrim dan suami wanita Islam tersebut seperti tidak ambil kisah. Dalam budaya Melayu, perkara tersebut dianggap dayus.

Lihat komentar Faisal Tehrani:

Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).”

Dalam filem terkini Akhirat pula yang dilakonkan oleh Jins Shamsudin, Nabila dan Vanida Imran. Ia suatu filem yang kononnya memujuk golongan terlanjur atau liar bahawa mereka boleh berubah jika mereka hendak. Tiada aspek kembali kepada Tuhan (ingat akhirat) yang dipaparkan melainkan keinsafan lebih kepada hasil daripada berkawan dan bukannya hidayah. Malah unsur menyalahkan takdir serta tidak faham keadilan Allah s.w.t jelas ditonjolkan.

SPAQ menyeru umat Islam Malaysia agar kembali cakna kepada serangan liberalis yang sebenarnya dangkal dalam hal agama serta bukan orang yang ingin kepada agama (jika tidak mesti mereka akan menutup aurat). Mereka akan membuat apa sahaja atas nama hiburan, persamaan hak, idea kritikal atau atas hujah ’inilah realiti Malaysia’ sedangkan budaya memegang anjing (mungkin kena dengan mazhab lain) bukan budaya realiti umat Islam. Mari bersama sedarkan masyarakat sekeliling.

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah


Tindakan

Information

One response

25 04 2008
SAIFULLAH ZULKIFLI

A’salam buat sahabat2 SPAQ…
Jazakallah atas perkongsian matlumat dan ilmu. Saya kagum dgn usaha yang SPAQ lakukan, yang mana Saya rasakan pada hari ini rata2 gerakan Islam sendiri kurang laksanakan gerakan pemerkasaan aqidah dalam konteks untuk berdepan dengan pertembungan baru, ‘Ghazwatul Fiqh’.

Dalam konteks ini Saya lebih cenderung untuk melihat kekeliruan yang yang berlaku peringkat dalaman ummat Islam. Saya secara peribadi tidak berasa pelik atau terkejut jika melihat Islam dihina oleh orang bukan Islam, kerana itulah lumrah dalam berjuangan Hak. Seperti contoh Isu Geert Wilders, malah filem seperti fitna telah diterbitkan sejak 5 tahun lepas. Wilders pun sebenarnya bagi saya hanya copy dan paste apa yang sering diulang2 bagi mereka yang salah faham terhadap Islam. Ambil contoh satu filem pada tahun 2006, Obsession: Radical Islam’s War Against the West yang bagi saya lebih bahaya dan pertempuran pemikiran.

Tujuan saya menulis dalam komen ini sebenarnya adalah untuk mengajak teman2 yang lain melihat ancaman dalaman ummat Islam itu sendiri. Tahniah kepada SPAQ kerana menyedarkan kembali tentang kewujudan Yayasan Homa Darabi yang mungkin sudah hampir 5 tahun saya melupakannya. Homa Darabi yang membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri sebagai tindakan membantah kerajaan Iran, Revolusi Islam yang dikatakan tertutup dan menindas wanita serta keengganan beliau memakai tudung.

Biografinya, Rage Against The Veil yang ditulis oleh adiknya parvin derabi yang akhirnya murtad dan mengishtiharkan diri sebagai athies yang sehingga kini bergiat aktif dalam feminisma yang menentang Islam. Karyanya Women of Truckee Making History letakkannya sebagai 30 wanita paling berpengaruh dunia.

Mungkin antara contoh kedua yang saya ingin ketengahkan adalah Ayaan Hirsi Ali, bekas ahli parlimen Belanda dan pernah dinobatkan sebagai salah seorang 100 orang paling berpengaruh dunia. Malah pada tahun ini juga nama beliau masih dalam pencalonan 100 orang paling berpengaruh dunia. http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1725112_1726934_1726935,00.html

beliau yang secara terang2 mengishtiharkan keluar daripada Islam dan menjadi athies yang kini secara lantang menentang sistem Islam terutama dalam aspek hudud, Syariah dan perundangan. Malah yang lebih dasyat lagi adalah beliau telah menerbitkan sebuah filem pendek yang bertajuk ‘submisssion’ http://www.youtube.com/watch?v=2aPLwh9dfW8

Saya mengenali Ayyaan yang asalnya lahir di Somalia dan kemudian mendapat suhaka politik di belanda apabila membaca sebuah laporan yang diterbitkan oleh RAND Corp, sebuah badan penyelidik AS bertajuk Building Moderate Muslim Network yang menggagaskan kepada kerajaan AS supaya menangani kumpulan yang dilihat sebagai
radikal Islam atau ekstrimis dengan strategi yang pernah digunakan sewaktu perang dingin dengan Soviet. Strategi untuk mendanai kelompok2 Islam liberal yang merosakkan Islam. Antara nama yang ditulis dalam kelompok itu demi tujuan untuk didanai bagi menyerang Islam dari dalam termasuklah Ayaan Hirsi Ali.
http://www.rand.org/pubs/monographs/MG574/

Justeru itu sebagai kesimpulan komen ini, saya ingin mengajak sahabat2 kepada tiga perkara. Pertama, sepertimana yang telah dikatakan oleh Syeikh Yusuf Qardhawi dalam responnya kepada isu Firna, agar Aqidah dan Ilmu ummat Islam dipermantapkan. Kedua gerakan Islam dan gerakan dakwah perlu dipermantapkan berasaskan
tarbiyyah dan ta’dib dengan memberikan sudut pandang Islam yang Shahih. Ketiga gerakan penulisan dan dialog yang memberikan gambaran sebenar Islam harus diperhebatkan.

Jazakallah
BB7 – 2.26 pagi
SAIFULLAH ZULKIFLI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: