Sahut seruan Mufti Perak sebagai agen penerangan Islam

3 04 2008

Harussani Zakaria

SPAQ ingin menyahut seruan Mufti Perak dato’ Harrussani agar semua umat Islam bangkit dengan segenap kekuatan (bil quwwah) untuk menjawab serta menyelesaikan kekeliruan ramai berkenaan hukum ‘jihad’ dan pertahanan dalam Islam akibat filem yang dikeluarkan oleh Geert Wilders. Filem yang selama  16 minit 48 saat dan 15 minit itu memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam.

Mufti Perak itu menyatakan bahawa pihak mufti-mufti telah memutuskan pendirian berhubung isu penayangan filem tersebut.

“Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert.

“Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes,” katanya.

SPAQ telah mengadakan bengkel berkenaan Isu Filem FITNA ini semalam (USM, 2 April 2008) dimana tajuk ini dibentang oleh Saudara Izzat Anwari (Koordinator 2 SPAQ) sejurus selepas pembentangan kitab Aqidah serta presentasi ” Sejarah perundangan Islam di Tanah Melayu” oleh Koordinator 1 SPAQ. Izzat Anwari juga menyarankan agar semua peserta bengkel mingguan ini agar peka dengan isu melalui membaca akhbar The Star dan NST untuk maklumat terkini serangan ‘ghuzwah ‘ pemikiran terhadap Islam. Seramai 20 peserta yang hadir bersedia untuk menjadi duta agama dalam masyarakat terutama dalam menjadi agen penerangan Islam. SPAQ mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan slaid perbincangan isu mingguan melalui webblog SPAQ.

Koordinator SPAQ 1: Muhammad Nuruddin Bashah


Tindakan

Information

One response

15 08 2008
mmy

saya cadang nak terbitkan buku mengenai ‘orang-orang kristian yang masuk Islam. Apa pandangan anda?
emelkan kepada saya: isherald_perkim@yahoo.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: