Hiburan selama 12 jam tanpa henti!

1 04 2008

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2008 – Hiburan selama 12 jam tanpa henti! Itulah kebanggaan baru rakyat Malaysia di Festival Muzik Antarbangsa Sunbust KL 2008 yang berlangsung di Polo Pavilion Bukit Kiara minggu lalu.

Acara ini berjaya mengumpulkan artis tempatan dan luar negara seramai 15000 walaupun harga tiket yang dikenakan adalah sebanyakRM 200. Masyarakat Malaysia terutama umat Islam telah disajikan dengan persembahan nyanyian sambil membuka baju oleh Brandon Boyd daripada kumpulan Incubus. Lebih meriuhkan lagi adalah persembahan kumpulan Parliament Funkadelic yang mana guitaristnya hanya berseluar dalam ala sumo.

Malaysia telah dihebohkan dengan tindakan liar Faizal tahir membuka baju di atas pentas persembahannya dahulu. Kini umat Islam tidak pula heboh apabila artis luar pula dipanggil dengan pelbagai ‘stail’ yang liar dan diluar aspirasi ‘hadhari’ Malaysia.

SPAQ amat serius memandang program sebegini kerana sangsi dengan jumlah umat Islam yang begitu ramai telah meninggalkan solat demi mendapatkan kualiti hiburan selama 12 jam yang senilai dengan harga tiket mereka.

Lambakan hiburan realiti, ditambah dengan kampus yang mula berubah daripada status taman ilmiah kepada taman hiburan, lambakan media tanpa sekatan dan kini konsert liar yang berprestij pula melanda negara ini. SPAQ berharap pihak berkuasa lebih cakna dan serius menilai permit kegiatan sebegini.

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: