Modul 1: Sekular (slaid pertama part 2)

29 04 2008

Modul 1: Sekular (slaid pertama part 2)

Salam Perjuangan Daripada SPAQ

Siri Bengkel Anti-Sekular SPAQ.

Hari : Rabu

Jam : 9 malam

Tempat : Kelas KAFA tingkat 2 USM

Tarikh : 30 April 2008





Latar belakang golongan berfahaman liberal dalam Islam

29 04 2008

 

Liberal bermaksud bebas dan tidak terikat dengan mana-mana ikatan ajaran keagamaan. Golongan yang berfahaman liberal ialah golongan yang ingin menggugurkan beberapa hak syariah dalam agama Islam agar agama ini sama taraf dengan gama lain di Malaysia.

 

Di Indonesia dan beberapa negara lain, ajaran Islam Liberal seolah-olah menjadi ‘agama’ baru kerana ia jelas membuang banyak sistem syariah dan aqidah. Golongan ini ditaja oleh gerakan Kristianisasi, freemason dan dan segelintir Orientalis yang bencikan kemajuan umat Islam melalui landasan agama. Baca baki entri ini »





Islam Di Hujung Kalam

27 04 2008

Siti Hazneza bt. Abdul Hamid

Kolumnis SPAQ

Biro Sastera Islam API (Angkatan Pemuda Pemudi Islam)

neza_nini@hotmail.com

Pada 17 Rabiul Akhir 1429 bersamaan 23 April 2008 yang lalu, kelompok kecil Muslim di USM dan sekitarnya berasa amat bertuah kerana mendapat peluang bertemu dengan saudara Lim Jooi Soon dari Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA). Semua mengenali Saudara Lim sebagai seorang muslim yang telah menjadikan penyebaran dakwah sebagai kerja tetapnya.

Dalam sesi singkat yang tidak terancang dan acapkali terputus-putus kerana Saudara Lim tidak tahu apa yang hendak dibicarakan dan peserta pula tidak tahu apa yang hendak ditanya kepada beliau, Saudara Lim sempat melontarkan soalan-soalan asas tentang tauhid dan Islam yang membuatkan peserta terdiam dan masing-masing merenung ke dasar diri untuk mencari jawapannya. Misalnya bilakah anda memeluk Islam? Apa yang menarik minat anda kepada Islam? Benarkah anda Islam sejak lahir dan anda mewarisi Islam daripada keluarga anda seolah-olah iman dapat diwarisi? Baca baki entri ini »





PESEDIAAN MENGHADAPI CABARAN UMAT ISLAM MENURUT Al-USTAZ FATHI YAKAN

24 04 2008

Belia merupakan aset terpenting dalam persiapan untuk menghadapi segala cabaran umat Islam. Golongan muda dianggap sebagai nadi atau ayam tambatan bagi merealisasikan kea rah suatu perubahan yang lebih baik.

Persoalannya di sini, mengapa mesti belia? Kenapa pergantungan sentiasa kepada belia? Baca baki entri ini »





Modul-modul Bengkel SPAQ

24 04 2008

SPAQ mengucapkan ribuan penghargaan kepada hadirin yang sudi melapangkan masa dan minda untuk berdiskusi dan menerima input yang disediakan oleh SPAQ untuk belia dan mahasiswa. Semalam 24 April 2008, seramai hampir 25 orang peserta telah hadir dan peserta SPAQ yang belum pernah hadir bengkel sebelum ini juga turut hadir.

SPAQ berharap idea yang dokongsi akan dipadukan menjadi gerak kerja mengikut kapasiti dan kemahiran masing-masing. Untuk langkah awal, selain aktif dalam menjawab isu umat Islam, SPAQ juga menyediakan bahan-bahan informasi keilmuan berkaitan ideologi dan aqidah. Di samping istiqamah dengan kelas Aqidah Tohawiyyah SPAQ akan terus mengadakan siri bengkel ilmiah untuk mahasiswa dan belia. Baca baki entri ini »





Muhammad; Penerus risalah Anbiya’ terdahulu

22 04 2008

Pada 9.15 malam, 20 April 2008 yang lepas, SPAQ telah menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Dr. Azizan Sabjan, pensyarah dari Pusar Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM. Dewan Kuliah A ini hampir dipenuhi oleh peserta yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan juga wakil-wakil dari badan bukan kerajaan. ‘Misconception of the revealed religion and Muhammad s.a.w. in world scriptures’ adalah tajuk ceramah yang disampaikan dan secara keseluruhannya, SPAQ merasakan tajuk ini dipilih untuk menjawab sedikit-sebanyak persoalan berkenaan isu karikatur Nabi Muhammad s.a.w. serta penghinaan ke atas Al-Quran yang telah dihasilkan oleh Greet Wilders baru-baru ini. Berikut merupakan isi kandungan ceramah tersebut. Baca baki entri ini »





Siri Bengkel Anti-Sekular (Siri 1)

21 04 2008

Salam Perjuangan Daripada SPAQ

 

Kelas Aqidah Tohawiyyah ditangguhkan dan digantikan dgn

 

Siri Bengkel Anti-Sekular SPAQ.

 

Hari : Rabu

Jam : 9 malam

Tempat : Kelas KAFA tingkat 2 USM

Tarikh : 23 April 2008

 

Pembentangan Slide Kes Sufiah Yusuf oleh Bro. Izzat Anwari

Pembentangan Slide Asal-Usul Sekularisme (Siri 1)

oleh Muhammad Nuruddin Bashah

 

Perhubungan : Wardah (012-5296690)

Skuad Penyelamat Aqidah