Fitna: Islam Dipijak Terang-terangan!

31 03 2008

Keseriusan golongan anti-Islam dalam menyuarakan pendapat sangat melampau sejak akhir-akhir ini. Atas alasan kebebasan bersuara, golongan ini sesuka hati mengekspresi kritikan dan kutukan terhadap Islam terutama terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan al-Quran al-Karim.

Filem Fitna yang diterbitkan oleh ahli parlimen Belanda, Geert Wilders, memberi reaksi yang sangat sensitif kepada umat Islam di seluruh dunia. Filem 16 minit 48 saat ini yang dilancarkan pada Khamis (27 Mac 2008) lalu mengutuk 4 ayat di dalam al-Quran (al-Anfāl 8:60, an-Nisā’ 4:56, Muhammad 47:4, an-Nisā’ 4:89) yang kononnya pada dakwaan Wilders membawa kepada keganasan. Filem ini disiarkan di internet tetapi ditarik balik oleh LiveLeak.com pada Jumaat lalu. Penarikan ini hanyalah lakonan semata-mata kerana filem ini telahpun dimuat turun dan disebarkan melalui laman web perkongsian fail (file-sharing sites). Dalam filem ini juga dimuatkan klip tragedi September 11, pengeboman keretapi bawah tanah di Madrid, dan tragedi-tragedi lain yang berkait dengan Islam.

 

Islam dan WTC

Agak menghairankan bagi saya apabila Wilders mengaitkan peristiwa 11 September dengan Islam walhal sudah terlalu banyak bukti yang didedahkan oleh media Barat terutama ABC News setelah penangkapan 5 orang Yahudi (Sivan Kurzberg, Paul Kurzberg, Yaron Shmuel, Oded Ellner, dan Omer Marmari) yang menjadi suspek dalang kepada tragedi ini. Penangkapan mereka ini setelah laporan seorang wanita bernama Maria apabila melihat gelagat 5 pemuda ini berseronok sewaktu tragedi ini berlaku. Setelah disiasat oleh FBI, mereka ini ialah Mossad (Ha-Mossad le-Modiin ule-Tafkidim Meyuhadim), sebuah badan perisikan luar negeri Israel, dan menyamar di bawah Urban Moving System (UMS) berpusat di New Jersey.

Pembikinan Fitna ini juga dilihat sebagai propaganda Wilders untuk mengaitkan Islam dengan keganasan yang berlaku walaupun sudah terbukti bukan Islam dalang sebenar. Klip-klip Syiah yang tidak disangkal mempunyai unsur ganas dan ekstrim juga dimasukkan dan digambarkan sebagai wakil Islam secara keseluruhannya. Ucapan beberapa tokoh agama diambil pada kata-kata yang mengecam agama lain bagi menampakkan Islam sangat membenci agama selain dari Islam. Namun, Allah s.w.t melarang sama sekali umat-Nya mencerca agama lain seperti dalam firman-Nya:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

[QS al-An’ām 6:108]

 

Umat Islam dilarang sama sekali untuk mencaci agama lain. Kita menghormati fahaman mereka tetapi sama sekali tidak mengiktiraf mereka sebagai agama yang benar. Ini harus difahami oleh semua umat Islam.

 

Lakonan Fitna

Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende membuat kenyataan media tidak menyokong tindakan Wilders itu atas alasan khuatir umat Islam akan memprotes dengan ganas dan membunuh mereka. Balkenende juga meletakkan Belanda dan Wilders dalam keadaan berjaga-jaga supaya tiada malapetaka yang lebih buruk berlaku lagi selepas pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh pada tahun 2004.

Pembikinan filem ini memberi satu tamparan hebat kepada umat Islam terhadap perasaan golongan anti-Islam yang selama ini membawa sentimen keagamaan secara senyap. Penerbitan filem pertama yang mengutuk umat Islam oleh Theo van Gogh dikeluarkan pada tahun 2004. Filem ini mengisahkan kononnya penindasan ajaran Islam terhadap hak kaum perempuan dalam Islam itu sendiri. Reaksi yang hebat umat Islam seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya filem ini sehingga pembunuhan Gogh oleh Mohamed Bouyeri.

Wilders juga merupakan ahli parlimen di Belanda yang memungkinkan propaganda Fitna ini adalah satu taktik kotor politik Wilders dalam menguasai atau mengeksploitasi dasar Belanda menggunakan isu jihad dalam Islam. Latar belakang Wilders juga harus dijadikan sandaran dasar pembikanan Fitna ini. Pentafsiran al-Quran dalam Fitna terlalu cetek pemahaman serta jelas kepesongan yang sengaja dibangkitkan sebagai isu besar. Keintelektualan Fitna langsung tidak membuktikan bahawa Wilders seorang yang adil malah mempunyai agenda tertentu dalam isu antara agama dan perkauman di Belanda.

Setiap berita atau isu yang dibawa oleh golongan ini harus dikaji secara telus dan teliti supaya tidak ada perbalahan dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Firman Allah s.w.t dalam kitab-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

[QS al-Hujurāt 49:6]

 

Peranan Semua

Saya menerima emel daripada seorang pensyarah di USM setelah surat terbuka saya diedar. Dalam emel tersebut, beliau menimbulkan persoalan boikot barangan Belanda. Adakah jika selepas ini Amerika, Jepun atau negara lain mengutuk Islam kita akan memboikot kesemua barangan mereka sedangkan banyak barangan harian yang kita gunakan adalah daripada negara-negara tersebut?

Inilah ‘keperluan yang dicipta’. Kebanyakan produk-produk yang dijual di pasaran sebenarnya bukanlah satu keperluan yang penting. Pergantungan kita kepada barangan buatan negara luar memaksa kita untuk memikirkan tentang natijah buruk kepada diri kita sendiri. Barangan-barangan berjenama, produk-produk mewah, menjadi keperluan harian kita sedangkan kebanyakan barangan ini hanyalah ‘keinginan’ semata-mata.

Jika dikaji dengan teliti, nilai kepenggunaan umat Islam sendiri terlalu rendah. Pengorbanan kita terhadap usaha memboikot tidak telus dan ikhlas. Malah boikot hanyalah usaha kecil tetapi memberi impak yang sangat besar dalam diri. Usaha pemahaman terhadap Islam wajib dilakukan oleh semua peringkat umat Islam. Ini disebabkan sistem kita selama ini hanya menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi sebagai agama ritual sahaja dalam diri. Pemahaman kita terhadap Islam itu sendiri masih rapuh. Salah siapa?

 

Boikot, lepas tu?

Usaha memboikot adalah sebagai tanda protes dalam diri kepada tindakan menghina Islam. Jika dilihat dari sudut ekonomi, usaha memboikot barangan Belanda tidak mendatangkan kesan yang serius kepada negara tersebut. Perjudian dan perniagaan arak merupakan antara sumber terbesar dalam ekonomi Belanda. Sekali lagi saya tekankan, usaha memboikot hanya melatih diri untuk membina kesensitifan umat Islam terhadap golongan yang mencaci kesucian Islam itu sendiri!

Perkara utama yang perlu digariskan di sini adalah adakah peristiwa sebegini akan berlaku lagi? Adakah Islam akan menjadi bahan jenaka dan kutukan 10 tahun lagi? Isu-isu semasa yang lebih dasayat dan serius di dalam negara kita sendiri jarang diketengahkan. Malah kebanyakan isu-isu ini menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada kesucian Islam itu sendiri. Golongan ini harus dipantau secara serius dan tindakan lanjut perlu diambil supaya Islam tidak dinodai walau sekecil zarah. Tetapi adakah kita bersedia untuk semua ini? Tepuk dada, tanya iman.

Koordinator 2 SPAQ: `Izzat Anwari bin Hasni


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: