Pengisian PRU-12: Cabaran Utama Umat Islam di Malaysia

28 03 2008

Pilihan Raya Umum yang ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac yang lalu mencipta satu iklim politik yang baru buat rakyat Malaysia. Pelbagai isu pasca PRU melibatkan persoalan perundangan serta perlantikan Menteri Besar dilihat sebagai satu rencah politik yang boleh ditafsir sebagai asam garam dunia politik. Namun perkara utama yang perlu dilihat oleh semua pihak adalah pengisian kemenangan PRU dari pelbagai sudut terutama melibatkan persoalan imunisasi aqidah serta syari’ah di Malaysia.

SPAQ ingin menyentak kembali kesedaran umat Islam terhadap sejarah penentangan golongan liberalisasi Islam di Malaysia sebelum PRU-12. Penubuhan IFC, penentangan terhadap Undang-undang Keluarga Islam, kumpulan anti-Mahkamah Syariah, gerakan pembasmi Artikel 11, Artikel 121 (1A), isu Lina Joy, dan sebagainya harus dijadikan peringatan dan kayu ukur utama dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan Islam oleh pihak pemerintah baik di pihak kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri. Walaupun kes ini berlaku sebelum PRU-12, agenda yang sama berkemungkinan besar akan timbul selepas rakyat sendiri memberi ‘mandat’ majoriti kepada golongan liberal ini sama ada mereka mewakili Barisan Nasional ataupun Barisan Alternatif!

Agenda liberalisasi Islam ini disuburkan lagi setelah perlantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga sistem perundangan dan mahkamah di Malaysia. Perlantikan ini secara jelas menampakkan kestabilan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan di Malaysia semakin terancam bagaikan telur di hujung tanduk. Ini terbukti apabila Datuk Zaid Ibrahim sendiri terlibat sebagai ‘core person’ dalam penentangan hudud di Kelantan serta pengasas kepada penubuhan IFC (pada awalnya dikenali sebagai IRC).

Agenda liberalisasi Islam wajib dipandang serius oleh semua umat Islam kerana prinsip serta konsep liberal terlalu halus serta sukar dikesan pada awalnya. Ini sangat berlainan dengan agenda sekularisasi yang lebih bersifat empirikal dan mudah dikesan. Kedua-dua ancaman ini sangat berbahaya kepada Islam.

SPAQ dengan keras menyelar usaha-usaha golongan liberal yang mengganggu-gugat kesucian Islam dalam apa jua bentuk sekalipun. SPAQ juga menyeru semua pendokong gerakan Islam supaya bangkit bersama memperjuangkan penentangan terhadap golongan liberal ini secara keras.

Kemenangan BA menawan 5 negeri merupakan suatu kejayaan yang harus dibanggakan dalam merubah nasib masyarakat di Malaysia. Namun secara peribadi, jika dianalisis dengan mendalam dan telus, PRU-12 majoritinya dimenangi oleh ‘parti’ liberalisasi Islam. Maka dengan itu, usaha para pendokong gerakan Islam mestilah dilipat-gandakan dengan segera.

Koordinator 2 SPAQ: `Izzat Anwari bin Hasni

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: