Datuk Zaid Ibrahim: Bukti keruntuhan Islam Hadhari

19 03 2008

Zaid Ibrahim

 

Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Ahli Parlimen Kota Bahru) telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengisi kabinet Malaysia bermula semalam. Kepada penggerak isu aqidah, syariah dan pejuang umat Islam, perlantikan beliau yang pernah memohon untuk membuat petisyen terhadap perlaksanaan undang-undang hudud di Terengganu pada tahun 2002, telah menjadi suatu paranoid.

SPAQ tidak ingin membincangkan perihal kerelevanan perlaksanaan undang-undang hudud dalam masyarakat kita, akan tetapi serangan beliau terhadap hudud adalah merupakan suatu tindakan manifestasi anti syariah dan sistem perundangan Islam secara amnya.

Malaysia tidak melupakan tindakan beliau dalam suatu perbincangan meja bulat parlimen berkenaan artikel 121(1A) pada 5 januari 2006. Sebagai umat Islam, bekas ahli parlimen Kelantan serambi Mekah, sebagai individu yang mendapat mandat dan kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri sebagai pengisi kabinet ‘bersih’ beliau, kenyataan skeptikal beliau tentang sistem mahkamah syariah amat menyedihkan.

Beliau berkata,“Isu seluruhnya ini (isu murtad, IFC) adalah berkenaan rakyat dan keadilan. Artikel 121 (1A) perlu dibasmi. Mahkamah Syariah perlu memutuskan berdasarkan undang-undang dan telah menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi untuk menentukan sama ada keputusan Mahkamah Syariah selaras dengan undang-undang atau tidak”.

SPAQ melihat suara Dr. Masyitah Ibrahim sahaja tidak dapat mengimbangi kuasa dan suara-suara lantang termasuk Datuk Zaid mengenai legitimasi syariah dan aqidah umat Islam di dalam Kabinet Malaysia. Ambiga Sreenevasan Presiden BAR Council berkata ““We believe that he has, going by what he has said in the past, the right vision to strengthen the administration of justice”. Demikian komentar Badan Peguam Malaysia terhadap keinginan Datuk Zaid untuk terlibat dalam pemerkasaan sistem perundangan Malaysia.

Persoalannya, adakah usaha tersebut akan mengembalikan ketelusan sistem perundangan Malaysia atau ianya juga merangkumi penafian legitimasi 121(1a) Artikel 121 (1A) yang dibentuk pada era pentadbiran Tun Mahathir kini mula tercabar pada era pentadbiran sekarang akibat longgarnya sistem Islam Hadhari sekarang melindungi imunisasi sistem syariah di Malaysia.

SPAQ menyarankan kepada pihak YAB Perdana Menteri agar meneliti klausa ‘kabinet bersih’ yang diwar-warkan agar kabinet yang berteraskan Islam saranan beliau akan diisi juga oleh individu yang pro-syariah serta tidak terlibat dengan mana-mana pakatan anti syariah dan sistem mahkamahnya.

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin bin Bashah


Tindakan

Information

2 responses

19 03 2008
Yb Khairi

what do u really expect from the cabinet members? a clean govt. Oh god please. they are telling people that they are clean while sh*tting on others food. (sorry for the vulgar word but it fits). They said there are alert for the needs. But they are doing it vice versa. thanks for these article at least i can show to all the people who still believe in the strong Govt of Islam Hadariee. Huh.

Suatu Hari Nanti Matahari Pasti Terbit……

19 03 2008
kamipejuang

salam.. nampaknya Pak Lah masih lagi lena dibuai mimpi.. tidakkah dia melihat atau sememangnya tidak dia tidak ketahui topeng yang dipakai oleh Zaid Ibrahim dalam menyokong penubuhan IFC.. adakah cara bagaimana mahu mengeluarkan Zaid Ibrahim dalam “Kabinet Bersih” ini dengan menggantikannya dengan yang lebih layak? Pelantikannya semestinya ditunggu-tunggu oleh golongan-golongan liberal Islam.

komen dari Lim Kit Siang, “Pelantikan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim bagi memegang portfolio undang-undang adalah perubahan positif dalam pembentukan barisan kabinet baru. Ia dapat memulihkan keyakinan rakyat kepada institusi keadilan dan kehakiman negara yang tercemar dengan beberapa skandal sebelum ini.” – komen tanda gembira…

harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.. Allah bantulah kami..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: