Di mana perjuangan masyarakat kita?

16 03 2008

af

Dalam liputan majalah Mastika Bulan Mac 2008, ada segmen yang melaporkan perihal Akademi Fantasia yang dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan. Dalam ertikata lain, ada yang berpendapat bahawa AF6 bakal hambar, tidak bermaya dan tidak popular. Mungkin lambakan artis-artis segera di Malaysia menyebabkan mereka berpendapat begitu. Mastika telah meninjau sendiri kawasan-kawasan audition dan mendapati ada yang sudah kali ke-6 audition ! Ada yang bergaya ustazah, ada yang memiliki ijazah luar negara tetapi tidak mahu bekerja sebaliknya berlatih vocal untuk sertai AF 6. Ada yang sanggup beratur sejak subuh demi mendapatkan nombor giliran paling awal. Berkampung beramai-ramai diluar kawasan audition.

Hari ini AF kelihatan amat tinggi nilai graduasinya. Ijazahnya lebih bermakna daripada lulusan luar negara barangkali menurut sesetengah masyarakat. Orang Melayu sedari dahulu terkenal dengan nilai perjuangan yang tinggi. Mereka merantau belayar dan ahli perang yang cekap sekitar Asia Tenggara. Tetapi kini, perjuangan mereka lain. Mereka melobi anak kampong mereka agar menang dalam rancangan reality. BerSMS bersungguh-sungguh demi ‘satu perjuangan’. Hiburan dan muzik memang perkara harmoni yang menjadi fitrah manusia. Tetapi masih kurangkah hiburan di Malaysia hingga begitu dahsyat penangan rancangan realiti terhadap emosi penonton/penyokong, hingga menukar erti perjuangan orang Islam daripada perjuangan ‘ad dunya mazraatul akhirah’ (Dunia ladang untuk akhirat) kepada perjuangan untuk popular dan kaya segera melalui rancangan realiti TV?

Dalam masa yang sama, media menghidangkan kekejaman orang Islam dalam jenayah. Keterlibatan remaja Islam dalam amalan songsang Gothic dan Black Metal tanpa mengetahui asal-usul aliran berkenaan. Mereka tiada masa menilai semua itu kerana hanya membeli akhbar untuk melihat keputusan bola atau keputusan calon realiti TV mereka sendiri. Pada SPAQ, usaha memartabatkan rancangan realiti daripada layu adalah melambangkan erti perjuangan umat Islam Malaysia era baru. Sedar-sedarkan ahli keluarga anda.

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah


Tindakan

Information

4 responses

17 03 2008
saifullah

salam..alhamdulillah sy amat tertarit dgn apa yg dperkatakn olh shbt itu.. realiti masyarakat kita skarang amat merunsinkan..masyarakat kita skrg amat kronik dengan masalah hiburan yg mlampau2 dari smua pringkat usia tak kira tua, muda malah kanak2 skali pun sudah mula djangkiti pyakit hendonesma ni.. oleh itu blh shbt jelaskn ttg mslh pgaruh artis yg djadikan role model olh sekelompok masyrakat kita..dr segi pmakaian, cara hidup, pergaulan n lain2 lg..krn ini bg sy antara pkara yg mampu mgugat akidah masyarak kita pd masa kini…semoga pjuangan ini sentiasa berada dbawah naugan panji-panji pejuang ALLAH SWT.. syukran..

17 03 2008
bitara

salam.
tahniah atas perkembangan hebat ini.
semoga terus kebal menterjemah bicara hati menerusi hujung jari.
memang dahsyat segala kebejatan yg sedang beraja sekarang.
semakin hari semakin menakutkan. suatu ketika dulu anak gadis yang mengandung tanpa suami dianggap perkara yg sgt memalukan. tapi sekarang, tidak lagi. jika dahulu peristiwa murtad berkumandang, ada saja demonstrasi bantahan utk tujuan menyelamat walau hanya seorang, daripada dibakar selama-lamanya dalam api neraka. skrg, murtad itu perkara biasa dan lebih menyedihkan puncanya ialah cinta. jika dahulu bohsia bohjan sama-sama dibimbangi oleh segenap masyarakat dan sama-sama cuba diatasi, kini hilang gelaran bohsia bohjan lahir pula gelaran mat dan minah rempit yang aksi-aksi ganas mereka jauh lebih ‘advance’ daripada bohsia bohjan suatu ketika dahulu. namun, siapa peduli? mereka sudah tidak mampu dikawal lagi. dan tambah parah lagi, ada pula pihak yg mengambil kesempatan atas keruntuhan moral anak-anak ini utk tujuan politik..astaghfirullah..

adakah kita termasuk dalam golongan org yg tak ambil peduli? kubur masing-masing? kalaupun kubur masing-masing, jika jiran sebelah kubur kita kena seksa, amankah kita di sisinya? dan usah dilupa, kubur bukan tempat terakhir kita. selepas dibangkitkan kita akan tetap dipersoalkan, ke manakah usia kita dihabiskan? renungkan, selami kalbumu..

-siti rogayah bahari-
-USM-

18 03 2008
Yb Khairi

2 thumbs up….
baguih benda peringatan cam ni ada…
tetapi mungkin sesuai untuk golongan tertentu je (mungkin kerana gaya bahasa).
maybe coordinator can be more focus on the method to outcome this constraints. it will be more helpful to us.
anyway, well done u guys…and good luck too.
love islam, love all

20 03 2008
ding

Semoga usaha ini terus hidup diperjuangkan demi islam tercinta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: