Politik: Pendirian SPAQ kukuh

15 03 2008

BUKIT GAMBIR, 15 Mac 2008– Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) kini berdiri atas kaki sendiri selepas kami sekian lamanya mengikuti pelbagai program kemasyarakatan dan pembaikan sosial sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Usia muda para pendokongnya tidak akan menidakkan kapabiliti dan kompetensi kami untuk berada di celahan masyarakat.

Sebagai NGO atau badan bebas yang bergerak semata-mata untuk membantu kepada imunisasi aqidah dan syariah di Malaysia, SPAQ akan bert indak progresif sebagai ‘pressure group’, ‘check and balance’ dan ‘watch dog’, kepada sistem politik negara dan sosial agar ianya dapat menjamin survival aqidah umat Islam.

Tanpa mengira kemenangan mana-mana parti politik, SPAQ akan terus memantau dan memastikan imunisasi aqidah tetap kebal memandangkan keresahan musuh Islam terhadap sistem syariah dan aqidah di Malaysia. 

Firman Allah:

Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya”   [at-Taubah: 122]

Bertitik tolak daripada ayat ini, kami dengan usaha yang kecil serta semangat kurniaan Allah, akan membantu masyarakat kebanyakan untuk lebih memahami aqidah dan syariah yang sahih lagi benar. Lambakan bahan-bahan bacaan yang memesong aqidah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di blog-blog serta laman web, memberi satu semangat untuk kami menjadi kelompok muzakkir (pengingat) kepada umat Islam akan aqidah yang tulen.

Dahulu, semasa Pemerintahan Khalifah al-Makmun di Baghdad, Empayar Islam diselimuti system syariah yang menyeluruh. Namun begitu kerosakan dan penyelewengan aqidah tetap boleh berlaku. Lantaran itu walaupun kuasa politik berada di tangan umat Islam, ajaran Muktazilah, Jabbariyah, Qadariyyah, Mujassimah dan sebagainya boleh merasuk pemikiran rakyat sehinggakan mempertikai nas-nas sahih termasuk al-Quran. Sekadar berpolitik dan berpencak dalam pemerintahan belum boleh memastikan perjalanan syariah dan aqidah berlaku dengan baik dan terkawal. Lantaran itu munculnya ulama’ seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal, Imam Izzuddin Abdul Salam, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya yang bertindak mengawal aqidah, menasihati Khalifah dan seolah-olah murid mereka menjadi pendokong ‘NGO’ pada zaman itu.

Lantaran itu SPAQ mengambil tindakan akan proaktif dalam semua isu-isu yang melibatkan aqidah dan syariah seperti isu IFC, Liberalisme dalam Islam, emansipasi agama dan gender, isu ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sebagainya, isu sekular dalam pendidikan dan pelbagai isu antarabangsa termasuk penghinaan terhadap Rasulullah dan Islam.

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin Bashah


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: