Remaja: Realiti dan Fantasi

14 03 2008

Terima kasih Zul atas soalan yang diberikan. 

Secara ringkasnya remaja masa kini hilang identiti diri, tidak kira sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Mereka terbawa-bawa budaya ikut-ikutan (Gothic, Hip-hop, Punk, Skinhead, dll) yang mendokong fahaman tertentu. Fahaman sebegini lahirnya bersebab namun tidak relevan langsung untuk diikuti apatah lagi dijadikan sebagai fahaman kepada anak muda di Malaysia khususnya.

Zaman remaja memerlukan idola atau bahasa yang lebih sopan ‘tokoh untuk diikuti’. Mana-mana manusia akan mencari seorang manusia lain untuk meniru gaya, keperibadian, sikap, dan akhlaq. Sebab itu ibubapa merupakan tokoh pertama bagi semua manusia di dunia. Buktinya, kanak-kanak sering membandingkan kebaikan ibubapa mereka dengan ibubapa kawan-kawannya yang lain. Perbandingan ini bersifat kelebihan dan kehebatan ibubapa masing-masing hingga kadang-kala boleh menyebabkan pergaduhan sesama kanak-kanak ini apabila ibubapa mereka ‘kalah’ dalam perbandingan tersebut.

supermanKanak-kanak juga mudah dipengaruhi oleh superhero-superhero kelahiran barat seperti Superman, Batman, malah ada juga yang mengagungkan X-Men, Ultraman, Kamen Rider, dan sebagainya. Ini kerana sifat kanak-kanak ini mudah mengikut ‘orang yang hebat’ serta susah dikawal dari segi mentaliti mereka.

Sifat semulajadi ini menjadikan manusia sentiasa mencari manusia lain untuk menjadi tempat bergantung dari segi keperibadian. Maka muncullah cita-cita seperti doktor, Perdana Menteri, ahli bomba, saintis, dan sebagainya atas dasar menjadikan karier sebagai matlamat ataupun tujuan mereka setelah dewasa nanti. Malah, bagi kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang berkarier besar(doktor, jurutera, bussinessman, dll), mereka lebih berwawasan dan cita-cita mereka lebih gah daripada kanak-kanak yang mempunyai ibubapa tidak berkerjaya(penoreh getah, pesawah, nelayan, dll). Inilah fitrah manusia sejak kecil hinggalah dewasa.

Tetapi setelah meningkat remaja, kebebasan mereka diberikan secara sukarela ataupun terpaksa oleh ibubapa. Remaja yang bersekolah di asrama diberikan kebebasan secara terpaksa manakala remaja di kawasan bandar kebanyakannya diberikan kebebasan secara sukarela oleh ibubapa mereka kerana sudah menjadi satu norma masyarakat di bandar begitu. Kebebasan inilah yang menjadi suatu transisi besar pemindahan sifat mencari tokoh ikutan tadi. Pada awalnya mereka didedahkan dengan tokoh yang baik-baik seperti ibubapa mereka sendiri. Tetapi setelah berjauhan dengan ibubapa dan bebas bergaul dengan kawan-kawan tanpa batasan, mereka cuba mencari ‘manusia hebat’ yang lain untuk diikuti.

cradle of filthTerbitnya budaya merempit, menyertai kumpulan muzik yang melanggar syariat Islam, gejala menghisap dadah, seks bebas, sumbang mahram, anti-Tuhan (JIT), dan berbagai lagi adalah akibat daripada salah memilih tokoh. Mereka mengagungkan Kurt Cobain, menyembah Cradle of Filth, mengagungkan Iron Maiden, dan sebagainya. Tokoh yang salah inilah punca utama remaja sekarang kian terpesong; secara realitinya!

Jika kita berbalik kepada ajaran Islam yang menekankan keperibadian Rasulullah s.a.w yang sangat terpuji, kita akan dapat menetapkan pegangan dan contoh terbaik buat semua manusia dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran, surah al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud, “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan membawa rahmat sekalian alam”. Maka Rasulullah sahaja yang layak dijadikan contoh tauladan serta tokoh kepada semua manusia merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Tuntasnya, Rasulullah adalah tokoh sepanjang hayat tanpa sebarang kompromi.

Lambakan siaran TV dan iklan yang mempromosikan budaya pergaulan bebas seperti iklan Head&Shoulders, aiskrim Walls, dan sebagainya secara tidak sedar membentuk kotak pemikiran manusia terutama kanak-kanak dan remaja, menerima pergaulan bebas itu sebagai norma dalam masyarakat. Oleh itu, mereka tidak segan silu untuk melakukan maksiat hatta di hadapan orang ramai sekalipun. Maka terbitlah lambakan video-video 3GP hasil rakaman daripada handset berkamera yang di’upload’ di dalam internet serta disebarkan melalui MMS. Siapa yang bertanggungjawab atas kebejatan ini? Ibubapa yang lalai? Media yang mempromosi pelbagai maksiat dengan pelbagai nama? Pihak sekolah yang tidak memantau perkembangan para pelajar? Pengawas sekolah yang seringkali menyimpan rahsia salahlaku pelajar? Guru yang bersekongkol malahan ‘memakan’ pelajar sendiri? Ahli politik yang tidak mengambil berat tentang perkembangan kawasan tadbiran mereka? Atau kita yang membaca artikel ini seterusnya tidak berbuat apa-apa?

Satu lontaran untuk semua pembaca. Wassalam.

Koordinator 2 SPAQ: `Izzat Anwari bin Hasni


Tindakan

Information

4 responses

24 03 2008
Mohd Shah rizan

Assalamualaikum wbt…

artikal yang bagus. cuma a.shah harap cuba elakan penggunaan idol untuk menggantikan Ikutan atau tokoh, makna sebenar Idol ialah Berhala.

wassalam

6 04 2008
zul

terima kasih…

8 04 2008
rizal razak

Assalamualaikum..

Saya hanya nak bagi sedikit pandangan regarding this matter.. em secara peribadi sebagai seorang remaja, saya rasa sebenarnya para remaja sendiri x suka kepada benda-benda yang memudharatkan mereka.. apa yang terjadi dewasa ini adalah para remaja mengambil apa yang ‘dekat’ dgn mereka utk dijadikan idola.. permasalahan timbul apabila mereka tidak berfikir panjang dgn setiap tindakan yang diambil.. sejarah para anbiya’, kehidupan para sahabat Rasulullah saw, kisah-kisah peperangan menegakkan Islam sumanya ‘jauh’ buat mereka… ‘dekat’ dan ‘jauh’ di sini saya definisikan sbg sejauh mana mereka terdedah dgn perkara-perkara ini.. dengan keadaan dunia sekarang, saya amat menyarankan agar system pendidikan Negara kita terutamanya silibus pengajaran perlu dikaji semula, melalui pemerhatian saya,sekolah adalah medium yang terbaik dan terbanyak sekali pengaruhnya dalam pembentukkan diri pelajar.. x perlu la nak bertekak pasal bahasa melayu atau bahasa inggeris, yuran murah atau mahal sedangkan aqidah anak-anak bangsa terus tergadai…

Wallah’alam…

17 04 2008
old tredia

Assalamualaikum
Satu kajian yang amat mendalam dan baik untuk di baca .walaupun tiada perangkaan yang di beri tapi ianya amat menyentuh sekali semua pihak kiri dan kanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: