Fitna: Islam Dipijak Terang-terangan!

31 03 2008

Keseriusan golongan anti-Islam dalam menyuarakan pendapat sangat melampau sejak akhir-akhir ini. Atas alasan kebebasan bersuara, golongan ini sesuka hati mengekspresi kritikan dan kutukan terhadap Islam terutama terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan al-Quran al-Karim. Baca baki entri ini »





Pengisian PRU-12: Cabaran Utama Umat Islam di Malaysia

28 03 2008

Pilihan Raya Umum yang ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac yang lalu mencipta satu iklim politik yang baru buat rakyat Malaysia. Pelbagai isu pasca PRU melibatkan persoalan perundangan serta perlantikan Menteri Besar dilihat sebagai satu rencah politik yang boleh ditafsir sebagai asam garam dunia politik. Namun perkara utama yang perlu dilihat oleh semua pihak adalah pengisian kemenangan PRU dari pelbagai sudut terutama melibatkan persoalan imunisasi aqidah serta syari’ah di Malaysia.

Baca baki entri ini »





Peranan Pemuda Penggerak Islam

24 03 2008

Pada 22 Mac lepas, saya bersama sahabat baik, Nurfitri Amir berpeluang bersembang dengan Dr. Fadhlullah Jamil sewaktu menemani beliau ke Hiwar Ulama’ di Masjid Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah. Dr. Fadhlullah merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia yang sangat bergiat aktif dalam gerak kerja Islam. Beliau kini adalah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dan Yang Dipertua Wadah Pulau Pinang. Di bawah adalah antara nasihat beliau kepada saya sewaktu perbualan kami dalam memperkasakan kembali golongan pemuda Islam umumnya dan penggerak-penggerak SPAQ khususnya. Semoga menjadi perkongsian bermakna buat pembaca sekalian. Baca baki entri ini »





Usaha menjustifikasikan penyiaran semula kartun hina Nabi

24 03 2008

P.PINANG, 24 MAC – SPAQ melihat  tindakan ulang siar gambar karikatur Rasulullah s.a.w. di Denmark adalah suatu tindakan yang disengajakan dan cuba dijustifikasikan. Sehari selepas sahaja PET (Badan Inteligent Denmark) mengisytiharkan mereka berjaya mengelakkan perancangan untuk membunuh Kurt Westergaard.  

Pada keesokan harinya (13/2/2008), secara serentak sebelas media massa terkemuka di Denmark dan televisyen perdana, termasuk akhbar Jyllands-Posten memuat kembali karikatur yang sinikal dan menghina Islam tersebut. Baca baki entri ini »





Penghinaan Terhadap Rasulullah: Di mana peranan kita?

23 03 2008

SPAQ mengutuk tindakan akhbar Denmark yang sekali lagi telah menyiarkan 12 gambar lukisan Rasulullah s.a.w.

Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom. Baca baki entri ini »





Sambutan Maulidur Rasul: Wadah Pemerkasaan Spiritual Umat

20 03 2008

Perutusan Khas Maulidur Rasul 1429 Hijrah/2008 Masihi

(12 Rabiul Awwal 1429H bersamaan 20 Mac 2008)

 

Sambutan Maulidur Rasul: Wadah Pemerkasaan Spiritual Umat Ke Arah Mendepani Cabaran Aqidah Umat Islam.

Firman Allah s.w.t. dalam al-Anbiyā’ ayat 107:

107. Dan tiadalah Kami mengutus kamu(wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

Setiap tahun pada 12 Rabiul Awwal, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa majlis sambutan. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Di Malaysia, sambutan berupa perarakan, tayangan, ceramah, nasyid, pementasan, deklamasi sajak dan puisi, menjadi acara utama dalam sambutan ini. Baca baki entri ini »





Datuk Zaid Ibrahim: Bukti keruntuhan Islam Hadhari

19 03 2008

Zaid Ibrahim

 

Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Ahli Parlimen Kota Bahru) telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengisi kabinet Malaysia bermula semalam. Kepada penggerak isu aqidah, syariah dan pejuang umat Islam, perlantikan beliau yang pernah memohon untuk membuat petisyen terhadap perlaksanaan undang-undang hudud di Terengganu pada tahun 2002, telah menjadi suatu paranoid. Baca baki entri ini »