Jangan Biadab dengan MFK-TERAS

25 11 2008

TERAS membantah keras sikap biadap pihak-pihak tertentu dari agama lain yang menyerang Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai fatwa Yoga yang telah diistiharkan kelmarin. Menyerang Majlis tersebut hanya kerana tiadak secocok dengan selera penganut agama lain mahupun dengan pihak yang mendakwa diri Muslim tetapi mahu mentafsir hukum Islam secara sendirian adalah suatu yang biadap dan tidak menghormati bidangkuasa yang telah diberikan kepada Majlis tersebut. Baca baki entri ini »





Kempen Penerangan Sehari Seorang Non-Muslim

25 11 2008

Institusi fatwa di Malaysia semakin dipandang rendah dan diperlekeh oleh rakyat sendiri. Lebih malang apabila yang beragama Islam turut serta membantah, mempertikai malah sehingga kea rah menghina institusi ulama’ dan agama Negara ini.

 

Skuad Penyelamat Aqidah menganjurkan kepada anda semua

 

Kempen Penerangan Sehari Bersama Seorang Non-Muslim

 

Selain kenyataan akhbar, forum, perundangan dan sebagainya, kita selaku pencinta agama wajib mencari ruang dan memainkan peranan sebagai agen penerangan Islam.

 

Carilah ruang anda di mana sahaja anda berada.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Koordinator 1 SPAQ





Polis ada peranan dalam usaha membenteras ajaran sesat

18 11 2008

Kelmarin 17 November 2008, Berita Harian melaporkan kenyataan Menteri dalam Negeri berkaitan isu ajaran sesat Ayah Pin. Datuk Seri Syed Hamid Albar menyatakan Arifin Muhamad, 65, atau Ayah Pin yang didakwa menganjurkan satu ajaran sesat di Terengganu, hanya akan ditahan jika Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta bantuan polis untuk menangkapnya. Baca baki entri ini »





Tujuan sebenar Kelas Perbandingan Agama

9 11 2008

Kini di Malaysia terdapat banyak kelas-kelas pengajian perbandingan antara agama. Malah di usniversiti-universiti utama negara kita juga ada menawarkan kursus perbandingan agama di bawah jabatan-jabatan pengajian usuluddin. Baca baki entri ini »





Jom sucikan gaji bulanan anda melalui zakat..

6 11 2008
Susahkah membayar zakat? Saya jawab mudah. Yang susah adalah memastikan duit zakat itu disalurkan kepada yang benar-benar memerlukannya. Tetapi kini mudah kerana terlalu banyak badan kebajikan, pusat penjagaan wanita bawah umur, pusat tahfiz dan sebagainya. Baca baki entri ini »




Bengkel Isu Nabi Melayu

22 10 2008

Sepintas di Kelas Pengajian Aqidah dan Isu-Isu Semasa

Pada 19 hb Oktober yang lalu (Ahad) , Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) dengan kerjasama daripada Persatuan Agama Islam (PAI) Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang telah mengadakan Kelas Pengajian Aqidah dan Isu-isu semasa yang telah tertangguh beberapa minggu disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Untuk pengetahuan semua kelas ini diadakan setiap hari Ahad pada pukul 5 petang. Baca baki entri ini »





Siasat dan bertindak keatas syarikat pengeluar kasut – hina Islam

16 10 2008

TERAS meminta pihak kerajaan untuk menyiasat maklumat yang ia telah terima mengenai kasut yang dikeluar oleh syarikat Nike yang mengikut gambar yang dibekalkan menunjukkan ada percubaan menghina Islam

Jika siasatan mendapati ianya benar pihak berkuasa perlu memastikan sebarang kasut yang dikeluar oleh syarikat tersebut yang mempunyai label tersebut dirampas dan syarikat berkenaan diambil tindakan undang-uNdang mengikut peraturan yang ada di negara ini.

Sementara maklumat yang sahih perlu diperolehi untuk menuntutkan tindakan diambil TERAS mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak yang terus menerus mempermainkan dan menghina kesucian agama Islam.

Bukan sahaja tindakan undang-undang perlu diambil malah umat Islam perlu melancarkan boikot secara meluas untuk menghukum pihak yang berkenaan.

TERAS mendesak agar pihak berkuasa tidak membiarkan mana-mana pihak yang cuba mencabar kesucian agama Islam dan tidak bersikap sambil lewa ke atas perbuatan biadab ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden





Risalah SPAQ Oktober 2008

16 10 2008

Risalah SPAQ Bulan Oktober 2008. Jom pakat download dan sebarkan

http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1224048836

[URL=http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1224048836]Risalah SPAQ 4.doc[/URL]

<A HREF=’http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1224048836′>Risalah SPAQ 4.doc</A>





Syariah akan terus dipertahankan! Hak Syariah adalah hak asasi Umat Islam

15 10 2008

Kelmarin 14 Oktober 2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM 2000 setiap orang terhadap Ustaz Hafiz Nordin, Ustaz Shahul Hamid dan Ustaz Rahim kerana didapati bersalah megikuti demostrasi membantah penganjuran Forum Dialog Antara Agama (IFC). Mereka didenda minima berdasarkan peruntukan Seksyen 17 Akta Polis 1967 kerana berhimpun tanpa permit. Baca baki entri ini »





Moga Allah membantu pejuang agamanya

14 10 2008

Semalam di Masjid Jamek Dato’ Keramat, diadakan solat hajat sempena keputusan mahkamah Majistret Pulau Pinang terhadap kes Ustaz Hafiz Nordin, Ustaz Shahul Hameed dan Saudara Rahim yang didakwa menganggu forum dialog IFC pada tahun 2006 dahulu.

Moga Allah membantu pejuang Islam berkenaan membela diri sekaligus memberi isyarat bahawa perjuangan melacurkan Mahkamah dan Sistem Syariah di Malaysia tidak akan berjaya dengan adanya umat Islam yang cakna dan sedar akan kedaulatan Islam di Malaysia. Pada pukul 10.00 pagi ini, keputusan akan diumumkan.





Sanggahan keras kekufuran Golongan Anti Hadis

13 10 2008

Sanggahan Keras Kekufuran Golongan Anti Hadis

Muhammad Nuruddin Bashah

Bejat benar dunia apabila idea orientalis diterima bulat-bulat tanpa tapisan dan kajian semula. Lebih malang apabila kita langsung tidak menyelami tujuan dan falsafah kajian golongan orientalisme ini terhadap kosmo dunia dan epistemologi Islam.

Anehnya hari ini, dunia Islam serta negara-negara umat Islam boleh memberi tempat kepada perluasa ajaran-ajaran sesat. Ajaran Qadiani Ahmadiyyah, Bahai, Ajaran Din Ilahi, dan golongan anti hadis boleh berkembang pesat di negara umat Islam akibat tajaan bekas penjajah. Undang-undang hak asasi universalisme diterapkan secara halus dan secara praktikal di celahan undang-undang  dan kerangka (draf) perlembagaan yang mereka sediakan sebelum mereka meninggalkan negara anak jajahan mereka. Undang-undang inilah akhirnya membela tindakan ajaran sesat serta tindakan mempertikai hadis dan syariah di negara-negara bekas jajahan ini. Baca baki entri ini »





Aktiviti SPAQ Oktober (bengkel)

6 10 2008

Kelas Kitab Perisai bagi sekalian Mukallaf ( Aqidah Tohawiyyah)  dan bengkel SPAQ bagi bulan  Oktober 2008. ( Kelas KAFA USM. 9 malam, Khamis)

 

9 Oktober – Kelas Aqidah dengan kupasan Isu Nabi Melayu (Abdul kahar), nota disediakan.

 

16 Oktober – Bengkel Mengenali  Tipudaya Freemansory antarabangsa dan di Malaysia, nota diseddiakan

 

23 Oktober – Kelas aqidah Tohawiyyah (sila bawa kitab anda)

 

30 Oktober – Bengkel    Modul 1 Slide 3     : Teori Sekular yang bercanggah dengan Al-Quran dan al Hadis.

 

Saudara Izzat akan meneruskan bengkel Pendidikan Cara Islam di IPPPP dan insya allah kita akan cuba turun ke IP Tengku Bainun.

 

 





Hentikan Dakyah anti Hadis Di Bulan Ramadhan

6 10 2008

Kenyataan Media 21 September 2008 (tidak disiarkan oleh pihak akhbar)

 

Hentikan Dakyah anti Hadis Di Bulan Ramadhan

Merujuk kepada laman blog Kassim Ahmad http://www.kassimahmad.blogspot.com/, beliau kini menyiarkan semula tulisan-tulisan beliau yang berbaur anti hadis atau dalam erti kata lain tulisan yang menidakkan Hadis dan Sunnah rasulullah SAW sebagai rujukan autentik dan berautoriti selepas Al-Quran.

 

Lebih menyedihkan adalah tulisan terakhir beliau dimasukkan pada 4 September 2008 iaitu 4 hari pertama menjelangnya Ramadhan yang mulia. Sepanjang Bulan ramadhan, kita digalakkan beribadah sekaligus mengingati dakwah dan usaha rasulullah melalui kisah-kisah hadis yang sahih. Akan tetapi tulisan semula Kassim ahmad ini seolah-olah menuduh pembukuan dan penyaringan hadois oleh para ulama’ sebagai suatu yang menyeleweng.

Pihak kerajaan pernah mengharamkan bahan terbitan beliau sebelum ini kerana mengandungi dakyah-dakyah songsang dalam beragama. Kini beliau kembali menyebarkan pemikiran tersebut di saat umat Islam Malaysia menjalani ibadah puasa.

 

Saya berharap dan menggesa pihak berkuasa dan pihak berwajib akan mengambil tindakan menyekat sebaran bahan-bahan tulisan yang mencela ulama’ serta Nabi Junjungan kita Muhammad SAW. Kesedaran umat Islam terhadap isu ini amatlah penting kerana hanya kita umat Muhammad yang boleh membela sumber peraturan hidup yang kedua iaitu Al-Hadis.

 

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Hadapan 360 MKJ Kampong Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

 

jihadin82@yahoo.com

017-6291368

012-5296690

 

 





Mengejar Dunia

21 09 2008

Dunia merupakan persinggahan manusia sebelum sampainya kita ke alam yang kekal abadi selepas kematian – Alam Akhirat. Persinggahan ini penuh dengan ujian yang maha dahsyat sehingga ramai umat manusia yang tersadung kaki mereka lalu rebah di pintu redha-Nya. Peringatan-peringatan Allah s.w.t. di dalam al-Qur’ān serta wasiat Rasulullah s.a.w. di dalam al-Sunnah seharusnya dijadikan panduan utama dalam menempuh kehidupan di dunia yang serba memukau ini. Namun, peringatan serta wasiat ini dibelakangkan oleh manusia yang mabuk mengejar kenikmatan dunia sehingga diri mereka binasa secara sedar ataupun tidak. Baca baki entri ini »





Ramadhan dan Syawal bulan untuk komersial: CAP

19 09 2008

Haramkan iklan peralat Ramadan, raya

SM Mohamed Idris | Jul 31, 08 9:46pm

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kesal dengan keghairahan pihak-pihak tertentu di negara ini yang mula mengkomersialkan sambutan Aidil Fitri serta mempromosikan tabiat berbelanja secara membazir dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Hal ini bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam, malah menjejaskan iman seseorang Muslim. Pusat-pusat membeli-belah dan syarikat-syarikat korporat kini mula menggunakan sambutan Aidil Fitri untuk mengiklankan produk dan khidmat mereka.

Terbaru, di akhbar tempatan terdapat syarikat yang menjual perabot dan barangan elektrik mula mengiklankan produk mereka dengan kata-kata “Syawal Mega Sale!” dan “Jualan Syawal Mega!”, sedangkan kita masih berada di bulan Rejab dan dua bulan lagi iaitu Syaaban dan Ramadhan untuk dilalui sebelum menyambut Aidil Fitri.

Kami yakin apabila tiba pula Ramadhan nanti, akan bertambahlah lagi pusat-pusat membeli-belah yang akan mempromosikan jualan dengan pelbagai slogan untuk menarik umat Islam dan pengguna membeli- belah seperti yang berlaku pada 2005 apabila terdapat iklan “Buka Puasa Contest”.

Seperti tahun-tahun lepas, kami mendapati pusat-pusat beli-belah sering dipenuhi dengan pembeli-pembeli pada setiap malam, sedangkan mereka sepatutnya memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat tarawih.

Mereka yang berpendapatan rendah sering turut terpengaruh oleh iklan-iklan agresif sehingga memerangkap mereka untuk membeli barangan mahal yang sebenarnya tidak perlu dan membazir yang akhirnya terheret dalam hutang yang membebankan.

Akibatnya, sumber dan pendapatan mereka yang sangat terbatas – lebih-lebih lagi dalam keadaan harga minyak yang mahal serta harga barangan yang semakin meningkat ini – menyebakan ia disalurkan dan terhakis kepada penggunaan yang membazir dan tidak berguna.

Media cetak dan elektronik nampaknya turut menyumbang kepada berkembangnya dalam kalangan masyarakat budaya hedonisme dan materialisme di dalam bulan suci Ramadhan dan Syawal melalui iklan agresif yang licik untuk mempengaruhi minda, selera dan nafsu pelanggan termasuk acara hiburan yang melanggar syarak.

Ramadhan dan Aidil Fitri menjadi kesempatan untuk merangsang pengguna kepada tabiat penggunaan yang berlebihan.

Filem, drama, dan program sukan di TV disiarkan pada setiap malam melekakan masyarakat daripada pergi ke masjid dan surau.

Golongan lelaki, wanita, belia dan kanak-kanak turut didedahkan kepada keganasan, jenayah, dan tingkah laku tidak berakhlak melalui pelbagai siaran di saluran TV pada waktu maghrib, isyak dan seluruh malam sedangkan mereka sepatutnya menggunakan waktu itu untuk memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.

Namun, sebaliknya umat Islam kini didorong untuk berbelanja dan menggunakan secara berlebihan dan membazir sedangkan sumber ekonomi masyarakat Islam amat terbatas. Hal ini berleluasa setiap kali tiba bulan Ramadhan dan sambutan Aidil Fitri.

Sehubungan itu, CAP menggesa langkah segera diambil untuk menyekat kecenderungan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan kami mencadangkan langkah-langkah berikut diambil:

1. Mengharamkan dengan segera sebarang iklan yang menggunakan Ramadhan dan Aidil Fitri untuk mempromosi produk atau perkhidmatan.

2. Menggesa pihak media elektronik tidak menyiarkan sebarang program yang bercanggah dengan ruh Ramadhan, sebaliknya menyiarkan program-program yang meningkatkan pembinaan kerohanian masyarakat.

3. Suatu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilancarkan oleh pihak kerajaan bersama dengan badan-badan Islam untuk menanamkan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat.


SM Mohamed Idris adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

 





Bengkel Ilmiyyah 3 SPAQ

18 09 2008

Pengumuman

____________________________________________________________________________________

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) akan mengadakan Bengkel Ilmiah 3

Menyanggah Kesesatan Gerakan Anti Hadis

Akan disampaikan oleh 2 orang panel.

Nantikan bengkel ini pada bulan Oktober nanti.

 

Pada hari bengkel tersebut, SPAQ akan melancarkan UNIT Bertindak Siasatan Aqidah ( SIASAH), mereka akan diprogramkan untuk turun ke dalam masyarakat menyiasat masalah aqidah dalam masyarakat Malaysia. Metod temubual, pemerhatian dan sebagainya akan dibincangkan selepas bengkel ini kepada sesiapa yang berminat. Semangat Ramadhan akan membantu anda melonjak sama dengan usaha kami.

 

Info tambahan: Kelas Aqidah Tohawiyyah di USM ditangguh hingga kebulan Syawal. Kelas Muqaddimah Aqidah Muslimin  masih dan sedang dijalankan di Institut Perguruan Persekutuan P.P.

 

Koordinator 1 SPAQ





‘Kepulangan’ Kassim Ahmad – Satu Penilaian Semula

18 09 2008

Setelah Kassim Ahmad menerbitkan bukunya bertajuk Mencari Jalan Pulang – Dari Sosialisme Kepada Islam, hati saya sedikit gembira. Namun kegembiraan tersebut hanya sementara. Bukan jalan pulang yang dicarinya, malah Kassim Ahmad masih kuat berpegang kepada fahaman anti-Hadithnya! Baru-baru ini juga Kassim Ahmad tanpa ‘segan-silu’ menyiarkan semula tulisan anti-Hadithnya dalam blognya seolah-olah dia ‘menjerit’ kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia bahawa “saya sudah jumpa jalan pulang saya!”

Jalan mana yang dipilihnya? Mari kita sama-sama menilai semula ‘kepulangannya’ tadi. Baca baki entri ini »





Risalah Khas Ramadhan Kareem

8 09 2008

Sila lah download Risalah KHAS Ramadhan di bawah. Sebarkan di tempat anda menginap dan bekerja. Moga ada keberkatannya. Ada dua link di bawah.

 

Koordinator 1 SPAQ

risalah spaq ramadhan.pdf

[URL=http://w1.uploadmb.com/dw.php?id=1220770733]risalah spaq ramadhan.pdf[/URL]





Ramadhan; Bulan Jihad

8 09 2008

Ramadhan; Bulan Jihad.

Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Bulan Ramadhan adalah bulan jihad dan berjuang. Inilah antara tema yang ingin diketengahkan pada kali ini. Mungkin jarang atau tiada sambutan Ihya’ Ramadhan di negara ini yang sanggup membawa tema yang kelihatan aggresif ini. Baca baki entri ini »





Laporan SEMINAR DAKWAH:Masa Depan Milik Islam, BENARKAH?

6 09 2008

Pada 30 ogos 2008(sabtu), seminar dakwah anjuran Pusat Islam Usm dengan kerjasama Jamaah Islah Malaysia(JIM) telah berlangsung di Dewan Kuliah A, USM. Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang telah dihadiri kira-kira 60 peserta. Seramai 5 org penceramah telah membentangkan forum masing-masing. Antara ahli-ahli panel yang telah menyampaikan ceramah tersebut ialah:
       
        1) Haji Ayub Abd Rahman(Bekas paderi/aktivis PERKIM)
        2) Dr. Muhammad Ali Syeikh Abd Kadir(Pakar Kardiologi/aktivis PERKIM)
        3) En. Nizam Masyar 
        4) Maimunah Mohd Beon(Ketua Wanita JIM Kedah)
        5) Shaik Abdullah Hassan Mydin(Pensyarah USM)

Bengkel ini berjaya menarik perhatian para peserta dengan topik yang  cukup menarik dibahaskan. Topik yang diketengahkan pada seminar kali ini adalah berkisar mengenai perspektif islam dari pelbagai sudut di samping perbandingan agama yang membuka minda para peserta tentang kebenaran serta kemurnian islam.

Topik yang paling mendapat perhatian para peserta adalah pengakuan oleh bekas paderi  yang merupakan  ketua pembabtisan antarabangsa. beliau turut menceritakan pengalaman beliau ketika menjalankan dakwah bagi mengkristiankan orang ramai sehinggalah beliau tertarik dengan  keindahan islam sehingga membuat keputusan untuk memeluk islam. Bukan itu sahaja, para peserta turut dihidangkan dengan kupasan menarik mengenai perkaitan antara ilmu sains dengan isi kandungan al-quran yang menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah. Walau bagaimanapun, peserta-peserta wanita rata-rata tertarik dengan topik yang memperjuangkan hak wanita serta ketinggian martabat wanita di sisi islam.

Pelbagai input telah diperolehi daripada seminar dakwah ini yang bukan sahaja membuka minda kita tentang islam malahan turut menimbulkan kesedaran serta kebanggaan menjadi penganut agama Islam. diharap seminar seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan.

Afifah Esham

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

Unit Media SPAQ