MAKLUMAN PEGUAM PEMBELA ISLAM: PENTING DAN MOHON DISEBARKAN

30 06 2008

Tarikh-tarikh penting untuk perhatian:
7 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes Tanah Perkuburan Kota Kemuning – Mahkamah Rayuan Putrajaya

Ini adalah permohonan Semakan Kehakiman oleh 187 orang bukan Islam terhadap penggunaan sebidang tanah yang masih belum digazetkan untuk tanah perkuburan Islam. Empat Jenazah Islam telahpun disemadikan di sana . Dan sekiranya permohonan semakan kehakiman tersebut dibenarkan empat jenazah Islam itu terpaksa digali semula. Sekarang perintah injunksi telah dikeluarkan bagi menghalang jenazah Islam lain dikebumikan di sana . Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memohon untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil. MAIS merayu terhadap keputusan tersebut.

9 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes penggunaan kalimah `Allah’ – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – permohonan untuk semakan kehakiman (Judicial Review)

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catolic Church of Kuala Lumpur untuk mengkaji semula keputusan kerajaan menghalang gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly. Mereka juga memohon deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan ALLAH bagi tujuan agama mereka.

5 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah’ Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – Writ Saman

Pihak Titular Roman Chatolic Church of Kuala Lumpur telah memfailkan Writ Saman untuk deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam.

7 & 8 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah’ (Sidang Injil Borneo ) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Sidang Injil Borneo kerana merampas bahan-bahan cetakan berbahasa Indonesia yang merujuk beberapa perkataan digunakan untuk merujuk kepada agama Kristian. Mereka juga memohon menggunakan perkataan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT bagi kegunaan pendidikan agama Kristian. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk disebarkan di Malaysia.

Seruan:

Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh tersebut di atas bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan. Sebarang pertanyaan/ pengesahan kehadiran boleh berhubung dengan Hj. Zainul Rijal Abu Bakar (0192351555) atau Azril Mohd Amin (0123037110) .

Sekian,
Peguam Pembela Islam [PPI]
Pertubuhan-pertubuh an Pembela Islam [PEMBELA]

www.myislamnetwork. net





Golongan Feminisme perlu matang bercakap isu ‘lipstik’

30 06 2008

Masih banyak tugasan dan tanggungjawab umat Islam dalam memahamkan golongan bukan Islam yang masih tidak jelas isi pati kandungan syariah Islam serta hikmahnya. Lantaran itu masih berkumandang idea-idea heterogenous, tidak harmonis dan gusar dengan sistem Islam apatahlagi pasca kemenangan banyak negeri oleh Pakatan Rakyat. Golongan liberalisme melayu yang sememangnya anti Islam serta anti politik Islam juga sibuk kini bekerjasama dengan mana-mana bangsa dan agama yang ingin mempertikai kandungan Islam. Baca baki entri ini »





Isu dana untuk agama; Guan Eng perlu teliti

24 06 2008

 

Fair funding for all religions, begitulah tajuk kecil rencana The Star yang memuatkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam 22 Jun 2008. Kenyataan  beliau antara lain menyatakan akan memberi dana dan bantuan yang adil kepada semua agama major di Pulau Pinang seperti Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

“ All religions are equal, according to Buddist teaching” kata beliau. Beliau menyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama rasmi manakala agama lain adalah bebas dilaksanakan aktivitinya. SPAQ melihat kenyataan beliau adalah umum dan memberi intepretasi yang pelbagai serta terarah kepada ancaman kepada institusi syariah jika umat Islam tidak menyedari. Baca baki entri ini »





Kelas Bahasa Arab

15 06 2008

Assalamualaikum w.b.t..

Kelas Bahasa Arab(Permulaan) anjuran SPAQ dan dikendalikan oleh Saudari Siti Hazneza bt Abdul Hamid akan bermula pada :

Hari : Isnin, 16 Jun 2008

Tempat : kiub Pusat Persatuan dan Kelab Pelajar, USM (bersebelahan Dewan Budaya)

Masa : 5.15-6.30 petang

SPAQ amat mengalu-alukan kehadiran sesiapa yang berminat untuk mempelajari bahasa yang menjadi wasilah dalam memahami intipati Al-Quran ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua, insyaAllah.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Wardah (012-5296690).





Tunjukkan sokongan anda!

12 06 2008

 

KEPUTUSAN Mahkamah untuk perbicaraan Kes Anti IFC

akan diumumkan Jumaat ini, 13 Jun 08, 8.30 pagi

di Mahkamah Majistret(sebelah Dewan Sri Pinang).

 

Wahai saudara2 seMuslim, mari kita hadir beramai-ramai!

Pertahankan Aqidah!

Tegakkan Syariah!

Hancur Kuffar!

ALLAHU AKBAR!!





‘FITNA’ atau FAKTA?

12 06 2008

 

Isikan malam minggu anda dengan menghadiri Ceramah Ilmiyyah :

 





Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?

9 06 2008

oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya.

Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry,

“Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”<!–[if !supportFootnotes]–>[

Baca baki entri ini »





Aktiviti SPAQ

8 06 2008

 

Alhamdulillah. Bengkel Ilmiyyah SPAQ, Asas Usul Fiqh dan Aplikasi Daie dalam Menangani Isu Semasa dan Strategi Dakwah yang dirancang sekian lama telah berjaya dilaksanakan petang semalam.

Bengkel rasmi pertama anjuran SPAQ ini telah dihadiri oleh 14 orang peserta yang rata-ratanya adalah pelajar USM. Ustaz Amri Mohd Nason yang dijemput khas dari Sungai Petani telah berjaya membawakan tajuk yang diminta meliputi sejarah perkembangan ilmu dan definisi usul fiqh, dalil-dalil syar’ie yang menjadi sandaran bagi ilmu usul fiqh serta perkaitan dakwah dan hubung kaitnya dengan usul fiqh.

SPAQ berharap lebih ramai peserta akan hadir untuk Bengkel Ilmiyyah Siri 2 (sambungan kepada Bengkel Ilmiyyah Siri 1) pada masa akan datang dan untuk peserta yang datang pada kali ini, tahniah diucapkan dan semoga kedatangan anda membuahkan jiwa untuk ‘menerima dan menyampai’ kepada rakan-rakan yang lain. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diimplementasikan dalam kehidupan harian.

 

Unit Media SPAQ

 

*terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu secara langsung dan tidak langsung =]





Hentikan usaha baru IFC !!

7 06 2008

Golongan IFC mula mengatur tapak secara halus. Umat Islam diharapkan mendapat informasi jelas dan lengkap berkaitan usaha mereka menyamaratakan antara agama atas alasan integrasi dan keadilan beragama. SPAQ mengalu-alukan sebarang usaha untuk menentang golongan liberalis ini.

( Muhammad Nuruddin Bin Bashah)





Petrol ‘Membakar’ Aqidah

5 06 2008

Pengumuman kenaikan harga petrol semalam disambut ‘riang’ oleh rakyat Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara ‘berpesta’ sakan. Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa. Kenaikan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi yang sangat membimbangkan ramai pihak terutama individu yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kekhuatiran kenaikan harga barang juga menjadi perdebatan yang hangat di meja kedai kopi hingga ke meja makan dapur. Rakyat semakin resah, paniknya semakin bertambah. Dalam masa yang sama juga petrol sudah ‘membakar’ aqidah. Baca baki entri ini »





Menjawab Kenyataan TM Kesihatan dan SIS

3 06 2008

Sudah menjadi lumrah manusia sentiasa mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada kumpulan atau individu yang lebih berautoriti. Situasi ini lebih sangat jelas dalam perkara berkaitan agama. Ayat-ayat al-Quran ditolak dengan senyap-senyap, hadith disoal kesahihannya walaupun sudah ternyata kebenaran, saranan ulama’ dilayan seperti kanak-kanak. Maka golongan yang tidak arif dalam membuat keputusan bagi perkara-perkara berkaitan Islam mula menunjukkan kehebatan mereka dalam hukum-hakam syari’at Islam.

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam The Star;

In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should carry a condom with her for her own protection

Baca baki entri ini »





Ancaman Islam Liberal (kertas kerja)

2 06 2008

Ancaman Islam LIberal….sejarah kembali berulang

TAJUK: ISLAM LIBERAL

Naji Fatimah

Universiti Malaya

 

1)                   PENDAHULUAN

Sekarang wujud 1 golongan orang Islam yang mendokong fahaman liberal dan cuba menerapkan fahaman tersebut ke dalam ajaran Islam. Mereka berada dalam 1 gerakan dan menamakan fahaman yang mereka dokong sebagai Islam Liberal.

 

TAKRIF

ISLAM: Satu agama yang Haq, diwahyukan oleh ALLAH taala kepada nabi Muhammad S.A.W. Merupakan agama yang utuh,mempunyai akar,dimensi, sumber dan asas-asas ajarannya sendiri

Baca baki entri ini »





Jumpa SPAQ di Ceramah Perdana ini…

2 06 2008